I'm forever in love with this toy. Mula-mula jumpa lebih 10 tahun dulu di Toys R Us. Mahal masa tu. Beli 2 aje untuk Little Aulad Playschool.
Saya recommend sangat semua orang beli. Macam-macam kita boleh buat.
Tengok 👇
Believe me you can do endless things with this awesome pengepit. Yup kutip sampah boleh, kutip baju dan seluar kecik yang tertinggal di sana-sini pun boleh. Best sangat... Tak payah bongkok!
Yang paling best nak kongsi idea untuk mengajar anak membaca.
Bahan yang diperlukan, seperti di dalam gambar. Saya kebetulan kehabisan masking tape besar, jadi saya guna apa-apa yang ada di SOHO saya aje.
Kalau kita sedang mengajar bunyi kita tulis satu huruf sahaja dan tampalkan ke bola tenis. Kalau tiada bola tenis guna bola kertas pun bagus.
Kalau anak kita sedang membaca perkataan, tulis perkataan. Dalam bahasa Melayu pun boleh, bahasa Inggeris pun ok.
Ok cuba try ya.
Oops lupa pesan, jangan lupa mintak anak sebut bunyi atau membaca perkataan sambil sepit-menyepit.
AMARAN: Tidak DIBENARKAN menyepit orang atau binatang.
Bagus idea ni. Anak saya sedang belajar mengeja. Mungkin boleh cuba. Penyepit nampak gaya kena beli 3.😀😀😀
ReplyDeleteBagus idea ni. Anak saya sedang belajar mengeja. Mungkin boleh cuba. Penyepit nampak gaya kena beli 3.😀😀😀
ReplyDelete