Ada yang bertanya apa itu tummy-time ... No it's not about makan ya!
Tummy-time - meletak bayi di atas perutnya sewaktu bayi tidak tidur sambil diawasi.
Tummy-time membantu membina otot-otot kepala, bahu dan leher yang kuat. Tummy-time juga membantu mengelak kepala bayi menjadi leper. Tummy-time menggalakkan bayi merangkak.
Cadangan aktiviti tummy-time untuk bayi baru lahir.
1. Baring bayi di atas perutnya. Berbual mengadap muka bayi atau bunyikan kerincing supaya lebih menyeronokkan.
2. Baringkan bayi di atas paha / dada / perut ibu bapa.
Cadangan aktiviti tummy-time untuk bayi 3 bulan ke atas.
1. Seperti di atas.
2. Letakkan gulungan tuala di bawah dada bayi yang dibaringkan atas perut.
3. Letakkan bayi perut ke bawah di atas bola.
1 comment:
Assalamualaikum..oh baru sy tahu timmy time tu apa..tq info yg best ni.
Post a Comment