Thursday, May 7, 2015

From Zero To Hero


Sylvester Beliang AK Ngelambong
Pelajar Tahun 2 SK Pengkalan Lobang, Mukah, Sarawak
Guru: Cikgu Saini @ Syameer Irsyan (Guru Pemulihan)
Pada tahun lepas 2014, Sylvester melangkah ke Tahun 1, ZERO, tanpa menghadiri pra sekolah. Maklumlah rumahnya di pedalaman Mukah. Murid-murid sekolah SK Pengkalan Lobang tinggal di asrama sekolah. 
Daripada Januari sehingga April 2014, Sylvester diajar membaca menggunakan kaedah biasa, iaitu kaedah mengeja. 

Pada saringan 1 LINUS, 1 April, Sylvester hanya mengenali 6 huruf abjad. 
Selepas saringan 1, Sylvester dihantar ke kelas pemulihan Cikgu Saini@Syameer. 

Cikgu Saini@Syameer mula mengajarnya membaca menggunakan kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku bermula Mei.  

Menurut Cikgu Saini@Syameer, Sylvester dapat mengenal hampir kesemua bunyi-huruf dengan mudah dalam masa 3 hari sahaja melalui TEKNIK ASOSIASI. 
 Teknik asosiasi, tttt tembak. 
Teknik asosiasi, uuu ulat berjalan di atas dahan. 
Teknik asosiasi, nnn memandu kereta lumba.


Pada bulan Julai, Sylvester sudah lancar membaca dan mampu juga menulis dengan kemas dan cantik. 

Januari 2015, Sylvester dikeluarkan daripada kelas pemulihan dan dimasukkan ke kelas Tahun 2 arus perdana. Menurut Cikgu Saini@Syameer, bacaan Sylvester jauh lebih baik daripada murid-murid lain yang diajar membaca dengan kaedah mengeja. 

SYLVESTER BELIANG, from ZERO to HERO kerana kegigihan gurunya,Cikgu Saini@Syameer Irsyan, yang sebenarnya HERO di dalam kisah ini. 
Terima kasih cikgu! 

Kesemua foto ihsan daripada Cikgu Saini@Syameer Irsyan.

3 comments:

Azzahairi Sulaiman said...

Baru dengar teknik ni. Nice sharing.

khadizahkushairi said...

Tahniah cikgu! Syabas anak muridnya!

Unknown said...

Tahniah cikgu, nak tahu semua sekolah ada teknik ini sebab anak saya pun sama sekarang ada masalah membaca dan mengenali abjad.