Friday, January 18, 2013

Tips Bantu Anak Fokus 3

"Mak, dah 4 kali Riz baca topik ni, tak faham-faham jugak! Malas la belajar!"
"Aduyai baru 5 minit baca buku, Arif dah tidur. Malas betul anak aku ni..." keluh Encik Jo.
"Puan Nik, apa saya nak buat? Bukak aje buku Bacalah Anakku, anak saya Nina, 5 tahun, terus lari... Macam mana dia nak pandai baca?" Puan Sal mengadu.

Sekiranya anda pernah experience suasana di atas, sah anak anda masuk Geng Kaki Tangan(Tactile/Kinesthetic learner). Anak Geng Kaki Tangan ni tak boleh belajar glued to the chair. They are doers. Mereka dapat fokus belajar dengan lebih baik sekiranya mereka guna kaki dan tangan untuk belajar. Mereka mudah ingat apa yang mereka telah lakukan seperti buat puzzle atau memmasak atau pasang komputer. Mereka suka sports dan di sekolah mereka suka subjek yang banyak aktiviti seperti PJ. Mereka minat buat eksperimen sains. Mereka suka mainan pasang-buka dan bina model(Lego, Lasy). Walaupun mereka tak suka belajar dengan membaca buku, tapi mereka minat buku yang menceritakan pengembaraan. Yang tak best sikit, tulisan Geng Kaki Tangan ni tak berapa kemas(@buruk)

 Tips Untuk Bantu Geng Kaki Tangan(Tactile/Kinesthetic)
1. Adakan 'break' yang lebih kerap masa sedang belajar. My 10 yr old son will request a break every 20minutes when doing revision or homework(Yup penat. But no point forcing him to sit longer). Breaks should be 5 minutes only. Saya suka aktiviti Brain Break(www.brainbreaks.blogspot.com).

2. Pengajaran & pembelajaran mesti hands-on. Perbanyakkan aktiviti. So cikgu-cikgu subjek seperti sejarah, agama kena kreatif sikit. Less chalk & talk dengan geng ni.

3. Galakkan mereka hafal fakta sambil berdiri atau berjalan. Untuk bantu mereka fokus bila membaca, berikan squeeze ball untuk mereka pegang. Dan jangan marah anak kalau sambil study dia tap pensil(as long as tak ganggu orang lain).

Bersambung.

Monday, January 14, 2013

Tips Bantu Anak Fokus Belajar 2

Sambungan:
Terdapat 3 style belajar. Kita samada belajar melalui mata, telinga atau pergerakan. Banyak di antara kita, termasuk anak-anak kita yang cenderung kombinasi 2 style. Sebagai ibubapa atau guru kita observe yang mana style yang lebih ketara.

So apa yang kita nak observe lagi?
Sekiranya anak kita susah nak faham arahan secara lisan, lebih suka buat kerja dengan teratur dalam suasana sunyi, maka anak kita termasuk dalam Geng Mata(visual learner).

Geng Mata juga suka membaca, lebih suka memerhati daripada bercakap atau melakukan sesuatu, mudah hafal bahan bertulis dan hebat mengeja. Mereka peka perkara-perkara kecil dan suka menconteng pada kertas.

Tips Untuk Bantu Geng Mata:
1. Galakkan mereka melakar atau melukis idea-idea mereka atau apa yang mereka telah pelajari menggunakan pen atau krayon pelbagai warna. Mind mapping akan banyak membantu Geng Mata belajar(Rujuk gambar di bawah).

2. Beri banyak peluang untuk mereka menulis apa yang mereka belajar mengguna pelbagai media tulis termasuk komputer dan ipad. Galakkan mereka highlight fakta penting yang mereka tulis.

3. Gunakan gambar, grafik, carta, pemetaan dan diagram untuk bantu mereka belajar dengan lebih baik.

4. Tulis kata kunci, arahan yang diberikan secara lisan.

5. Tunjukkan secara praktikal apa yang kita nak mereka lakukan.

6. Ajar membaca menggunakan kad huruf, kad suku kata dan kad perkataan. Galakkan mereka bina suku kata/perkataan/ayat menggunakan kad.

7. Perbanyakkan aktiviti visual seperti mengkaji peta, melihat video, membuat model dan bermain crossword dan word search.

Selamat mencuba semua
Bersambung ...







Tips Bantu Anak Fokus Belajar 1

Kawan FB saya mintak tips macamana nak tolong anak fokus bila belajar. I'm no expert in this. Tapi like you all semua, sebagai ibu kita all the time trying to help our kids learn kan. So sesama kita share ideas.

Cadangn saya 2,3 hari ini kita observe gaya anak kita belajar. Bila kita dah tau gaya dia, insyaAllah senang kita tolong dia belajar.

Terdapat 3 style belajar. Kita samada belajar melalui mata, telinga atau pergerakan. Banyak juga kita, termasuk anak-anak kita yang cenderung kombinasi 2 style. Sebagai ibubapa atau guru kita observe yang mana style yang lebih ketara.Anak kita boleh dikategori sebagai pelajar auditori(Geng Telinga), pelajar visual(Geng Mata) atau pelajar kinestetik(Geng Kaki Tangan).
Note: Nama geng ni saya yang berikan. Kita kan bukan semua pakar education, berbelit lidah sebut auditori, tambah2 ambo oghe klate!

So apa yg nak kita observe?
Tengok adakah anak kita lebih suka belajar dengan telinga. Cepat ingat bunyi huruf bila nyanyi lagu Abu Ada Ayam. Cepat ingat sifir through songs. Suka sangat dengar lectures/talks. Bulat mata dengar ceramah! Mudah aje dia ingat facts selepas tu. Lebih2 lg kalau ada discussion lepas ceramah. Atau pun dia boleh belajar dalam suasana bising, tv on, muzik on. Kalau anak kita macam ni dia termasuk Geng telinga.

Tips untuk bantu Geng Telinga:

1. Beri peluang dia dengar apa yang dia telah atau akan pelajari- melalui video dan CD
2. Perbanyakkan group discussion; kalau dia masih kecil, kitalah kena banyak bercakap bagitau dia itu ini atau pun read aloud to them.
3. Galakkan dia buat oral presentation apa yang dia belajar melalui show & tell, main peranan jadi cikgu, radio DJ atau penceramah jemputan. Kita juga boleh galakkan anak kita masukkan unsur rentak, ritma & melodi bila hafal fakta pelajaran.
4. Bila belajar membaca menggunakan kaedah fonik, pelajar Geng Telinga lebih mudah belajar bila mereka sebut bunyi dengan kuat berulang kali, terutama untuk aktiviti gabung bunyi & mengeja.
Untuk subjek lain mereka dapat menghafal fakta dengan baik if they close their eyes and say aloud repeatedly.

Bersambung...

Friday, January 11, 2013

Tip Untuk Bantu Anak Yang Baru Pandai Membaca

Saya dapat banyak feedback daripada ibu bapa dan guru-guru yang happy sangat anak-anak 5,6 tahun mereka dah pandai membaca menggunakan Bacalah Anakku dan/atau Readeasy. Syabas! But don't stop helping them. If they are 'emergent readers', masih belum begitu lancar, then they still need help from you.

1. Mulakan Paired Reading- Ibubapa/guru/rakan sekelas bergilir baca buku cerita atau pelbagai bahan bacaan lain. Kekadang saya dan anak bergilir membaca 5 ayat seorang. Kekadang kami bergilir membaca seperenggan seorang. Now that my youngest is 10, we take turn to read a page each. Oh yes please read aloud. So boleh kita check pronunciation anak-anak. This activity is for reading BM and also English.

2. Buat ejaan lisan & bertulis. Saya suka main Spell Tap dengan anak saya. Untuk first timers tunjuk dulu pada anak macam mana nak Spell Tap(Sila lihat gambar di bawah). Bagitahu anak "Tengok mama eja 'bakul'. /Beh-aa-keh-uu-ll/ , bakul."

Galak anak mengeja menggunakan bunyi sekiranya dia belum mantap convert bunyi kepada nama huruf. Kalau anak dah kenal nama huruf dengan baik, galakkan dia Spell Tap menggunakan nama huruf abc(ei,bi,si).

Jangan lupa untuk tap jari sambil mengeja.

Minta anak Spell Tap 5 perkataan. Kemudian galakkan dia menulis perkataan-perkataan tadi.

Cuba try ye dengan anak-anak. Nanti saya share idea-idea lain.

Thursday, January 10, 2013

Memory Game:Irregular Verbs

This is one of my favourite games with my kids & primary school students when revising irregular verbs. Ingat tak masa sekolah our English teacher suruh hafal berpuluh-puluh words 'simple present , simple past dan past participle forms for irregular verbs? Go, went, gone; swim, swam, swum? Boring kan? Jom kita make it more interesting. Anak kita boleh belajar simple past forms of Irregular verbs dalam suasana yang lebih menyeronokkan. This game will also help enhance their memory skills.

Bahan-bahan:
12 keping kad (sama warna & saiz)
Marker pen
Senarai Irregular verbs( Saya mulakan dengan 5 verbs. You can add more for older children or if you have more players)

Untuk 10 kad kita bole buat 5 pasang Irregular verbs. Get your children to help cut the cards and write the words.
Pemain: sekurang-kurang 2 orang

Cara permainan:

1. Mula-mula revise semua past forms yang telah ditulis pada kad secara lisan.
2. Versi 1: Letakkan semua kad dalam keadaan terbuka secara rawak.
3. Galakkan anak mencari pasangan simple-past forms yang betul. Ask them to read aloud the words.
4. Versi 2:Untuk Memory Game, terlengkup semua kad atas meja secara rawak. Pemain bergilir membuka 2 kad, satu persatu sambil membaca perkataan pada kad. Sekiranya Dia dapat mencari pasangan yang betul, dia dapat menyimpan kad-kad tersebut dan membuka 2 lagi kad. Permainan diteruskan sehingga semua kad habis dibuka. Pemain yang memperolehi kad yang terbanyak adalah pemenang.
Permainan ini boleh digunakan untuk mempelajari math, membaca, jawi dan banyak lagi. Selamat mencuba!






















Tuesday, January 8, 2013

Busy Bag Ideas

This afternoon I went shopping and bought 2 packets of multipurpose Velcro straps for rm1.90each. Ada 6 strap dalam satu paket. Now what can I do with them? Banyak benda kita boleh buat dengan straps ni. Yes! Another Busy Bag idea for your toddler. Encourage your child to link the straps together(kemahiran psikomotor halus)). He will have fun sticking and pulling the velcros on the straps. You should also talk to him about colours (kemahiran kognitif). Then get him to count the straps(kemahiran kognitif). You could also encourage him to match colours(kemahiran kognitif). I'm going to name this activity Chain Link. Best kan boleh buat satu lagi aktiviti untuk Busy Bag for less than rm5!!! Do tell me if your child enjoy playing with these straps.







Monday, January 7, 2013

Siapa yang kata tv, computer games, iPads tak elok untuk babies & kanak-kanak?

The American Academy of Pediatrics says that, "cute as they are, babies and toddlers should spend as little time as possible with 'screens".

According to a study by Yale Family Television Research, teachers characterized children who watched excessive television as less cooperative, less imaginative, less enthusiastic about learning, and less happy than those who watched little or no TV.

I know it is so difficult for parents not to let their kids sit in front of the screen. This include not letting them play with iPads & smart phone apps.

Apa yang saya lakukan:

1. Educate diri saya . Saya akan membaca research mengenai kebaikan/keburukan tv & media seumpamanya terhadap bayi dan kanak-kanak. Apabila kita tahu media sebegini lebih banyak membawa mudarat daripada kebaikan maka lebih mudah untuk kita jauhkan daripada anak-anak kita.

2. Sediakan pelbagai aktiviti menarik untuk kita lakukan bersama anak-anak kita. Saya suka idea Busy Bags.

Apa itu Busy Bags? Beg atau tupperware yang diisi dengan aktiviti hands on yang mudah dan bersesuaian dengan umur anak kita. Here are some ideas yang mudah dan murah.

Saya guna bekas plastik yang ditebuk lubang, papar clips, beg ziplock. This simple activity will help enhance your child's hand-eye co-ordination. You can also encourage him/ her to count. Don't forget to teach colours too! Peringatan: aktiviti ini perlu pengawasan orang dewasa kerana paper clips tu kecik. Apa yang penting di sini anak dapat peluang memegang pelbagai benda. Kalau tengok tv, tengok aje. Kalau iPad, boleh sentuh screen, tapi tak berpeluang sentuh real objects. So have fun with your kids!