Tuesday, October 8, 2013

Macamana Saya Pandai Speaking (2)

1. Saya membaca BANYAK buku cerita bahasa Inggeris daripada kecil. Seingat saya bermula daripada Darjah 2 lagi. 

The Secret Seven, the Famous Five, The Five Find Outers adalah siri buku kegemaran saya semasa Darjah 2 dan 3. Apabila besar sikit saya mula suka siri Nancy Drews. Bila saya besar banyak,  ok la saya baca Mills & Boon. Tapi saya masih ulang membaca buku-buku cerita yang saya baca semasa sekolah rendah. Hehe masa form 5 masih suka baca The Five Find Outers (suka Fatty dan Mr Goon).
 
Saya masih simpan beberapa buah buku.

2. Saya bercakap SEDIKIT bahasa Inggeris di rumah. Maklumlah orang Kelantan, bahasa pertama di rumah adalah bahasa kelate. Bahasa Inggeris saya guna setiap hari tapi tak macam budak-budak Melayu KL sekarang yang cakap English melebihi Mat Salleh! Saya masih ingat semasa sekolah rendah, geng saya 1Malaysia dan kami banyak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

3. Saya pernah masuk tuisyen bahasa Inggeris yang gurunya daripada England untuk lebih kurang hampir setahun.

KESIMPULANNYA: Saya mendapat asas bahasa Inggeris yang baik melalui pembacaan yang banyak dan berterusan.  Saya juga menggunakan bahasa Inggeris untuk komunikasi. Saya juga berpeluang berguru dengan 'native speaker' ( guru dari England tu). Saya mudah menjawab exam questions bahasa Inggeris kerana saya banyak membaca. Saya sebenarnya tak faham apa itu adverb dan adjective semasa bersekolah.  Saya tak minat belajar grammar bahasa Inggeris pun masa sekolah dulu. Cikgu English masa zaman tu pulak asyik duk ajar English grammar aje! 
Hanya setelah saya menjadi guru sekolah menengah barulah saya faham benda-benda grammar ni.

Jadi saya cadang sekiranya kita nak anak kita pandai berbahasa Inggeris pastikan dia banyak membaca buku-buku bahasa Inggeris. Set target anak pandai membaca bahasa Inggeris selewat-lewat 6 tahun. Beri juga peluang mereka mendengar bahasa Inggeris yang baik ( NOT Manglish ye).

( Bersambung )





Macamana Saya Pandai Speaking

Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kota  Bharu, Kelantan dari 1963-1980.

1981- 85 saya belajar di  Toronto, Canada ( High School, Grade 13). Kemudian di St Catherine's
               (Brock University,  Bacahelor of Arts in Economics) 

1985 - 87 saya di  New Jersey, USA ( tunggu suami abis belajar sambil jaga anak dan jual nasi berlauk      kat Malaysian students ). 

1987 balik ke Malaysia, Kota Bharu, Kelantan bersama suami dan 2 orang anak. Ya extra baggage. Pergi seorang balik berempat.

1988 - 89 guru di Maahad Muhammadi Perempuan (MMP), KB. Saya mengajar English, B.Melayu dan Sejarah ( Gomol belako!)

1989-90 sambung belajar di UIA, Diploma Pendidikan ( English ). Macam buat teh segera. Celup-celup jadi English teacher! Di sini first time belajar English Phonetics dengan En. Mohd Daham ( thank you, sir. May Allah bless you.)
Di sini juga first time belajar Bahasa Melayu Baku di bawah tunjuk ajar Profesor Dr Awang Sariyan. One of my BEST teachers. Terima kasih, Prof. Semoga dirahmati Allah selalu.)

1991 - sambung balik mengajar di MMP sambil tunggu posting. Kemudian dapat posting ke SMR Nipah, Bachok ( beberapa bulan sahaja). 

1991 -97 Kemudian mengajar di SMKA Naim lil Banat, KB.

1997 - meletak jawatan sebagai guru Kementerian Pendidikan ( sekarang Kementerian Pelajaran ye.)

1997 - sehingga sekarang, all out kongsi pengalaman dan teknik mengajar anak membaca menggunakan Bacalah Anakku dan Readeasy (2001).

Disember 2009 pindah KL. Dah hampir 4 tahun di KL, tapi bila cakap Bahasa Melayu KL masih berbau  Kelate! 
 
Itu dia sedikit sebanyak latar belakang saya.

Kalau nak kira orang selalu perlekeh orang Kelantan bila cakap Bahasa Inggeris. Bau budu pekat laaa. Bunyi Kelate jugak laa. Macam-macam lagi. 

Saya...? Saya makan budu. My favourite food is nasi putih, ikan goreng selar kuning and budu durian! 
Tapi bila saya kecek oghe putih... Tak bau budu ok. 
Nak tau macamana?
(Bersambung) 


Monday, October 7, 2013

Cerita Puan Zainanor.

Beberapa hari yang lepas saya menerima panggilan telefon daripada Pn Zainanor. Suka hati dan bersyukur sangat bila ada orang cerita pasal Bacalah Anakku. Berbaloi saya berhenti kerja kerana niat nak share dengan ibu bapa supaya anak-anak kita dapat membaca awal dan sekali gus mendapat ilmu yang banyak. Saya kemudian meminta Pn Zainanor emelkan ceritanya supaya menjadi inspirasi kepada ibu-ibu yang lain.

Ini ceritanya:

Assalamualaikum,

Saya mula menggunakan buku Bacalah Anakku pada tahun 1998. Pada waktu itu, harga 1 set ialah RM12.50, di Wilayah Persekutuan Labuan, untuk anak sulung saya. Saya dan suami saya, Encik Othman Mohd Tahir telah menggunakan kaedah pembelajaran Bacalah Anakku untuk 7 orang anak kami:


1.
Noor Fatinullah – Diploma in English Communication, Kolej Profesional Mara Indera Mahkota. (Current GPA-3.81, CGPA 3.27)
2.
Nur Syakina – Universiti Kuala Lumpur, Cawangan Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah. UPSR 5A, PMR 8A, SPM 11A
3.
Nur Izati- Tingkatan 4, SBP Sains Hulu Terengganu. UPSR 4A, PMR 8A
4.
Nur Asyiqin- Tingkatan 2. SBP Sains Sultan Mahmud. UPSR 5A
5.
Nur Illya Umairah- Darjah 5 Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan, Kuala Terengganu
6.
Muhammad Fierdaus-Darjah 4  Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan, Kuala Terengganu
7.
Imad Dee Nejad-6 tahun

Dalam peperiksaan bulanan, pertengahan dan akhir tahun, anak-anak saya, Alhamdulillah mereka dapat keputusan yang cemerlang, sering mendapat tempat pertama.

Komen saya: A child who starts ahead, stays ahead. InsyaAllah.


Kesemua anak kami tidak pergi tadika dan hanya belajar di rumah menggunakan 100% buku ‘Bacalah Anakku’ sebagai panduan asas awal proses pembelajaran. Selepas anak-anak habis membaca buku yang ke 9, saya melatih mereka dengan membaca buku yang berbentuk  ilmiah ringan seperti ensiklopedia bahasa Melayu. Buku ini lebih merupakan koleksi mengenai bencana alam yang sering berlaku seperti kejadian gempa bumi dan kejadian puting beliung. Kami sekeluarga suka menonton dokumentari terbitan National Geographic.


Bila memasuki sekolah Kebangsaan Tahun 1, anak-anak saya boleh menguasai membaca dengan lancar dan berkeyakinan. Kali terakhir kami berhubung dengan penulis buku Bacalah Anakku, Puan Nik Eliani pada Tahun 2000 berkaitan masalah anak ke 2 saya dalam penerimaan kaedah buku Bacalah Anakku. Alhamdulillah anak saya sudah boleh membaca dalam masa 21 hari serta dapat menguasai pembacaan yang mantap dan berkeyakinan.


Apa yang membanggakan kami pada tahun 2009, anak kedua, ketiga, keempat dan kelima yang bersekolah di sekolah rendah dan menengah, dalam kelas pertama, mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir tahun. Kami akan mengesyorkan buku ‘Bacalah Anakku’ untuk anak-anak mereka sebelum memasuki tahun 1. Apabila menggunakan kaedah Bacalah Anakku, kaedah ini tidak membosankan anak anak malahan menyeronokkan mereka. Saya mengajar anak-anak saya tidak melebihi dari 30 minit sehari pada waktu pagi.


Kami juga tidak pernah sesekali menggunakan makanan tambahan seperti pil tambahan untuk merangsang minda. Hanya konsep berdoa dan usaha. Banyakkan latih tubi mengikut konsep sebenar peperiksaan setiap hari.

 

 

KONSEP TUISYEN AUNTY NOR (TAN)

Bermula pada tahun 2009, saya mula mengajar di rumah pelajar sendiri. Maknanya saya pergi ke rumah pelajar itu. Kebanyakan pelajar yang berjumpa dengan saya adalah pelajar yang lemah dalam 5 subjek teras UPSR. Purata pelajar adalah pelajar tahun 4,5 dan 6.


Sebelum memulakan aktiviti tuisyen ini, saya akan menilai kertas ujian murid yang terdahulu dan dari situ saya akan dapat megetahui dan mengesan kelemahan murid. Secara amnya, subjek Matematik punca kelemahan diikuti Bahasa Inggeris . Konsep tuisyen TAN akan mulakan subjek Matematik sehingga benar-benar boleh menguasai subjek yang lemah dalam masa sebulan. Kemudian barulah saya teruskan ke subjek yang lain. Majoriti pelajar dari kelas belakang dan selalu mendapat C,D dan E. Saya tidak pernahberputus asa dan begitu juga dengan pelajar-pelajar yang belajar dengan saya. Saya selalu memotivasikan mereka. Sebagaiman kami mengasuh dan mendidik anak-anak kami dengan teras KEIKHLASAN.


Komen saya:

Terima kasih Pn Zainanor  di atas perkongsian. Semoga usaha puan dan suami di terima Allah sebagai ilmu yang dapat dimanfaatkan dan kita pula mendapat inspirasi daripada usaha gigih Pn Zainanor. Semoga keluarga puan di bawah payung rahmah Allah sentiasa. Amiin. 



 

 

 

Sunday, October 6, 2013

Anak Mudah Menulis Dengan Monkey Bar?

Ini monkey bar.


Anak-anak yang membesar dengan memanjat dan bergayut dengan monkey bar mudah menulis kerana:

1. Mempunyai bahagian atas badan (upper body) yang KUAT.
Mereka berdiri dan duduk tegak dengan baik. Ini memudahkan aktiviti menulis untuk mereka.


2. Otot-otot BAHU dan LENGAN juga kuat. 
Mereka mudah mengawal kedudukan dan pergerakan lengan ketika menulis. Ini memudahkan aktiviti menulis untuk mereka.


3. PERGELANGAN TANGAN dan JARI JEMARI mereka juga kuat.
Mereka mudah mengerakkan pergelangan tangan ketika menulis. Jari jemari yang kuat tidak mudah penat memegang alat tulis. Ini memudahkan aktiviti menulis untuk mereka.


Jom bawa anak ke taman permainan. Galakkan mereka bermain monkey bar. Kalau tak sempat boleh juga guna pintu gril rumah untuk anak memanjat dan bergayut. Pastikan anda bersama anak sepanjang masa ye.   

Saturday, October 5, 2013

Exercise Mulut

Hari ni nak kongsi exercise mulut untuk anak-anak kita yang ada speech problem atau belum dapat sebut bunyi-bunyi ( speech sounds ) dengan betul.  Exercise ini boleh membantu memperkuatkan otot mulut anak-anak di samping mengatasi masalah drooling ( air liur meleleh ).

1. Tiup buih belon ( bubbles). 

2. Tiup belon, pelbagai wisel dan juga alat muzik seperti flute dan harmonica.
 

3.. Main tiup kapas, dengan mulut dan juga straw besar ( straw cendol). 


4. Makan yoghurt, bubur, puding lembut, nestum dengan straw. Straw besar, straw kecil, straw spiral.

5. Mengunyah tiub plastik  (pastikan non toxic ya) atau beli teething toy. Sesetengah occupational therapist cadang letak objek ini di dalam peti sejuk sekejap.. Lagi uuump kunyah-kunyah, gigit-gigit.

Exercise di atas juga dikenali sebagai oral-motor therapy. Selamat mencuba. 

Thursday, October 3, 2013

Raikan Anak-Anak Yang Pandai Membaca

 Little Aulad Playschool meraikan pelajar-pelajar yang tamat membaca Bacalah Anakku, Readeasy dan Bacalah Jawi Anakku di Perpustakaan Dar Nur Al-Zahra, KotaBharu, 28 September 2013.


Terdapat 44 pelajar 6 tahun kesemuanya di little Aulad. 32 orang pelajar mengambil bahagian di majlis anugerah kali ini. 15 orang yang tamat Bacalah Anakku, Readeasy Beginner dan Readeasy Intermediate. 11 orang yang tamat Bacalah Anakku dan Readeasy. 6 orang tamat Bacalah Anakku. Yang selebihnya sudah tamat bacaan semasa berumur 5 tahun dan beberapa orang lagi masih belum tamat. Mereka akan diberi sijil dan hadiah semasa masjis konvo tadika November nanti.

 Majlis Anugerah dimulakan dengan nyanyian oleh adik-adik comel.

Seterusnya para pelajar bergilir-gilir membaca bermacam-macam teks BM, BI dan jawi. Ada yang membaca pantun, ada yang membaca cerita. Ada juga yang membaca teks bacaan di dalam buku teks bahasa Inggeris KSSR Tahun 1.


Teks bacaan dipaparkan di skrin supaya ibu bapa dapat menghayati teks yang dibaca oleh anak-anak mereka.


Pelajar-pelajar hebat ini dianugerahkan sijil tamat membaca ( yg Readnetwork bagi free. Jangan lupa mintak. ) dan hadiah buku.
 

Majlis diakhiri dengan para pelajar mempersembahkan sebuah lagu dan tentulah juga makan-makan.

 

Sudahkah tadika anda menganjur Majlis Anugerah Membaca? Hubungi saya untuk dapatkan idea.



Tuesday, October 1, 2013

Suka-Suka Fonik #5 / Fun Phonics #5

TIC TAC TOE WORD
Pemain: 2 
Bahan: 1 mini whiteboard, 3 'x', 3 'o' 
* Anda juga bole menggunakan kertas biasa untuk papan Tic TacToe.
Saya suka guna whiteboard sebab boleh padam-padam, tukar bunyi / suku kata / perkataan tanpa membazirkan kertas. Usaha kecil untuk menyelamatkan pokok.
Variasi 1: Saya memilih perkataan-perkataan di dalam Book 1 dan 2, Readeasy Beginner.

Cara Bermain: Seperti Tic Tac Toe biasa. Pemain 1 memilih kotak dan membaca perkataan di dalam kotak pilihan. Sekiranya betul, dia boleh meletakkan 'x' di dalam kotak tersebut.
Seterusnya Pemain 2 pula akan memilih kotak dan membaca perkataan. Sekiranya betul, dia boleh meletakkan 'o' di dalam kotak tersebut. Pemain yang paling dulu berjaya meletakkan 'x' atau 'o' menegak, melintang atau menyilang dikira pemenang pusingan tersebut.
Ulangi permainan.  






Variasi 2: TIC TAC TOE SOUND / BUNYI sahaja samada untuk anak-anak berlatih sebut bunyi dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. 


Variasi 3: TIC TAC TOE SUKU KATA  


Variasi 4: TIC TAC TOE PERKATAAN bahasa Melayu. 

SELAMAT BERMAIN!