Bahan yang diperlukan:
1. Sampul surat panjang yang dipotong pada satu hujung.
2. Kad manila.
3. Pen marker hitam. Marker merah dan biru sekiranya menggunakan perkataan bahasa Melayu yang mengandungi e pepet (merah) dan e taling (biru).
4. Buku Bacalah Anakku dan / atau Readeasy Phonics.
Langkah:
1. Pilih beberapa perkataan berdasarkan susunan buku Bacalah Anakku atau Readeasy
2. Tulis perkataan di atas kad manila.
CONTOH 2: Bacalah Anakku Buku 6
CONTOH 3: Readeasy Beginner Book 7
CONTOH 4: Readeasy Beginner Book 8
2. Masukkan kad ke dalam sampul.
3. Latih anak membaca dengan menggabung bunyi sambil menarik kad sedikit demi sedikit.
Contoh perkataan bahasa Inggeris, Book 8 Readeasy Beginner.
Setelah anak-anak dibiasakan dengan aktiviti ini, mereka dapat melakukan 'independent-learning'. Ibu bapa atau guru hanya perlu menyediakan kad-kad perkataan yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang telah dipelajari. Hiasilah sudut bahasa anda di sekolah atau rumah dengan kad-kad sampul ini.
Perhatian: Jangan terikat kepada perkataan yang digunakan dalam buku Bacalah Anakku dan Readeasy sahaja.
Selamat mencuba!
seronok dapat ajar sendiri anak membaca
ReplyDeletememang best kaedah fonik ni..anak saya pun belajar membaca guna keadah ni umut 4 tahun dah boleh membaca perkataan english...belum try lagi ke bahasa melayu...
ReplyDeletekisah anak saya: http://dazzlingmoms.com/2014/10/tips-mengajar-anak-membaca-cepat-kaedah-fonik.html