Wednesday, June 26, 2013

Ajar Anak Kecil Menulis Awal (1)

Bagaimana anak kita belajar menulis?
Sebagaimana membaca, menulis adalah satu kemahiran yang kompleks. Untuk menulis dengan mantap, anak kita harus melalui pelbagai tahap.
Sekiranya kita tahu tahap perkembangan mereka, maka kita boleh membantu mereka menjadi penulis yang baik. 

Bermula umur 10 - 12 bulan anak kita mula menconteng(scribbling). Ini adalah tulisan awal anak kita. Jangan lupa simpan dan pamerkan. Saya suka tuliskan tarikh pada hasil kerja anak-anak saya. Buat kenangan masa tua nanti.

Walau bagaimanapun jangan kita tunggu anak kita berumur 10 bulan dulu untuk ajar dia menulis. We have to begin earlier. Kita harus merangsang pergerakan mata dan jari jemari anak kita semenjak lahir lagi supaya aktiviti menulis menjadi mudah. Kita juga seharusnya merangsang motor kasar anak kita supaya bahu, lengan dan tulang belakangnya kuat. All these are needed for writing.

Semasa anak kita masih baby, gantung mobile, tiup bubbles untuk latih mata anak tracking. Tunjukkan pelbagai objek dari jarak jauh dan dekat, ke kanan, ke tengah dan ke kiri. Rangsangan visual sebegini amat penting untuk membaca dan menulis.

Galakkan juga anak kita lakukan pelbagai pergerakan kasar. Merangkak, meloncat(bounce), melompat, main golek bola(10 bulan +), berlari. My kids always love playing obstacle run(15 bulan+).Mama papa pun boleh join sama. 

Bagi merangsang pergerakan jari(motor halus) saya suka berikan anak squeeze toy/ball, playdoh untuk diramas dan diuli, manik/straw besar untuk diuntai. Saya suka bagi anak saya 'sort' lego, manik-manik pelbagai saiz, pom-pom kecil, atau kertas warna yang digumpal(scrunch) ke dalam bekas telur. Galakkan mereka menggunakan ibu jari dan jari telunjuk(pincer hold) atau penyepit kecil( atau penyepit baju/clothes pegs) untuk aktiviti ini(penting untuk memegang pensel dengan betul nanti).

Menjangkau 10-12 bulan, beri anak anda crayon, kapur tulis atau pun berus cat (perlu pengawasan) untuk galakkan mereka melakukan aktiviti menconteng. Kapur tulis anak anda juga boleh dicelup air sebelum digunakan. Saya suka beri peluang anak saya menulis on difference types of papers(kertas biasa,sugar paper(kertas hitam), kadbod. Anak kita juga boleh menconteng dinding(hehe, sila tampal kertas mahjung dulu ye).

Melakukan aktiviti mewarna, menconteng, menulis, melukis dan mengecat sambil berdiri sebegini adalah bagus. This will help strengthen our kids' arms, and upper body. Selain menggunakan dinding, boleh juga guna easel. Kalau anak dah besar boleh bagi peluang dia buat mural di dinding rumah! Aktiviti ini boleh digunakan sebagai terapi sekiranya anak sekolah rendah kita has handwriting problem. 

No comments: