Tuesday, March 5, 2013

More Frequently Asked Questions

6. Adakah Kaedah Fonik sesuai untuk kanak-kanak disleksia dan autistik?
Jawapan: Berbanding dengan Kaedah Mengeja dan Sukukata untuk mempelajari membaca dalam Bahasa Melayu dan Kaedah Look and Say/Whole Language Approach untuk Bahasa Inggeirs, Kaedah Fonik lebih mudah kerana menggunakan daya ingatan yang minimum. Kanak-kanak perlu menghafal 26 nama huruf beserta ratusan pola ejaan sukukata (ba bi bu be be bo, ban bin bun ben ben bon dll) dalam Kaedah Mengeja atau Sukukata berbanding dengan 28 bunyi sahaja dalam Kaedah Fonik Bacalah Anakku. Tentu sekali lebih mudah bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran spesifik mempelajari membaca melalui kaedah fonik. Tambahan pula kaedah fonik sesuai dengan fitrah kerana kanak-kanak diajar membaca perkataan dengan menggabung bunyi-bunyi di dalam bahasa pertuturan. Sedangkan dalam kaedah mengeja kanak-kanak menghafal pola suku kata dengan membatang dan menyebut nama huruf abc(ei,bi, si) yang tidak digunakan langsung ketika membaca.
Cuba anda baca perkataan ini : SEKOLAH
Adakah anda menyebut nama-nama huruf es, ii, kei, o, el, ei, hech semasa membaca?
Takkan?
Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran spesifik memerlukan bimbingan sepanjang pembelajaran. Mereka juga memerlukan masa yang lebih panjang untuk menguasai kemahiran membaca.

Sekiranya tahap autistik, disleksik atau sindrom down tinggi, saya cadang kanak-kanak ini diajar membaca untuk 'survival'. Which means they should be taught to recognize some important words such as 'BAHAYA', 'RACUN', 'KELUAR', 'MASUK', makan, minum, pakai baju, dan seumpamanya.

Saya juga cadangkan ibubapa kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran spesifik mendapatkan khidmat guru-guru pendidikan khas di antaranya di CADS Enhancement Centre, Jalan Duta. They have some successful stories about teaching these children with Bacalah Anakku dan Readeasy.
CADS ENHANCEMENT CENTRE http://care4cads.my/about/cads-enhancement-centre/

No comments: