Bukan mudah untuk mengajar anak kecil membaca.
Hubungan ibu-anak atau bapa-anak atau guru-anak mesti bagus.
Kalau kita pelik kenapa anak kita lambat ok setelah merajuk, mungkin dia perlu dibelai lagi.
REMINDER 5 to 1:
Tahukah kita menurut kajian Barat, SATU perbuatan yang membawa emosi negative memerlukan LIMA perbuatan positif untuk mengembalikan emosi positif di dalam hubungan ( Aduhai berpeluh! ).
Sekiranya hati anak kita terluka kerana kita mengabaikan panggilannya dik terasyik bermain telefon, maka kita perlu melakukan LIMA perbuatan positif seperti:
1. Merenung matanya sambil memohon maaf.
2. Memeluknya.
3. Senyum ikhlas menembusi jantung hatinya.
4. Mengusap kepalanya.
5. Menyediakan minuman kegemarannya,
sebagai contoh.
The positive interactions don't have to be big. But each interaction has to be meaningful to the child.
Note: Tip di atas boleh juga diguna pakai suami isteri.
Walau bagaimanapun, TIDAK DIGALAKKAN membeli LIMA hadiah samada untuk anak maupun isteri.
Walaupun best dapat hadiah, namum hadiah tidak banyak memberi impak emosi yang positif.
So don't waste your money, just RECONNECT.
Terima kasih atas perkongsian ini. Saya boleh guna kaedah ni untuk pujuk anak saya.
ReplyDeleteJemput singgah ke blog saya... KAEDAH MENCUCI SECARA SEMULAJADI TANPA RACUN