Saturday, May 11, 2013

Windows of Opportunity(1)

Walaupun banyak ibu bapa muda tahu betapa penting anak kecil perlu dirangsang, tapi banyak lagi yang terlepas peluang ini. Mungkin kerana tuntutan kerja, especially di bandar-bandar besar. Realitinya ibubapa keluar pagi masa anak masih tidur, balik malam anak dah tidur. So we have to find ways and means to make sure our children are not neglected. Kita tak nak miss windows of opportunity anak kita.

Siapakah yang akan mengganti kita untuk merangsang dan memupuk anak kita?
Mungkin pengasuh taska atau pengasuh di rumah.

Tips penting untuk memilih taska (selain daripada aspek pendaftaran, kebersihan dan facilities):
1. WARM WELCOME
Bila kita visit taska, penyelia/pengasuh taska menyambut kita dengan mesra. Saya cukup suka bila melawat taska/tadika, guru-guru semuanya manis muka dan memberi salam. Kita kan nak orang friendly jaga anak kita.

2. SOPAN TUTUR KATA & TINGKAH LAKU
Saya akan mintak izin untuk round taska untuk observe pengasuh-pengasuh. I will sit in a corner dan tengok tingkah laku dan tutur kata pengasuh. Saya nak pengasuh yang sopan kerana kanak-kanak kecil belajar melalui peniruan(imitation). Saya cukup allergic dengan pengasuh yang cakap kuat .

3. MEMENUHI KEPERLUAN INDIVIDU KANAK-KANAK
Kita faham di taska sorang pengasuh kena jaga sekumpulan kanak-kanak. Ada time makan, ada time tidur sama-sama... tapi kita kena perhatikan samada mereka peka keperluan individu kanak-kanak. Contoh yang mudah, ada sorang kanak-kanak yang hingus meleleh ketika time makan. Adakah pengasuh mengelap hingusya denga segera atau sibuk bagi makan aje.

4. FUN ACTIVITIES
 Bila kita happy dengan pengasuh, kita boleh bincang dengan penyelia taska mengenai program yang ada. Mintak tengok program in black and white. Taska yang bagus akan mempamerkan program terperinci di sekeliling taska. Bagus juga kalau di dinding-dinding taska ada foto kanak-kanak taska beraktiviti.

5. RATIO PENGASUH: KANAK-KANAK
Menurut Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak:
 a. 2 - 12 bulan, 1 pengasuh : 3 bayi
 b. 1 - 3 tahun, 1 pengasuh : 5 kanak-kanak
 c. 3 - 4 tahun , 1 pengasuh : 10 kanak-kanak

So dah kenal pasti taska terbaik untuk anak anda?  Ya sudah... tapi mahal laa!
Ok mungkin ada di antara kita yang menghantar anak kepada jiran untuk dijaga. Bolek juga.

Bagi saya yang paling penting kebersihan dan sikap pengasuh - sopan, penyayang dan rajin layan anak kecil. Kalaulah kita tak puas hati dengan aktiviti taska, kita boleh bantu.

Tips bantu pengasuh di rumah atau taska(yang daif):
1. BEKALKAN PERMAINAN & BUKU CERITA

 Saya masih ingat saya pernah menghantar anak saya untuk dijaga oleh seorang ibu yang agak berumur. Dia penyayang, berakhlak but not so educated. Orang susah tapi beragama. So saya bekalkan permainan(saya suka idea Busy Bags), flash card bergambar, kad huruf dan buku cerita mengikut tahap umur anak saya.

Kalau tak tau apa nak bekalkan mungkin buku saya AJAR ANAK KECIL MEMBACA AWAL boleh membantu.  Sebagai contoh saya bagi tips untuk ibu bapa bacakan buku bergambar kepada anak 3 - 6 bulan. Jadi kita boleh bekalkan buku sebegini kepada pengasuh anak kita.





Bila anak dah 12 bulan ke atas kita boleh bekalkan VCD Abu Ada Ayam atau Cory Cat(Ajar Anak Kecil Membaca  Awal, Tip 7, ms 23).

2.  KONGSI IDEA
You can also teach your child's caregiver how to sing those action songs!
Kita boleh juga tunjukkan pada pengasuh macamana nak buat Brain Gym dengan baby( Ajar Anak Kecil Membaca  Awal, Amalan 6, ms 18).

Apa-apa pun pesan kepada pengasuh supaya banyak bercakap dan berinteraksi dengan anak anda!

No comments: