Thursday, March 14, 2013

Aduyai banyaknya kena hafal!


Hafal apa ye?
Hafal apa lagi? Dalam Kaedah Mengeja dan Kaedah Suku kata, kanak-kanak kena hafal bukan saja beratus tapi sehingga 2056 pola ejaan, untuk mahir membaca.
Bandingkan dengan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku di mana kanak-kanak hanya perlu menghafal 31 bunyi sahaja.

Agak-agak yang mana lebih senang ye?
Jom kita bandingkan.

Dalam Kaedah Fonik Bacalah Anakku kita hanya perlu ajar anak 31 bunyi yg dipadankan dengan simbol. Seterusnya kita akan melatih mereka menggabung bunyi-bunyi ini menjadi perkataan. Menggabung bunyi adalah kemahiran yang boleh diajar seawal umur anak 3 tahun.

JADUAL HAFALAN KAEDAH FONIK
31 PadananBunyi-Simbol(Fonem-Grafem)

Bunyi/Fonem
Simbol/Grafem
1.
/a/
a
2.
/i/
i
3.
/u/
u
4.
/e/ e pepet
e
5.
/e/ e taling
e
6.
/o/
o
7.
/b/
b
8.
/c/
c
9.
/d/
d
10.
/f/
f
11.
/g/
g
12.
/h/
h
13.
/j/
j
14.
/k/
k
15.
/l/
l
16.
/m/
m
17.
/n/
n
18.
/p/
p
19.
/q/
q
20.
/r/
r
21.
/s/
s
22.
/t/
t
23.
/v/
v
24.
/w/
w
25.
/y/
y
26.
/z/
z, x(xilofon)
27.
/ng/
ng
28.
/ny/
ny
29.
/sy/
sy
30.
/kh/
kh
31.
/gh/
gh

Memandangkan kanak-kanak sudah diajar semua bunyi vokal /a i u e e o/, mereka hanya perlu dilatih menggabung bunyi-bunyi ini untuk   membaca perkataan yang mengandungi diftong dan vokal bergandingan (ai au oi ia iu io ui  ua).
Jadi dengan melatih kanak-kanak menggabungkan bunyi-bunyi tersebut, mereka dapat membaca gabungan 2 bunyi(sukukata terbuka, kv, vk), gabungan 3 bunyi(sukukata tertutup, kvk, vkv), gabungan 4 bunyi ataupun 2 sukukata          ( perkataan mudah, kvkv, vkkv), gabungan 5 bunyi , gabungan 6 bunyi dan seterusnya gabungan 7,8 bunyi seperti perkataan ‘menyelerakan’(11 bunyi, kvkvkvkvkvk) dengan mudah sekali. Hanya dengan menghafal 31 bunyi-simbol ini sahaja!

Persoalannya adakah perlu kanak-kanak menghafal 26 huruf, 6 bunyi vokal, 120 sukukata terbuka, 1680 sukukata tertutup, 120 akhiran ‘ng’ dan 8 diftong dan vokal bergandingan, hanya untuk membaca perkataan ‘menyelerakan’. Lihat jadual di bawah.

JADUAL HAFALAN KAEDAH MENGEJA & SUKUKATA
26 HURUF ABJAD:
Aa   Bb  Cc  Dd   Ee   Ff   Gg   Hh  Ii   Jj   Kk   Ll  Mm  Nn   Oo  Pp  Qq  Rr   Ss   Tt   Uu   Vv   Ww  Xx  Yy   Zz

6  BUNYI VOKAL:
a     i    u    e(pepet)    e(taling)    o

 126 POLA SUKU KATA TERBUKA:







1. Ba Bi Bu Be Be Bo
2. Ca Ci Cu Ce Ce Co
3. Da Di Du De De Do
4. Fa Fi Fu Fe Fe Fo
5. Ga Gi Gu Ge Ge Go
6. Ha Hi Hu He He Ho
7. Ja Ji Ju Je Je Jo
8. Ka Ki Ku Ke Ke Ko
9. La Li Lu Le Le Lo
10. Ma Mi Mu Me Me Mo
11. Na Ni Nu Ne Ne No
12. Pa Pi Pu Pe Pe Po
13. Qa Qi Qu Qe Qe Qo
14. Ra Ri Ru Re Re Ro
15. Sa Si Su Se Se So
16. Ta Ti Tu Te Te To
17. Va Vi Vu Ve Ve Vo
18. Wa Wi Wu We We Wo
19. Xa Xi Xu Xe Xe Xo
20. Ya Yi Yu Ye Ye Yo
21. Za Zi Zu Ze Ze Zo

Perhatian: Jadual di atas termasuk pola sukukata untuk huruf q dan x.

126 POLA SUKUKATA TERTUTUP AKHIRAN ‘n’.







1. Ban Bin Bun Ben Ben Bon
2. Can Cin Cun Cen Cen Con
3. Dan Din Dun Den Den Don
4. Fan Fin Fun Fen Fen Fon
5. Gan Gin Gun Gen Gen Gon
6. Han Hin Hun Hen Hen Hon
7. Jan Jin Jun Jen Jen Jon
8. Kan Kin Kun Ken Ken Kon
9. Lan Lin Lun Len Len Lon
10. Man Min Mun Men Men Mon
11. Nan Nin Nun Nen Nen Non
12. Pan Pin Pun Pen Pen Pon
13. Qan Qin Qun Qen Qen Qon
14. Ran Rin Run Ren Ren Ron
15. San Sin Sun Sen Sen Son
16. Tan Tin Tun Ten Ten Ton
17. Van Vin Vun Ven Ven Von
18. Wan Win Wun Wen Wen Won
19. Xan Xin Xun Xen Xen Xon
20. Yan Yin Yun Yen Yen Yon
21. Zan Zin Zun Zen Zen Zon

126 x 14 = 1764 pola sukukata tertutup yang perlu dihafal.Terdapat 14 akhiran dalam BahasaMelayu; b,d, f, h, j, k, l, m, n, p, r, s, t dan z.


 126 POLA SUKU KATA AKHIRAN ‘ng’:
1. Bang Bing Bung Beng Beng Bong
2. Cang Cing Cung Ceng Ceng Cong
3. Dang Ding Dung Deng Deng Dong
4. Fang Fing Fung Feng Feng Fong
5. Gang Ging Gung Geng Geng Gong
6. Hang Hing Hung Heng Heng Hong
7. Jang Jing Jung Jeng Jeng Jong
8. Kang King Kung Keng Keng Kong
9. Lang Ling Lung Leng Leng Long
10. Mang Ming Mung Meng Meng Mong
11. Nang Ning Nung Neng Neng Nong
12. Pang Ping Pung Peng Peng Pong
13. Qang Qing Qung Qeng Qeng Qong
14. Rang Ring Rung Reng Reng Rong
15. Sang Sing Sung Seng Seng Song
16. Tang Ting Tung Teng Teng Tong
17. Vang Ving Vung Veng Veng Vong
18. Wang Wing Wung Weng Weng Wong
19. Xang Xing Xung Xeng Xeng Xong
20. Yang Ying Yung Yeng Yeng Yong
21. Zang Zing Zung Zeng Zeng Zong

8  POLA DIFTONG DAN VOKAL BERGANDINGAN
                    ai   au   oi  ia  iu  io ui   ua
Jumlah  pola yang perlu dihafal oleh kanak-kanak yang belajar membaca menggunakan KaedahMengeja/Abjad atau Kaedah Hafal Sukukata adalah 26 + 6 + 126 + 1764 + 126  +  8  = 2056

Sekiranya kita ketepikan pola ejaan ‘x’ dan ‘q’ sekalipun, kanak-kanak masih perlu menghafal lebih 2 ribu pola untuk mahir membaca.

Mungkin ada yang akan kata saya exaggerate… mana ada cikgu ajar sampai 2 ribu pola! Memang betul pun, paling banyak mereka akan ajar ialah abc, pola sukukata terbuka dan tertutup especially di peringkat tadika. So mula-mula mak ayah pun excited la anak pandai baca perkataan mudah. Bila dah naik Darjah 2, anak mula slow atau tak minat membaca sebab banyak perkataan panjang… banyak pakai memori… lagi pun cikgu tak ajar semua…
Kesimpulannya BANYAK SANGAT nak kena ingat!

Tak kiralah apa saja teknik yang kita gunakan untuk bantu kanak-kanak hafal 2056 pola ejaan ini, samada dengan menggunakan teknik latih tubi, teknik asosiasi gambar, teknik buat mulut, nyanyi lagu, guna poster, komputer, ipad dan sebagainya, mereka tetap kena hafal hampir 2 ribu pola! Seperti kata seorang  guru cina di JB, “ Ayo, banyak letih maa.... Hari2 latih tubi. Budak pun boring maa!”

Dan walaupun terdapat pelbagai program pemulihan di sekolah-sekolah kerajaan,  yang asasnya menyarankan Kaedah Mengeja atau Sukukata digunakan dalam mengajar membaca, masalah kanak-kanak tidak dapat atau lambat membaca masih wujud merata-rata. 

Kesimpulannya dalam Kaedah Mengeja dan Kaedah Sukukata, kanak-kanak kena ingat BANYAK SANGAT. Jelas daripada jadual hafalan di atas, kedua kaedah ini membebankan visual memori kanak-kanak. Only few lucky ones will turn out to become expert readers, spellers and writers.

Jom kita pakat try Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku pulak. You will see your child read effortlessly.

Wednesday, March 13, 2013

Ajar Anak Pantas Sebut Bunyi

Salah satu kunci kejayaan anak membaca adalah kebolehannya menyebut bunyi dengan pantas apabila melihat simbol. This skill can be trained. All you need is a piece of A4 paper, a black bold marker, a red bold marker and a little bit of creativity. Oh and of course, the Readeasy Phonics series as reference.

Fold the A4 paper into grids. I use the black marker to write the consonant sounds and the red marker for the vowel sounds. Based on Readeasy Book 2, the letter sounds that I'm going to use are n, m, p and also a, o from Book 1. Write the letters in the grids at random.
Note: Avoid using blue markers because we use blue for Look & Say words in Readeasy.
Aktiviti ini juga sesuai untuk BM, Jawi dan Awal Quran.

This is what I got. Easy peasy. Objektif kita adalah untuk anak kita sebut bunyi dengan pantas. Bila anak kita cepat sebut bunyi, dia akan lebih cepat menggabung bunyi atau blending untuk membaca. But because they are small kids, we've got to make this boring activity FUN!

Game: Beat the Clock
1. Encourage you child to say all the sounds under 1 minute.
2. Reward your child if she is able to beat the time.

In class you can name the best student(s) as SOUNDS SUPERSTARS.
Sesuaikan permainan di atas mengikut tahap umur dan kebolehan anak anda. For instance, you can shorten the time given as your child gets better. If you have a class of students, you can pair them to play this game. If your child is young, write fewer letter sounds.



You could also take turns to play this game with your kid. Saya kadang-kadang buat-buat bodoh, so bila anak menang dia cukup seronok. Kita pun boleh sambung ngajar dia lagi.

My kindy teachers pulak would let kids bring this home to practise saying the sounds with their
parents.


This Sound Grid is cheap and easy to make. Yang bestnya ia mudah dilipat-lipat dan dibawa ke mana-mana. So no excuse tak sempat nak bantu anak belajar membaca kan?

Sunday, March 10, 2013

Macamana ni anak dah pandai baca B.Inggeris, tapi dia tak faham apa yang dibaca...?


For the past few years, banyak juga ibu bapa dan guru menanya saya soalan sebegini. I realized since Readeasy was published in 2001, banyak kanak-kanak kecil boleh membaca dalam B.Inggeris. Sehingga hari ini saya selalu macam tak percaya apabila guru dan ibu bapa membawa anak mereka kepada saya to show off their reading abilities. Amazing!!!

However ada juga yang merungut anak mereka tak faham sebahagian teks yang dibaca.
Lets first understand apa yang sedang dialami oleh anak tadi.

Apabila anak diajar membaca menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi(KFGB) atau synthetic phonics, anak kita mendapat kemahiran 'decode', iaitu menterjemahkan simbol(teks) kepada sesuatu yang bermakna. Dengan kemahiran ini anak kita akan dapat membaca dengan lebih lancar. Mereka dapat juga mengeja dan menulis dengan lebih tepat.

With KFGB/synthetic phonics, your child is given the opportunity to become an expert reader, speller and writer. However if you do not use the language at home, your child won't be able to understand some or a lot of the things that he reads.

To help your child understand more of what he reads, parents have to use the language at home. Talk to your child in English.

OK I know you are thinking of parking your child infront of the TV. I and many other early childhood educators believe your child will benefit more from real life conversations. TVs, Ipads, computers are great, if used moderately. You can also make a routine of reading aloud to your child. Reading aloud helps build your child's vocabulary, comprehension, and language skills.
       


Tuesday, March 5, 2013

More Frequently Asked Questions

6. Adakah Kaedah Fonik sesuai untuk kanak-kanak disleksia dan autistik?
Jawapan: Berbanding dengan Kaedah Mengeja dan Sukukata untuk mempelajari membaca dalam Bahasa Melayu dan Kaedah Look and Say/Whole Language Approach untuk Bahasa Inggeirs, Kaedah Fonik lebih mudah kerana menggunakan daya ingatan yang minimum. Kanak-kanak perlu menghafal 26 nama huruf beserta ratusan pola ejaan sukukata (ba bi bu be be bo, ban bin bun ben ben bon dll) dalam Kaedah Mengeja atau Sukukata berbanding dengan 28 bunyi sahaja dalam Kaedah Fonik Bacalah Anakku. Tentu sekali lebih mudah bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran spesifik mempelajari membaca melalui kaedah fonik. Tambahan pula kaedah fonik sesuai dengan fitrah kerana kanak-kanak diajar membaca perkataan dengan menggabung bunyi-bunyi di dalam bahasa pertuturan. Sedangkan dalam kaedah mengeja kanak-kanak menghafal pola suku kata dengan membatang dan menyebut nama huruf abc(ei,bi, si) yang tidak digunakan langsung ketika membaca.
Cuba anda baca perkataan ini : SEKOLAH
Adakah anda menyebut nama-nama huruf es, ii, kei, o, el, ei, hech semasa membaca?
Takkan?
Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran spesifik memerlukan bimbingan sepanjang pembelajaran. Mereka juga memerlukan masa yang lebih panjang untuk menguasai kemahiran membaca.

Sekiranya tahap autistik, disleksik atau sindrom down tinggi, saya cadang kanak-kanak ini diajar membaca untuk 'survival'. Which means they should be taught to recognize some important words such as 'BAHAYA', 'RACUN', 'KELUAR', 'MASUK', makan, minum, pakai baju, dan seumpamanya.

Saya juga cadangkan ibubapa kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran spesifik mendapatkan khidmat guru-guru pendidikan khas di antaranya di CADS Enhancement Centre, Jalan Duta. They have some successful stories about teaching these children with Bacalah Anakku dan Readeasy.
CADS ENHANCEMENT CENTRE http://care4cads.my/about/cads-enhancement-centre/

Monday, March 4, 2013

Kursus BARE Untuk IbuBapa

Pagi ni saya dan suami berpeluang berkongsi tips dan pengalaman dengan 200 ibu bapa pelajar Little Caliphs Shah Alam. Awesome to have parents sacrificing their time to attend a short course on how they can support their kids at home. It's good tadika buat program macam ni setiap tahun. Kudos to Pn Jariah & Pn Jamaliah, co-owners of Little Caliph Shah Alam!
                 
                                              Parents JV Teachers = Kids excel

Saya terharu sangat bila seorang ibu datang bertemu untuk ucapkan terima kasih kerana Bacalah Anakku telah membantu anaknya membaca 3 tahun lepas. Now anaknya dah Darjah 3. Beliau menitis air mata kerana Little Caliph buat program sebegini to bridge gaps between parents and teachers. Katanya tadika anaknya dulu, yg Darjah 3 sekarang, tak pernah buat sebegini. So she had to find ways on how to help her child read on her own. So friends recommended Bacalah Anakku.

Suami saya pula berpeluang bersembang dengan seorang ibu yang menceritakan dia dan suaminya suka sangat baca buku menyebabkan mereka kurang bercakap dengan anak-anak. So anak-anak kurang minat bercakap. Ada yang agak delayed in speech. Thus not progressing well in learning to read. So parents, kami selalu pesan talk, talk and talk more to your children kalau nak anak cepat dan awal membaca.

Jom kita share some frequently asked questions from parents.
1. Nak ajar membaca BM ke BI dulu?
Jawapan: Ajar anak membaca dalam bahasa ibunda (first language at home). Menguasai kemahiran membaca akan menjadi mudah dalam bahasa yang tidak asing. Walau bagaimana pun, ibubapa boleh menggunakan lebih daripada 1 bahasa untuk berinteraksi.
2. Boleh tak anak belajar membaca BM & BI serentak?
Jawapan: Ya sekiranya anak berumur 6 tahun ke atas. However kena define the class. Beritahu anak, "Sekarang ibu nak ajar BM, " atau "Now we are going to learn English."

3. Ok ke anak tak tau abc(ei, bi,si) bila belajar fonik atau bunyi huruf?
Jawapan: Very ok. Walaupun kita tak ajar nama huruf, abc..z(ei, bi, si... zed), kita masih ajar bentuk dan rupa huruf.
Melalui pengalaman kami, kalau tak tau abc, lagi baik. Lagi senang ajar membaca. Lagi anak tak keliru. Bagi kanak-kanak fonik, kalau guru/ibubapa sebut /bi/, dia tahu ia adalah 'b' dan 'i' bukan semata-mata huruf 'b'. Kanak-kanak yang tahu abc selalu keliru 'b' dengan 'bi', 'c' dengan 'si', 'g' dengan 'ji'. They make a lot of spelling mistakes.
Anyways kami cadang, ajar anak nama huruf abc(ei, bi, si) setelah anak lancar membaca. Just point to the letter and say "Bunyi /b/ ni namanya 'bi'."
Jangan sekali-kali suruh mereka membatang dan mengeja perkataan, sebagai contoh, 'em(m)....ei(a),
ma. Ti(t) ... ei(a), ta. Ma ...ta because anak kita sudah lancar membaca dengan menggabung bunyi.

4. Nak ajar huruf kecil dan huruf besar serentak ke?
Jawapan: Pada peringkat awal, ajar anak membaca menggunakan huruf kecil sahaja kerana huruf kecil paling kerap digunakan dalam teks bacaan. Huruf besar digunakan pada permulaan ayat dan nama khas sahaja. Bacalah Anakku menggunakan huruf kecil dalam Buku 1-5, huruf besar Buku 6-8. Readeasy pula menggunakan huruf kecil dalam Buku 1-6 dan huruf besar diperkenalkan dalam Buku 7 dan 8.

5. Macam mana anak mengeja dan menulis kalau tak tau abc?
Jawapan: Kanak-kanak fonik tahu mengeja dan menulis kerana mereka masih membaca dengan menghubung kaitkan bunyi dengan bentuk huruf. Walau bagaimanapun pada peringkat awal, mereka mengeja dengan menyebut bunyi. Sebagai contoh mereka akan mengeja 'masin' dengan menyebut
/mm/, /aa/, /ss/, /ii/, /nn/, masin.
Untuk penulisan, mereka hebat menulis kerana kanak-kanak fonik tidak keliru dengan nama huruf yang bunyinya sama dengan bunyi suku kata(i.e. nama huruf 'b' sama dengan suku kata 'bi'). Sesetengah kanak-kanak fonik menulis dengan sendiri kerana mereka dapat mengait bunyi dengan bentuk huruf dengan begitu baik.
Bersambung...