Tuesday, October 22, 2013

Bantu Anak Di Rumah Mengeja dan Menulis (2)

2. Anak lelaki saya suka main dengan magnet.
Anak lelaki saya kalau dapat magnet boleh duduk diam lama. Jadi saya eksploit minatnya untuk membaca perkataan-perkataan. Saya menggunakan senarai perkataan di dalam Readeasy Book 3. Rujuk muka surat terakhir buku untuk dapatkan senarai perkataan. Saya menulis perkataan yang sama di bahagian depan dan belakang setiap kad.





















Galakkan anak anda menggunakan magnet untuk memilih kad perkataan untuk dibaca.

Ibu bapa / guru: What word did u get?

Anak: Sam.

Ibu bapa / guru: Great job! Let's spell 'sam' together.

Anak & Ibu bapa / guru: /s - a - m/, sam.

(Jangan lupa sebut bunyi sahaja.)

Ibu bapa / guru: Let's spell 'sam' again. This time let's clap as we spell.

Anak dan Ibu bapa / guru mengeja perkataan sambil menepuk tangan . Satu tepukan untuk satu bunyi.

Sekira anak sudah selesa mengeja, anda boleh menggalakkannya mengeja sendiri.

Ibu bapa / guru: Now why don't you spell 'sam' again on your own?

Anak: /s - a - m/, sam.

Ibu bapa / guru: Alhamdulillah! Clever boy!


Apabila kita mengajar anak kecil membaca, adalah sangat penting untuk kita memudahkan aktiviti pembelajaran. 

 Di dalam aktiviti di atas saya memudahkan dengan menggalakkan anak:
1. Membaca perkataan dahulu.
2. Kemudian mengeja perkataan bersama saya.
3. Akhir sekali saya menggalak anak mengeja perkataan dengan sendiri.

Selamat mencuba!




No comments: