Monday, June 29, 2009

KESEDIAAN MEMBACA 3

RANGSANGAN INGATAN PENGLIHATAN
Di antara faktor penting untuk cepat membaca adalah kekuatan daya ingatan. Yang bestnya, daya ingatan seseorang boleh ditingkatkan.

Saya tingkatkan daya ingatan penglihatan anak-anak saya dengan pelbagai 'memory game'.

MEMORI GAME GAMBAR HITAM:


Saya akan lukis lakaran objek yang biasa dilihat anak saya seperti ikan, kucing, gelas, botol susu dll, di atas kad putih & mewarnanya hitam dengan marker. Kemudian saya akan berkata "Cuba adik teka ini gambar apa?". Anda juga boleh memotong bentuk objek di atas kertas hitam & menampalnya di atas kad putih.

MEMORI GAME ZAM ALA
KAZAM:
Apabila anak saya berumur 2 - 3 tahun saya akan meletak 2 objek(yang dikenali oleh anak) di atas dulang. Namakan objek-objek tersebut. Kemudian saya tutup kedua objek dengan kain, nyanyi 'zam zam ala kazam' dan menyembunyikan salah satu. Tanya anak "Eh, eh apa yang hilang, dik?"

Setelah anak dapat menamakan objek yang hilang dengan mudah, tambahkan satu lagi objek menjadi 3 dan seterusnya.

MEMORI GAME TEKA-TEKI GAMBAR:
Saya akan lukis gambar objek yang separa siap dan galakkan anak untuk
meneka gambar tersebut.

Aktiviti - aktiviti di atas amat mudah tetapi cukup berkesan untuk meningkatkan daya ingatan anak-anak kita.
Pastikan anak tidak mengantuk semasa bermain dengan anda. Dan mak & abah mesti cool! Have fun!


Friday, June 26, 2009

KESEDIAAN MEMBACA 2

RANGSANGAN FIZIKAL(KEMAHIRAN MOTOR)

Ransangan fizikal, sering diabaikan oleh ibu bapa zaman sekarang. Seringkali anak-anak kecil dibuai dalam buaian sepanjang hari. Banyak juga ibu bapa yang meletak anak dalam 'walker', bukannya memberi
mereka peluang merangkak atau bertatih. Anak yang tidak dirangsang fizikal,selalunya menghadapi masalah membaca kemudian.

Ibu bapa sepatutnya menggalakkan anak-anak menggenggam, melibat & mencapai objek pelbagai tekstur. Permainan menyusun blok, puzzle mudah, mainan buka-pasang(take apart toys), bermain playdoh & menconteng bebas akan merangsang kemahiran motor halus anak. Aktiviti sebegini juga melatih koordinasi mata-tangan yang amat penting apabila anak belajar membaca & menulis.

Bermain puzzle pula membantu anak memberi tumpuan dan meneliti perbezaan-perbezaan kecil. Ini akan membantunya mengecam dan membezakan huruf-huruf untuk membaca. Selain aktiviti di atas, menggolek & menangkap bola juga membantu koordinasi mata-tangan.

Anda tidak perlu membeli mainan mahal-mahal untuk aktiviti sebegini. Buatlah puzzle sendiri menggunakan kotak terbuang. Bentuk bulat, segitiga, segiempat sangat sesuai untuk dibuat puzzle mudah. Guna cawan dan piring plastik untuk anak anda susun. Balut kotak pelbagai saiz dengan bermacam fabrik/kertas untuk anak susun juga. Anda juga boleh membuat playdoh sendiri dengan mencampur tepung, air, garam & minyak. Untuk lebih menyeronokkan, campurkan adunan tadi dengan pewarna makanan & juga esen. Emmm wanginya playdoh nanti!