Thursday, November 24, 2011

Kenapa Saya Tak Guna Kaedah Fonik Bacalah Anakku(Bhgn 3)

Pelajar Tak Tahu Mengeja
Pertama sekali ibubapa & guru kena jelas 'Apa itu mengeja?'. Kebanyakkan orang faham mengeja adalah 'membatang sukukata sambil menyebut nama huruf; m(em) a(ei), ma, t(ti) a(ei), ta, ma...ta. Memang betulla sekiranya anak itu diajar dengan Kaedah Mengeja.

Tetapi anak fonik tidak mengeja dengan menyebut nama huruf abc(ei,bi,si) pada tahap awal membaca.

Bagaimanakah anak fonik mengeja?
Anak fonik diajar mengeja secara lisan & bertulis(imlak/dictation).
Di peringkat awal belajar membaca mereka akan mengeja begini secara lisan(oral spelling):
Perkataan 'mata' ,

m(mm) a(aa), t(teh) a(aa), mata.

Perkataan 'ani',
a(aa), n(nn), i(ii), ani

Perkataan 'kolam',
k(keh) 0(0), l(ll) a(aa) m(mm), kolam.

This is how we train them to spell. Tanpa membatang sukukata. Anak fonik mengeja dengan menyebut semua bunyi huruf dalam perkataan kemudian terus menyebut perkataan.

Seterusnya anak fonik akan disuruh tulis perkataan yang dieja tadi. Guru/Ibubapa akan sebut perkatan untuk ditulis anak. Sekira anak slow, maka permudahkan. Kami cadang sebut sukukata demi sukukata untuk ditulis.

Di peringkat akhir belajar membaca, anak fonik akan diperkenalkan kepada nama huruf. Guru/ibubapa akan memberitahu "Ini bunyi a(aa). Bunyi a(aa) ada nama. Nama a(aa), a(ei)(& seterusnya dengan huruf lain). Saya ajar anak saya abc melalui permainan seperti Roda Impian. Secara santai.

Pada mulanya anak fonik akan mengeja dengan mencampur bunyi & nama huruf.

Perkataan 'mata',
m(mm) a(ei), t(teh) a(ei), mata

Perkataan 'datuk'
d(di) a(ei), t(teh) u(uu) k(keh), datuk

Sehinggalah mereka selesa 'convert' semua bunyi kepada nama huruf. At the end, mereka akan mengeja perkataan sekali gus(tanpa membatang sukukata).

Sebagai contoh perkataan 'orang',
o(o) r(ar) a(ei) n(en) g(ji), orang

Daripada pemerhatian & pengalaman saya, anak fonik lebih hebat mengeja kerana tidak keliru dengan nama huruf.

Anak mengeja bila suruh tulis 'bi', besar kemungkinan dia akan tulis 'b'. Begitu juga dengan 'si'(keliru 'c'), 'ji'(keliru g). Biasala kalau disuruh tulis 'siku', anak mengeja akan tulis 'ciku'.

Sebab itulah lebih baik nama huruf abc diajar kemudian. Sebab itulah jangan rojak pasemborkan kaedah fonik dengan mengeja.

Persoalannya, salahkah sekiranya anak fonik mengeja dengan menyebut bunyi? Lebih-lebih lagi anak ini dapat menulis perkataan yang dieja dengan tepat.

Kesimpulannya, ibubapa, guru, nazir, pegawai KPM perlu bersikap lebih terbuka & 'accomodating'. Sekiranya kita ada ilmu mengenai Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku, saya yakin kita pun akan pakat-pakat simpan Kaedah Mengeja & Sukukata di Muzium Negara!

Jadi tak 'valid' statement anak fonik tak tau mengeja.

4 comments:

kak chaq said...

tak baik cakap nak simpan kaedah mngeja di muzium negara..semua kaedah adalah baik dan sesuai..terpulang kepada kesesuaian individu..mcm saya, saya dah cuba ajar anak kaedah fonik,tapi saya tak berapa mahir,nak kena hafal bunyi setiap huruf..so,saya pilih kaedah mengeja..alhamdulillah 3 tahun dah boleh baca,tapi saya tetap tidak menafikan kebaikan kaedah fonik

kak chaq said...

tak baik cakap nak simpan kaedah mngeja di muzium negara..semua kaedah adalah baik dan sesuai..terpulang kepada kesesuaian individu..mcm saya, saya dah cuba ajar anak kaedah fonik,tapi saya tak berapa mahir,nak kena hafal bunyi setiap huruf..so,saya pilih kaedah mengeja..alhamdulillah 3 tahun dah boleh baca,tapi saya tetap tidak menafikan kebaikan kaedah fonik

cepatmembaca said...

Oops.... Kak chaq... Minta ampun ye... My mistake... D positive side abt keeping in museums is that ia berharga ... Saya pun belajar membaca kaedah mengeja.

cepatmembaca said...

Oops.... Kak chaq... Minta ampun ye... My mistake... D positive side abt keeping in museums is that ia berharga ... Saya pun belajar membaca kaedah mengeja.