Mengajar membaca menggunakan Bacalah Anakku mau pun Readeasy bukannya susah. Kita hanya perlu:
1. Ajar bunyi
A. Perdengarkan bunyi. "Dengar elok-elok dan tengok mulut cikgu."
( Guru tunjuk kedudukan mulut, lidah, gigi untuk bunyi yg akan diajar. )
Sebut bunyi 5 kali, perlahan-lahan ( pastikan anda 'pause' di antara sebutan bunyi ).
Tanya pelajar "Bunyi apakah yang kamu dengar?"
Puji sekira betul. Ulang sebut sekira silap.
B. Berlatih sebut bunyi, bersama guru, di dalam kumpulan.
C. Perkenalkan teknik asosiasi ( Rujuk buku panduan yang diberikan bersama buku.)
Berlatih lagi sebut bunyi melalui teknik asosiasi, secara kelas, kumpulan dan individu.
2. Ajar bentuk dan rupa huruf
D. Perkenalkan simbol menggunakan kad imbas. Gunakan huruf kecil sahaja.
Ulang sebut bunyi sambil melihat simbol dan melakukan teknik asosiasi secara kelas, berkumpulan dan individu.
E. Sentuh huruf berpasir sambil menyebut bunyi dan /atau
3. Ajar GB untuk membaca
http://cepatmembaca.blogspot.com/2013/12/mengajar-gabung-bunyi.html
F. Demo guru.
G. Lihat dan buat
H. Dengar dan buat
4. Ajar mengeja ala fonik ( peringkat awal ).
http://cepatmembaca.blogspot.com/2013/11/suka-suka-fonik-7-fun-phonics-7.html
5. Menulis ( menekap / menyalin / imlak )
Aktiviti penulisan berkaitan dengan apa yang dipelajari. Sekiranya baru belajar bunyi, pelajar akan tulis simbol sahaja. Sekira sedang mempelajari gabung bunyi suku kata terbuka, ajar pelajar menulis suku kata tersebut. Sekiranya sedang mempelajari perkataan, frasa dan ayat, ajar pelajar menulis perkataan, frasa dan ayat tersebut.
Aktiviti imlak.
Apabila mengajar mengikut langkah asas di atas, pastikan anda mengajar mengikut susunan buku Bacalah Anakku ataupun Readeasy kerana kedua-dua siri cepat membaca ini telah disusun secara sistematik berasaskan Kaedah Fonik.
Terdapat VCD sebut bunyi dan panduan mengajar bersama set buku-buku ini atau klik di sini http://youtu.be/cZBRGl9pqxY untuk bunyi ( fonem ) bahasa Melayu.
Cadangan produk yang dapat membantu guru untuk merancang dan mengajar Bahasa Melayu dengan lebih baik.
1. Pakej Bestari Bacalah Anakku
2. Poster Bacaan
3. Carta bunyi
4. Permainan Kreatif
5. Rancangan Mengajar
6. Penulisan Kreatif
6. VCD kaedah mengajar
Anda juga boleh layari www.readnetwork.com untuk lain-lain produk.
Walau bagaimanapun bersama set buku Bacalah Anakku, kad imbas kecil, vcd dan buku panduan mengajar sudah diberikan percuma.
Semua dah ada. Beli bermula 2008 lengkapkan koleksi end of 2013..nk mula langkah 2014. Moga semuanya dipermudahkanNya.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAll d best Cikgu SyaFini Rosli :) u can do it! Jom fonik!
ReplyDeleteAll d best Cikgu SyaFini Rosli :) u can do it! Jom fonik!
ReplyDeleteutk anak2 umur 4&5 yg tak kenal abc lg....mcm mana step nk mula kan?adakah ajar abc dahulu?atau pkenalkan bunyi aiu?
ReplyDeleteMacam mana pula dengan huruf jawi? Adakah kaedah yang sama juga iaitu memperkenalkan bunyi juga?
ReplyDeleteYa Pn Diba Yusup, Perkenalkan bunyi dulu untuk mengajar membaca jawi. Sebagai contoh bunyi /aa/ dikaitkan dgn huruf alif ( tp jgn sebut alif), bunyi /ii/ huruf ya dan bunyi /nn/ huruf nun. Drp pengalaman saya kanak-kanak yg membaca BM dgn kaedah fonik cepat membaca jawi dgn kaedah yg sama.
ReplyDeletePn Lili Nana lebih mudah ajar bunyi dahulu. Ajar nama huruf abc steel ah anak dah lancer membaca.
ReplyDelete