Monday, December 9, 2013

Jom Bantu Tingkatkan Daya Ingatan Anak Kita

Penat betul mengajar anak yang susah ingat. Membaca lambat, matematik lambat, sains pun lambat. Semua lambat!

Jom kita bantu tingkatkan daya ingatan anak kita.
Memory Game Objek
1. Pilih beberapa objek seperti kunci, jam, sudu, garfu. Letakkan di atas dulang satu persatu sambil menggalakkan anak menamakan objek-objek tersebut.


2. Tutup semua objek dengan sehelai kain. Sembunyikan salah satu objek.

3.Bukakan kain dan tanya anak anda objek apa yang hilang.

Variasi permainan: Setelah menyusun objek, beri kanak-kanak peluang melihat objek- objek tadi beberapa saat. Tutup objek dengan kain. Alihkan kedudukan objek-objek. Buka kain dan minta kanak-kanak menyusun semula objek tadi sebagaimana dia lihat.

Memory Game untuk membaca ( Visual Sequential Memory)
Variasi permainan: 
1. Gantikan objek dengan kad huruf, kad suku kata, kad perkataan, huruf-huruf plastik.
2. Susun objek atau kad huruf / suku kata / perkataan di dalam barisan.
3. Beri peluang anak meneliti susunan selama beberapa saat .
4. Ubah kedudukan semua objek / kad . Minta anak menyusun semula sepertimana anda telah susun.
 
Perhatian: 
Mulakan dengan 3 objek / perkara dahulu.  Kemudian tambah.
Kebanyakan kanak-kanak 5 tahun boleh mengingat sehingga 5 objek / perkara, kanak-kanak 6 tahun , 6 objek / perkara. 



Sunday, December 8, 2013

Mengajar Gabung Bunyi

Langkah paling penting setelah mengajar 1 bunyi adalah mengajar GABUNG BUNYI.
Objektif mengajar gabung bunyi adalah supaya kanak-kanak faham bahawa:
1.  Perkataan yang dituturkan terbina daripada bunyi-bunyi kecil ( words are made up of sounds ).
2. Apa yang ditulis adalah lambang pertuturan.

Sebagai contoh perkataan ' tangan' terbina daripada bunyi-bunyi / t - a - ng - a - n /.
Terdapat 5 bunyi bila kita menyebut 'tangan'
Seterusnya kita menghubung kaitkan simbol kepada setiap bunyi. 
Bunyi /t/  diwakili oleh simbol 't', bunyi /a/ oleh simbol, 'a', bunyi /ng/' diwakili oleh simbol 'ng' dan bunyi  /n/ diwakili oleh simbol 'n'. 

 Di dalam Bacalah Anakku, untuk memudahkan pembelajaran, kanak-kanak diajar menggabung bunyi sukukata terbuka dahulu kerana susuk bahasa Melayu terbina daripada sukukata- sukukata.  

MENGAJAR GABUNG BUNYI  Buku 1 - 5 Bacalah Anakku:
AKTIVITI 1
Gabungan secara lisan ( Oral Blending )
Contoh Buku 1 
Objektif : Pelajar dapat menyebut gabungan 2 bunyi secara lisan ( aktiviti kesedaran fonemik )
Kandungan: bunyi /a i u n b /
BBM : Tiada ( suara sahaja )

Langkah:
1. Guru menunjuk cara. Guru menyebut /n/ ....... /a/ , n/ ..... /a/ , n/ ... /a/ , jadi /na/. 
( Mula-mula sebut perlahan dan kemudian semakin cepat. )
Ulang 2x.

2. Guru meminta pelajar menyebut bersama guru ( peniruan secara lisan / verbal imitation ). 
Ulang 2x

3. Guru menyebut /n/ ... /a/ , /n/ ... /a/ , n/ ... /a/ , jadi? (Pelajar menjawab /na/. )
Guru boleh membantu dengan menunjukkan mimik mulut sahaja. 
Ulang 2x

4. Praktikkan pengajaran & pembelajaran ( p & p ) whole- brain, KELAS AJAR - AJAR OK ( teknik terbaru ).

5. Ulangi Langkah 1 - 3 untuk / n ... i /, / n ... u /, / b/ ... /a/ , / b / ... /i/ , / b / ... / u /.

Untuk lebih menyeronokkan ulang pengajaran di atas dalam bentuk pertandingan, beri markah / bintang. Beri ganjaran kepada kumpulan yang menang.

PERHATIAN: Setelah pelajar menguasai konsep GB secara lisan, guru tidak perlu mengulangi setiap langkah 2x.

AKTIVITI 2 
Gabungan kad 
Contoh Buku 1
Objektif: Pelajar dapat menggabung 2 bunyi kad huruf.
Kandungan: gabungan bunyi na ni nu ba bi bu
BBM : kad huruf n, b, a, i, u

Langkah:
1. GURU menyebut bunyi sambil menggerakkan kad huruf konsonan ( kanan ) dan kad huruf vokal ( kiri ) bagi membina gabungan 2 bunyi huruf.
     /n/ ... /a/ , /n/ ... /a/ ,  / na /
2. Guru mengulangi langkah sambil PELAJAR menyebut bunyi BERSAMA  GURU.
3. Guru mengulangi langkah sambil PELAJAR SAHAJA menyebut bunyi. Guru hanya menggerakkan kad.


4. Ulangi langkah 1 - 3 untuk gabungan ni dan nu.
5. Ulangi pengajaran GB na ni nu dalam bentuk permainan (Sila rujuk buku Permainan Kreatif ).
6. Beri pelajar aktiviti penulisan yang berkaitan (Sila rujuk buku Fonetik Ekspres 1 & 2 ).
7. Semak pelajar menggunakan Buku 1 Bacalah Anakku milik pelajar. Rekod pencapaian pelajar.

PERHATIAN: Adalah sangat penting pelajar memahami konsep GB menggunakan kad. Ulangi Langkah 5 supaya pelajar menguasai konsep ini. Kemahiran menggabung bunyi hanya dapat dicapai melalui pengulangan yang bermakna dan menyeronokkan.

Pengalaman mengajar kanak- kanak membaca dengan kaedah fonik gabung bunyi melebihi 20 tahun menyebabkan saya 100% yakin bahawa kanak-kanak yang telah menguasai konsep gabung bunyi akan menjadi pembaca dan penulis yang hebat ( expert readers and writers.) Mereka juga dapat mengeja dengan mudah ( good spellers ).

BERSAMBUNG - Aktiviti 3 LIHAT & BUAT, DENGAR & BUAT.



Friday, December 6, 2013

Tolong, Along Sepahkan Mainan!


 Ibu bapa tentu biasa dengan senario anak menyepahkan semua mainan di atas lantai. Tunggu dulu! Jangan membebel, jangan marah. Jangan suruh anak simpan balik semua mainannya. Saya ada satu game untuk dikongsi.

Pelbagai mainan memenuhi lantai memberi peluang anda merangsang kemahiran visual anak anda. Lebih tepat lagi kemahiran persepsi objek - latar ( visual figure - ground perception ). Dalam bahasa mudah, kebolehan anak anda mencari objek spesifik di dalam 'lautan' pelbagai objek ( busy background ).  Make a game out of a mess. Say to your child, 

" Along, can you find a dinosaur for me? " 

When he brings you the dinosaur, praise him hard or hug him or swing him in the air. Keep playing until you see signs of boredom. You could take turns with your child. Let him ask you to find a specific object. Of course it would be fun if you pretend you can't find the object. Just be silly once in a while.

You could also use any busy picture from books, magazines, supermarket flyers, picture dictionaries or an alphabet mat. Ask your child to point to a specific object. Say, 
" Cuba Along cari ular dalam gambar ini. "




Or you could just pour plastic alphabet letters or numbers on the floor. Tell you child, 
" Go get /m/ for me. "


How does this activity help your child?
1. It makes reading easier. He is able to resume reading a text easily if he pauses.
2. It makes writing easier. He is able to copy words on the board easily if he pauses.

Melalui aktiviti sebegini anda melatih anak anda supaya tidak mudah hilang fokus semasa membaca dan menyalin teks di papan tulis. 

READEASY PHONICS Multi Sensory Teaching Instructions

According to Tony Buzan, the author of "Brain Child' the brain learns better if we use colours. In Readeasy Phonics, we use three main colours. Red is for vowels, black for consonants and blue for Look and Say words. The children will understand that red and black letters can be blended whereas blue words are to be memorized. These colour codes will help them decode words easily.

The brain also learns better if we use multisensory techniques. In Readeasy Teaching Instruction, multisensory techniques are used at all levels. We teach each sound by associating it to an action in a song. The sound /b/ is associated to the action of bouncing a ball while singing 'Bobby Bear b b b'; the sound /n/ is associated to the action of driving a race car while singing 'Nelly Nightingale n n n'.
When we relate a reading activity(left-brain activity) to singing(right-brain activity), we are optimizing the child's brain(ie using both sides of the brain) for learning. The child will be able to remember the sound & symbol with ease. The brain also remembers better if there are feelings involved when children are learning. Singing and doing an action for each sound with fun will help them remember the sound & symbol easily.

The children are also taught to touch sandpaper letters or form the letter using modelling clay for each sound that they learn. They are trained to say the sounds as they do these activites.

When reading/blending words, we advise teachers and parents to encourage their children to use their fingers to point to or tap the letters as they blend the sounds. Children should also use sound cards to form words. For some children who are lagging behind, we get the parents to do Listen and Build activity using sound cards with them at home so that they go through a sensory process when reading.

For spelling/segmenting, get the children to do karate chops for each sound that they say.

At the word or sentence level, do dictation with your children. Writing is a sensory process that will help reinforce their learning.

In my personal experience, no child will be left behind if you follow these steps when teaching them to read. Moreover the reading texts in Readeasy Phonics presents highly decodable texts.


Get our products here http://www.readnetwork.sto.my






Wednesday, December 4, 2013

Betulkah Sekolah Menjemukan?

Sekiranya guru mengajar cara 'old school' tentu sekali sekolah menjemukan bagi pelajar. Memang ada guru yang kreatif dan komited, tetapi banyak juga yang terbeban dengan tugas admin di sekolah, menyebabkan guru tiada pilihan lain melainkan memberi kerja 'menulis' kepada pelajar. Oleh itu SCHOOL is no longer FUN!

Maka kita ibu bapa MESTI menyuntik elemen FUN dalam hidup anak kita untuk  memastikan anak kita terus  berminat untuk belajar.  Ibu bapa seharusnya memastikan masa LUAR sekolah anak kita bermanfaat ( educational ) dan penuh keseronokan. Kita mesti membantu mengayakan pembelajaran di luar sekolah mereka.

Menurut Mike Ashcroft, " We know that through ENRICHMENT, the brain will develop a thicker cortex, more dendritic branching, more growth spines, larger cell bodies, more support cells, more blood supply, more neural networks and more intricate connections between neurons".

Ibu bapa boleh MERANCANG  aktiviti-aktiviti bercorak akademik yang MENYERONOKKAN.
Bagaimana?
1. Pilih tema. Galakkan anak kita memilih tema sendiri atau bantu anak dengan bersembang dengan anak mengenai minatnya. Kekadang lukisan-lukisan anak kita akan menggambarkan minatnya. Anda juga boleh memberi anak-anak  beberapa aktiviti yang berlainan tema dan perhatikan di mana kecenderungan mereka.

2. Setelah tema dipilih, fikirkan pelbagai cara / vehicles untuk memberi ilmu kepada anak anda.
- adab budaya
- kulinari,
- khidmat masyarakat
- pekerjaan
- muzik dan tarian 
- sukan
- pendidikan

3. Pilih sekurang-kurang 3 daripada cara di atas untuk anak anda melaksanakan projek enrichmentnya. 

4. Pastikan dalam pelaksanaan projek, aspek keagamaan, kemahiran motor, matematik, sains, bacaan, penulisan, main peranan, muzik dan seni kraf di gabung jalin.

Sebagai contoh:
Tema pilihan - Kasih sayang
Cara - khidmat masyarakat, kulinari, adab budaya
Aktiviti: 1. Melakukan khidmat sukarela di Rumah Orang Tua.


Pelaksanaan:
1. Mendapat ayat-ayat Al Quran mengenai berbuat baik kepada ibu bapa / orang tua (agama). Buat poster (menulis).  Pembentangan poster (membaca).

2. Menyediakan makanan untuk di bawa ke Rumah Orang Tua ( kulinari dan kemahiran motor). Menyalin resepi dan menyediakan menu (menulis, membaca, matematik (bilangan, urutan). 

3. Melawat ke Rumah Orang Tua (ROT). Menyediakan hidangan , melayan, memberi makan, menyuap penghuni ROT ( adab, khidmat).

4. Membuat refleksi bersama kawan, ibu bapa setelah selesai lawatan. Mencatat pengalaman di dalam diari, jurnal atau blog. 

Let's ENRICH your child's LEARNING by making it FUN and MENAINGFUL.


Tuesday, December 3, 2013

Cikgu, kenapa buah cempedak di luar pagar? Kenapa tak buah apple?

Hari ini saya berpeluang bersama Pn Norazlinda aka Cikgu Linda mengendalikan Bengkel Bercerita di Pusat Latihan Readnetwork, Setapak, Kuala Lumpur. Saya memberikan Cikgu Linda A*A*A* untuk perkongsiannya yang hebat!
Ini Cikgu Linda.



Saya terkesan dengan cerita beliau mengenai seorang anak 5 tahun yang bertanya "Cikgu kenapa buah cempedak di luar pagar bukan buah apple?" apabila mendengar pantun Cikgu Linda:

    Buah cempedak di luar pagar,
    Ambil galah tolong jolokkan, 
    Saya budak baru belajar,
    Kalau salah tolong tunjukkan.

 Ada pula anak-anak tadika yang apabila di tanya " Cerita apa yang kamu paling suka?", menjawab " Cinderella dan The Mermaid. 

Banyak perkara yang kita boleh simpulkan daripada jawapan anak-anak ini. Tetapi kali ini saya ingin membawa perhatian anda kepada realiti anak-anak kita sekarang sudah jauh dengan cerita rakyat Melayu. Pantun-pantun Melayu sudah menjadi asing kepada mereka.

Jom kita hidupkan cerita-cerita dan pantun-pantun ini melalui bercerita dengan teknik-teknik yang menarik. Cikgu Linda berkongsi bercerita menggunakan Teknik Kamishibai, Teknik Tampalan, Teknik Lipatan dan Guntingan dan Teknik Boneka Russia.



Sekiranya anda berminat untuk menyertai Bengkel Bercerita Cikgu Linda, sila hubungi Readnetwork 0341435440.




Sunday, December 1, 2013

Jadikan Menulis Mudah....

Apabila kanak-kanak diajar membaca dengan KAEDAH yang MUDAH ( Kaedah Fonik Gabung Bunyi ye) untuk mereka membaca, mengeja dan menulis, mereka akan dapat meluahkan idea ke atas kertas dengan lebih senang. Tak payah nak fikir nak tulis huruf macamana. Tak payah nak fikir nak eja perkataan macamana. Mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada penceritaan mereka. Mereka dapat menumpu perhatian sepenuh kepada pembelajaran mereka. Tak hairanlah kajian membuktikan anak yang PANDAI MENULIS di peringkat pra sekolah, cemerlang akademik di peringkat sekolah rendah.

Ibu bapa di rumah boleh membantu anak dengan: 
1. menyediakan 'SUDUT MENULIS' atau 'WRITING WALL' di rumah. Pastikan pelbagai alat tulis, kertas, stickers dan cop hiasan BERHAMPIRAN sudut menulis untuk menggalakkan dia menulis.
Tampal poster SEBUT BUNYI untuk senang merujuk bagaimana setiap huruf ditulis.
 

2. Make WRITING IMPORTANT.
Ibu bapa mesti menunjukkan contoh teladan menulis kepada anak-anak. Let them see you writing. Write love notes to them. Write advice to them. Write reminders to them. 
 

Sediakan peti surat khas untuk anak ( sila guna huruf kecil untuk tulisan. Huruf besar hanya untuk permulaan ayat dan nama khas).


3. Pamerkan hasil tulisan anak anda.


4. Galakkan anak anda membaca apa yang ditulis.
  

Pupuklah BUDAYA MENULIS di rumah anda!