Tuesday, October 19, 2010

Kuku jadi tutu, kaki jadi tati....Tutu tati!

Salam semua. Selamat bertemu kembali.

Terima kasih pada semua yang masih visit this blog & bagitau how useful it is.

Alahai anak pelat. Bila masuk Buku 2 Bacalah Anakku, anak belajar sebut bunyi /k/. Memang agak susah untuk anak kecil menyebut bunyi /k/. Selalunya by 3 1/2 tahun, kakak-kanak dapat menyebut bunyi ini.


Tapi banyak juga ibubapa & guru tadika yang tanya saya, apa yang boleh dbuat untuk bantu kanak-kanak yang sukar menyebut bunyi /k/ (& juga /g/) walaupun sudah berumur 4, 5 tahun.


Kalau anak mengeluarkan bunyi /t/ instead of /k/, kedudukan lidahnya tak betul. Kuku jadi tutu, kaki jadi tati. Untuk mengeluarkan bunyi /k/, lidah sepatutnya jatuh
bawah bukan menyentuh gusi keras di belakang gigi atas. Bahagian belakang lidah juga akan terangkat dan menghalang angin.

Apa kita boleh lakukan:
  • Baring anak di lantai sambil menyebut /k k k/ (10 kali). Apabila baring, lidah akan jatuh ke bawah dengan sendirinya & memudahkan kanak-kanak menyebut bunyi /k/ dengan betul.
  • Minum dengan straw. Minum dengan straw melatih anak mengangkat bahagian belakang lidah(toungue retraction). Untuk latihan yang lebih berkesan, beri anak menghisap nestum(sederhana pekat)selain air. Anak yang dapat minum dengan straw sebegini sepatutnya dapat juga meletakkan lidahnya dengan betul untuk menyebut bunyi /k/( & juga /g/).
Anak juga boleh dilatih meniup buih(bubbles)
menggunakan straw besar (panjang 5cm).

  • Berkumur(gargle) sekiranya anak sudah pandai berkumur.
  • Tekan lidah anak kebawah, kepada kedudukan lidah untuk menyebut bunyi /k/ atau /g/, menggunakan 'tongue depressor' atau batang aiskrim. Latihan ini MESTI dilakukan oleh seorang Speech Therapist. Guru atau ibubapa dinasihatkan TIDAK melakukan latihan ini sendiri.
Kemudian latih anak:
1. Sebut bunyi sahaja sebanyak 10 kali berturut-turut, k k k k ...
2. Sebut sukukata bermula dengan /k/, ka ki ku ke ke ko
3.
Sebut perkataan-perkataan yang bermula dengan bunyi /k/. Contoh kayu. Latih sebut sekurang-kurang 20 perkataan.
4. Sebut perkataan-perkataan yang ada bunyi /k/. Contoh buku.
5. Sebut perkataan-perkataan yang berakhir dengan bunyi /k/. Contoh emak.
6. Sebut ayat-ayat yang terdiri daripada perkataan yang bermula dengan 'k'.
Contoh: Kasut kawan Kimi.
7.
Sebut ayat-ayat yang terdiri daripada perkataan yang ada bunyi 'k'.
Contoh: Muka Suki luka.
8.
Sebut ayat yang terdiri daripada perkataan yang berakhir dengan 'k'.
Contoh: Datuk gela
k terbahak-bahak.

Kesemua latihan di atas adalah latihan pertuturan(speech exercise) bukan membaca. Lakukan dalam suasana yang tenang dan menyeronokkan. Latihan-latihan di atas akan mengambil masa. Jangan stresskan anak. Make a game out of the exercises.

Sekiranya anak anda mempunyai masalah pertuturan yang ketara, adalah lebih baik untuk mendapatkan khidmat speech therapist di hospital-hospital.


No comments: