Sunday, February 19, 2017

Proses Penyediaan & Pengajaran Anak Membaca

Ibu bapa dan guru mesti bezakan 2 perkara dalam proses mengajar anak membaca.
1. Proses MENYEDIAKAN anak.
The FOOD that you feed your child - Nutritious and halalan toyyiban.
The LANGUAGE you used when you communicate with your child. And also the  books that you read to them.
The PLAY. The crawling, the running and the jumping.
The water, the sand, and the mud play.
The lego and the blocks play.
The dolls and the dressing up play.

2. Proses MENGAJAR anak kemahiran membaca dan menulis.
The STEP-by - STEP, systematic reading instructions used in teaching to read.
http://cepatmembaca.blogspot.my/2014/01/panduan-asas-mengajar-membaca.html

Dalam kedua-dua proses kita perlu mengambil kira UMUR, TAHAP PERKEMBANGAN dan JANTINA anak.

Dalam proses mengajar anak kemahiran membaca, pastikan tahap kesediaan membaca anak.
Also to be aware of common signs of learning disabilities.

Dalam kedua-dua proses, suasana mestilah penuh dengan kasih dan sayang.
#letsbuildanationofreaders
#sifarbutahuruf

Thursday, February 16, 2017

Read Aloud


MEMBACA LANTANG / Read Aloud:
Teruskan membaca lantang kepada & bersama anak/murid anda semasa dia sedang diajar kemahiran membaca menulis secara 'formal'.

Read TO your child = membaca lantang KEPADA anak
🍁 membaca teks di dalam buku cerita satu persatu.
Kebaikan Reading TO Your Child πŸ“–:
1. Anak akan biasa mendengar struktur ayat yang baik & betul ( terutama untuk bahasa kedua anak ).
2. Anak akan menyintai buku.
3. Kaya perbendaharaan kata (vocabulary
4. 'Bonding' dengan ibu bapa / pengasuh.

Read WITH your child = membaca lantang BERSAMA anak.
🍁 membaca dengan menggalakkan anak
1. menunjuk & menamakan objek di dalam buku,
2. menceritakan & bertanya soalan apa yang dilihat di dalam buku,
3. berbual mengenai karekter2 dalam buku.
4. membuat ramalan apa yang akan berlaku berdasarkan gambar di dalam buku,
5. bertanya soalan di luar teks bacaan.

Kebaikan Reading WITH Your Child: πŸ“–πŸ‘¨πŸ»πŸ‘ΆπŸ»πŸ‘§πŸ»πŸ‘¦πŸ»πŸ‘©πŸ»πŸ“–
1. Memperkayakan bahasa.
2. Merangsang kognitif ( minda ) anak dengan bertanya soalan Kenapa, bagaimana, apa akan berlaku.
3. Merangsang sosio-emosi melalui soal jawab mengenai karekter di dalam buku.
4. Seperti di Kebaikan Reading To Your Child .

Tuesday, February 14, 2017

Tetiba Kanak-Kanak Di Finland Pandai Membaca!


πŸ”ΈBetulkah kanak-kanak tadika Finland main sahaja dan tetiba pandai membaca? 

Menurut Programme For International Assessment (PISA) untuk literasi, matematik and sains, pendidikan Finland  adalah  no.1 di dunia.
Orang Finnish 'the world best readers'.

πŸ”ΉSebab kanak-kanak Finnish No. 1 readers 
1. Polisi kerajaan yang mengutamakan pendidikan rakyat yang sama rata. Free education for all.

2. Masyarakat Finnish menyokong literasi.

3. Bahasa Finnish sangat mudah ( Bahasa Melayu lagi mudah tau!)

4. Latar belakang keluarga yang celik literasi.

5. Guru-guru prasekolah dan sekolah rendah ( comprehensive school ) yang berkelayakan (tinggi).

6. Kurikulum prasekolah yang memberi fokus kepada awal literasi - kesedaran fonemik, vokabulari, pelbagai genre bacaan.

ULASAN RINGKAS:
1. Polisi kerajaan yang mengutamakan pendidikan rakyat
 - pendidikan percuma untuk rakyat daripada taska ke universiti / kolej.
 - Tiada 'gifted-programmes'.
- all kids get the best education!
- ibu-ibu  menerima elaun jika mereka berhenti kerja kerana mahu mendidik anak-anak.

2. Masyarakat Finnish menyokong literasi.
 - mentingkan perpustakaan.
- MEDIA menyokong pendidikan ( tiada program realiti muzik berlambak-lambak?)
- Program tv asing mempunyai sarikata bahasa Finnish.
- Ini menggalak kanak-kanak Finnish membaca bermula di rumah.
( Tambahan pula membaca menjadi senang kerana bahasa Finnish sangat mudah dan sudah ada sokongan daripada ibu bapa mereka yang mengamalkan budaya celik literasi )

3. Bahasa Finnish sangat mudah:
- Anak2 pra sekolah mempelajari membaca Bahasa finnish yang MUDAH ( berbanding dengan bahasa Inggeris ). Bahasa Finnish ini jugalah bahasa komunikasi di hampir kesemua rumah di Finland. Mereka juga menggunakan bahasa yang sama untuk mempelajari subjek-subjek lain di sekolah.
- Setiap perkataan bahasa Finnish dibaca sebagaimana dieja. Dengan mempelajari bunyi setiap huruf abjad Finnish, anda dapat membaca hampir kesemua perkataan Finnish.
       Terdapat 21 huruf abjad Finnish. Bilangan huruf abjad Finnish sedikit.
- Di dalam bahasa Finnish, satu bunyi diwakili oleh satu simbol. Sistem abjad Finnish sangat mudah berbanding dengan bahasa Inggeris.
- Guru-guru prasekolah mempunyai ijazah.
- Guru-guru prasekolah menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi ( synthetic phonics ) untuk mengajar awal literasi.
( ho ho ho πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ» )
- Di atas sebab-sebab di atas, 50% daripada kanak-kanak prasekolah berjaya menguasai kemahiran membaca di akhir tahun persekolahan mereka; seolah-olah mereka pandai membaca dengan sendiri tanpa diajar.

4. Latar belakang keluarga Finnish yang celik literasi.
- Kedua ibu bapa berpendidikan tinggi dan mempunyai kedudukan kewangan yang stabil.
- Kebanyakan keluarga mementing budaya membaca - membacakan buku, bercerita, bernyanyi, bermain dengan mainan huruf / abjad, berbual pelbagai hal, berbual mengenai apa yang dibaca, menulis huruf dan perkataan , membaca kuat papan tanda dan label.
- Keluarga Finnish melengkapi rumah mereka dengan pelbagai sumber pembelajaran. Setiap rumah juga ada bilik bacaan khas.

http://www.eli-net.eu/fileadmin/ELINET/Redaktion/user_upload/Childrenadolescents_Long_Finland_final.pdf

5. Guru-guru prasekolah dan sekolah rendah ( comprehensive school ) yang berkelayakan (tinggi), yang berilmu, yang dedikasi dan yang dihormati segenap lapisan masyarakat. Tambahan pula para guru diberi kebebasan untuk menyempurnakan tugas moral mereka membentuk masyarakat yang bertanggung jawab melalui institusi pendidikan. Sekali gus  profesion perguruan dipandang esteem &  setaraf dengan profesion kedoktoran, kejuteraan & kehakiman.

6. Kurikulum Day Care Centres yang berorientasikan PLAY 0 - 5 tahun.
- keseluruhan aspek perkembangan kanak-kanak dipupuk melalui kurikulum berorientasikan play.
- Menjelang umur 6 tahun ( prasekolah ), kanak-kanak Finnish mempunyai  kemahiran kendiri , kestabilan emosi, kemahiran kognitif, kemahiran sosial, kemahiran bahasa dan kemahiran fizikal yang mantap.
      Pendidikan awal yang menyeluruh membantu kanak-kanak Finnish mempelajari  awal literasi dengan mudah pada umur 6 tahan di tahap prasekolah.

KESIMPULAN SAYA Sebenarnya TIDAK BENAR kanak-kanak di Finland TETIBA pandai  membaca.
Mereka sebenarnya diajar membaca secara langsung dan tidak langsung.
Membaca adalah kemahiran yang kompleks. Menurut kajian neuroscience in language, langkah mengajar membaca ( reading intructions ) mestilah eksplisit dan sistematik yang mengajar hubung kait di antara fonem-grafem (bunyi-huruf); bukan hafalan suku kata ( rimes ) maupun perkataan (whole word).

#betulkahkanak2Finlandtetibapandaimembaca

Rujukan utama:
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Education_in_Finland

http://www.ifla.org/files/assets/school-libraries-resource-centers/conferences/2012/finnish-pisa-results-2012.pdf

http://stuff4educators.com/index.php?p=1_77_Finland-World-s-Best-Readers

http://www.jstor.org/stable/41482121?seq=1#page_scan_tab_contents

http://www.readingrockets.org/blogs/shanahan-literacy/response-joyful-illiterate-kindergartners-finland

https://fissteps.files.wordpress.com/2013/11/english-language-curriculum-fista.pdf

http://saifulislam.com/2015/08/pendidikan-di-finland-mengenali-realiti-menjauhi-misteri-bersama-prof-fred-dervin/

Thursday, October 6, 2016

Aerobik Jari

Aerobik Jari - Piano Play, Spider Hand, Finger Tap
Membantu anak kecil membina kemahiran motor halus supaya mudah untuk mereka melakukan tugasan di sekolah.

Di antara tugasan sekolah yang memerlukan kemahiran motor halus:
1. Memegang pensel & menulis.
2. Memegang gunting & memotong kertas. 
3. Memadam dengan pemadam pensel. 
4. Mewarna dengan krayon & pensel warna. 
5. Memicit botol gam. 
6. Membuka & menutup tudung botol gam. 
7. Membutang & membuka pelbagai butang. 
8. Mengenakan & membuka zip. 
9. Menggunakan sudu, garfu untuk menyenduk makanan. 
10. Menggunakan jari untuk mengambil & hjmenyuap makanan. 
11. Membuka & menutup bekas (tupperware). 
12. Mengasah pensel dengan pengasah pensel. 
13. Urusan bilik air (toileting). 
14. Projek kraf - melukis; melipat, merenyok, mengoyak, menampal kertas; mengecat dengan pelbagai berus, dan lain-lain. 
15. Memakai & membuka kasut (sandal, kasut velcro). 
16. Mengikat tali kasut. 
17. Memakai & membuka anak tudung & tudung untuk kanak-kanak perempuan. 
18. Ketahanan menulis. 

Cadangan saya:
1. Demo satu aerobik jari dahulu. 
2. Latih kanak-kanak untuk ikut. 





3. Apabila anak sudah mahir, intergrasikan dengan isi pdp. 
      Sebagai contoh sambil tap jari,  sebut bunyi atau nyanyi lagu Abu Ada Ayam atau Cory Cat atau membilang; mengenal warna/bentuk. 
Sila klik link ini https://youtu.be/1tL5-WFv2WE

Jadikan aerobik jari selingan pembelajaran yang menyeronokkan. 

Sunday, September 18, 2016

Maaf anak puan 'not doing so well'...

πŸ€’ Apa nak buat??? Dah bulan June. Baru dapat report anak 6 tahun, ' not doing well in school', masih Buku 1 Bacalah Anakku (ehem!) dan tak reti duduk diam untuk belajar, kurang fokus. 

   Gambar hiasan


  πŸ™ŒπŸΌ Tarikh nafas, keep calm. Semak 2 perkara. Semak ANAK. Semak GURU / pelaksanaan KURIKULUM tadika/sekolah

       πŸ‘¦πŸ»πŸ‘§πŸ» SEMAK ANAK
        🚩Semak perkembangan fizikal 
        - pergerakan lengan & tangan lemah. 
        Shaky & clumsy when doing things. 
        - belum boleh melukis bentuk2 asas bulat, segi tiga, segi empat, 
        tanda  + dan x. 
        - belum boleh menggunting garis lurus & melengkung.

        🚩Semak perkembangan kognitif ( understanding, paying attention, memory)
         - tidak kenal nama sendiri yang tertulis ( cannot recognize printed 
         name)
         - belum mengenal warna & bentuk.
         - tidak boleh menyatakan nama, umur, tempat tinggal.
         - sukar memahami peraturan permainan kanak-kanak tadika.
         - tidak minat main peranan.
         - tidak dapat melakukan aktiviti mudah ( sepatutnya boleh melakukan 
          aktiviti / memberi fokus selama 10-15 minit). 
         - tidak tahu membilang 5 objek. 
         - tidak memahami konsep sekarang, dahulu, akan datang. 
         - sangat sukar memahami konsep asas huruf. Sebagai contoh bunyi /a/ 
         diwakili oleh huruf 'a'.

         πŸš©Semak Perkembangan Bahasa
         - bahasa anak sukar difahami
         - sukar bertutur menggunakan ayat penuh ( sepatutnya sudah boleh menggunakan ayat yang terdiri drp 4 atau 5 perkataan).
         - tidak bertanya soalan.
         - tidak mengikut arahan mudah.

         πŸš©Semak Perkembangan Sosio-Emosi
         - tidak berminat bermain dengan kawan
         - tidak pandai berkongsi dan mengambil giliran.
         - terlalu pasif / terlalu takut / terlalu bergantung pada ibu bapa / guru
         - terlalu 'rigid' dengan rutin sekolah. Mengamuk apabila rutin berubah.

Sekiranya terdapat banyak DELAY di dalam perkembangan anak , sila hubungi pakar psikologi dan/atau terapis carakerja (occupational therapist).
Sekiranya tiada masalah dengan anak, sila semak guru/ pelaksanaan kurikulum tadika.

SEMAK KURIKULUM TADIKA & GURU
- Adakah kurikulum PLAY BASED, berorientasikan kanak-kanak?
- Adakah guru terlatih dan melaksanakan kurikulum dengan baik?
- Adakah guru sering bertukar ganti?
- Adakah kedatangan guru bagus?

Berbincanglah dengan baik dengan pihak sekolah.

Readnetwork menawarkan Creative Play Curriculum & Phonics reading programme for nurseries & preschools.
Hubungi 03-4143-5440 atau whatsap 013-628-6163

Sunday, August 28, 2016

Hilang sabar anak tak ingat-ingat na ni nu.

GAYA kita mengajar anak membaca akan membantu atau membantut pembelajarannya. 

Di sini saya kongsi tips bagaimana kita boleh membantu anak kita membaca menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi untuk Bacalah Anakku dan jug Readeasy. 
1. Kita menyebut BUNYI bukan nama huruf. 

2. Kita mengajar bunyi mengikut SUSUNAN  buku.
 
3. Kita menggabung TEKNIK PELBAGAI DERIA VAK (visual, auditori, kinestetik) apabila mengajar (sebagaimana kami kongsi di dalam kursus). 
Guna kad imbas, kad huruf berpasir, bernyanyi, melakukan aksi asosiasi, demo gabung bunyi, menulis dan mengeja dengan jari. 

4. Kita TIDAK  MENGHARAP kanak-kanak menguasai konsep gabung bunyi dengan cepat pada peringkat awal 
( terutama anak 4 thn ). 
Kanak-kanak yang berumur 3,4 tahun akan mengambil masa yang lebih lama untuk memahami gabung bunyi. 

5.  Kita KONSISTEN menunjukkan proses gabung bunyi dan melakukan aktiviti LIHAT & BUAT, DENGAR & BUAT dengan anak ( Langkah pengajaran ini SANGAT penting). ULANG & ULANG & ULANG dalam pelbagai bentuk aktiviti yang menyeronokkan.
 
6. Kita sentiasa BERSEDIA membantu  anak mengingat/menyebut bunyi, membaca gabung bunyi suku kata atau perkataan dengan 🍭menyanyi lagu fonik , 🍭menunjuk kedudukan mulut/gigi/lidah, 🍭menyebut bunyi pertama dalam suku kata, 🍭menyebut kedua-dua bunyi dalam suku kata terbuka (buku 1 - 5), 🍭penggunakan jari/petunjuk ketika kanak-kanak membaca frasa/ayat. 

7. Kita JANGAN biarkan kanak-kanak TERSANGKUT lama; bimbing seperti di dalam langkah 6 atau terus sebutkan bunyi / suku kata / perkataan. 
Pada peringkat awal emosi anak perlu dijaga. 
Give them GOOD experience when learning to read. 

8. Kita MERAIKAN SETIAP kejayaan anak. 
      πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ» πŸ†πŸŽ
πŸ”΄ dapat sebut bunyi
πŸ”΄ dapat membaca walau pun    sedikit. 
πŸ”΄ tamat setiap buku
πŸ”΄ tamat Buku 8 
πŸ”΄ dan lain-lain kejayaan

9. Kita fahamilah agak NORMAL untuk kanak-kanak selesa membaca buku lama 
( contoh Buku 1,2) & gentar untuk berpindah ke buku baru (Buku 3).  Bantulah mereka dengan lemah lembut. 

9. Keep calm, senyum & ketawa. Berseronoklah apabila mengajar. Berilah sokongan dan kata positif.
Fahamilah anak itu ada hari  perfomensnya bagus dan ada hari yang dia mundur. 



Friday, February 26, 2016

'Mazhab' Fonik Baru

Betulkah sekarang ada fonik baru?
Bukan baru... Diberi NAMA BARU. Terdapat 2 'mazhab' fonik. 

Erti FONIK dalam bahasa mudah ialah BUNYI

1. 'Mazhab' fonik baru = 
FONIK SUKU KATA = Bunyi suku kata. 
Kanak-kanak diajar membaca perkataan dengan menghafal pola suku kata terbuka & tertutup seperti ba bi bu be be bo, can cin cum cen cen con, lang ling lung leng leng long dan seterusnya. 

Fonik suku kata = hafal pola suku kata =  kaedah suku kata
Sebenarnya fonik suku kata berasaskan kaedah suku kata. 

Bolehkah anak diajar membaca menggunakan cara ini?
Tentu sekali boleh. 
Cuma dengan cara ini dan mana-mana cara berdasarkan KAEDAH SUKU KATA.  anak dikehendaki menghafal banyak pola. 
Pada peringkat awal, anak akan laju membaca perkataan mudah kerana belum banyak pola perlu diingat. Walau bagaimana pun, anak yang kuat daya ingatan akan dapat membaca dengan baik dengan cara ini. 
Tetapi banyak juga kanak-kanak menghadapi kesukaran apabila mula menghafal pola suku kata tertutup. Lebih-lebih lagi untuk membaca perkataan panjang
( perkataan pelbagai suku kata). 
Lihatlah berapa banyak pola suku kata yang perlu diajar dan dihafal. 

Ada juga yang menggabungkan kaedah ini dengan mengajar bunyi/fonem huruf juga untuk membaca suku kata tertutup.  

Sebagai contoh:
suku kata 'ma' + bunyi /n/ = man
Yang pasti ratusan pola juga perlu dihafal. 

2.  FONIK GABUNG BUNYI
 FONIK GABUNG BUNYI = hafal bunyi paling kecil (fonem) di dalam bahasa pertuturan yang diwakili simbol/huruf 
= Fonik Bacalah Anakku 

Anak diajar membaca dengan menggabung bunyi2 kecil(fonem) ini menjadi perkataan. 

Fonik Gabung Bunyi = hafal fonem + gabung bunyi = Fonik Bacalah Anakku = KAEDAH FONIK/FONETIK

Terdapat HANYA 31 fonem di dalam bahasa Melayu.


Anak tidak perlu menghafal ratusan pola dengan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku. Sesetengah anak mengambil masa untuk memahami konsep gabung bunyi ini. Tetapi dengan kemahiran menggabung bunyi, anak dapat membaca kesemua perkataan bahasa Melayu dengan mudah. Tak kiralah panjang atau pendek. Anak juga akan mudah membaca bahasa Inggeris sekiranya kaedah yang sama digunakan untuk mempelajari membaca bahasa Inggeris. 

Kaedah fonik gabung bunyi ini juga adalah kaedah yang paling sesuai untuk kanak-kanak yang sukar membaca(struggling readers). 

Kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku dan Readeasy Phonics pula memenuhi kriteria program bacaan berkesan kanak-kanak disleksia:
1. Berasas fonik
2. Multi sensori
3. Berstruktur & Sistematik
4. Arahan Pengajaran Terperinci 

Bacaan berkaitan Perbandingan Kaedah Fonik vs Kaedah Mengeja & Kaedah Suku Kata di http://cepatmembaca.blogspot.my/2013/03/aduyai-banyaknya-kena-hafal.html?m=1