Sunday, October 6, 2013

Anak Mudah Menulis Dengan Monkey Bar?

Ini monkey bar.


Anak-anak yang membesar dengan memanjat dan bergayut dengan monkey bar mudah menulis kerana:

1. Mempunyai bahagian atas badan (upper body) yang KUAT.
Mereka berdiri dan duduk tegak dengan baik. Ini memudahkan aktiviti menulis untuk mereka.


2. Otot-otot BAHU dan LENGAN juga kuat. 
Mereka mudah mengawal kedudukan dan pergerakan lengan ketika menulis. Ini memudahkan aktiviti menulis untuk mereka.


3. PERGELANGAN TANGAN dan JARI JEMARI mereka juga kuat.
Mereka mudah mengerakkan pergelangan tangan ketika menulis. Jari jemari yang kuat tidak mudah penat memegang alat tulis. Ini memudahkan aktiviti menulis untuk mereka.


Jom bawa anak ke taman permainan. Galakkan mereka bermain monkey bar. Kalau tak sempat boleh juga guna pintu gril rumah untuk anak memanjat dan bergayut. Pastikan anda bersama anak sepanjang masa ye.   

Saturday, October 5, 2013

Exercise Mulut

Hari ni nak kongsi exercise mulut untuk anak-anak kita yang ada speech problem atau belum dapat sebut bunyi-bunyi ( speech sounds ) dengan betul.  Exercise ini boleh membantu memperkuatkan otot mulut anak-anak di samping mengatasi masalah drooling ( air liur meleleh ).

1. Tiup buih belon ( bubbles). 

2. Tiup belon, pelbagai wisel dan juga alat muzik seperti flute dan harmonica.
 

3.. Main tiup kapas, dengan mulut dan juga straw besar ( straw cendol). 


4. Makan yoghurt, bubur, puding lembut, nestum dengan straw. Straw besar, straw kecil, straw spiral.

5. Mengunyah tiub plastik  (pastikan non toxic ya) atau beli teething toy. Sesetengah occupational therapist cadang letak objek ini di dalam peti sejuk sekejap.. Lagi uuump kunyah-kunyah, gigit-gigit.

Exercise di atas juga dikenali sebagai oral-motor therapy. Selamat mencuba. 

Thursday, October 3, 2013

Raikan Anak-Anak Yang Pandai Membaca

 Little Aulad Playschool meraikan pelajar-pelajar yang tamat membaca Bacalah Anakku, Readeasy dan Bacalah Jawi Anakku di Perpustakaan Dar Nur Al-Zahra, KotaBharu, 28 September 2013.


Terdapat 44 pelajar 6 tahun kesemuanya di little Aulad. 32 orang pelajar mengambil bahagian di majlis anugerah kali ini. 15 orang yang tamat Bacalah Anakku, Readeasy Beginner dan Readeasy Intermediate. 11 orang yang tamat Bacalah Anakku dan Readeasy. 6 orang tamat Bacalah Anakku. Yang selebihnya sudah tamat bacaan semasa berumur 5 tahun dan beberapa orang lagi masih belum tamat. Mereka akan diberi sijil dan hadiah semasa masjis konvo tadika November nanti.

 Majlis Anugerah dimulakan dengan nyanyian oleh adik-adik comel.

Seterusnya para pelajar bergilir-gilir membaca bermacam-macam teks BM, BI dan jawi. Ada yang membaca pantun, ada yang membaca cerita. Ada juga yang membaca teks bacaan di dalam buku teks bahasa Inggeris KSSR Tahun 1.


Teks bacaan dipaparkan di skrin supaya ibu bapa dapat menghayati teks yang dibaca oleh anak-anak mereka.


Pelajar-pelajar hebat ini dianugerahkan sijil tamat membaca ( yg Readnetwork bagi free. Jangan lupa mintak. ) dan hadiah buku.
 

Majlis diakhiri dengan para pelajar mempersembahkan sebuah lagu dan tentulah juga makan-makan.

 

Sudahkah tadika anda menganjur Majlis Anugerah Membaca? Hubungi saya untuk dapatkan idea.



Tuesday, October 1, 2013

Suka-Suka Fonik #5 / Fun Phonics #5

TIC TAC TOE WORD
Pemain: 2 
Bahan: 1 mini whiteboard, 3 'x', 3 'o' 
* Anda juga bole menggunakan kertas biasa untuk papan Tic TacToe.
Saya suka guna whiteboard sebab boleh padam-padam, tukar bunyi / suku kata / perkataan tanpa membazirkan kertas. Usaha kecil untuk menyelamatkan pokok.
Variasi 1: Saya memilih perkataan-perkataan di dalam Book 1 dan 2, Readeasy Beginner.

Cara Bermain: Seperti Tic Tac Toe biasa. Pemain 1 memilih kotak dan membaca perkataan di dalam kotak pilihan. Sekiranya betul, dia boleh meletakkan 'x' di dalam kotak tersebut.
Seterusnya Pemain 2 pula akan memilih kotak dan membaca perkataan. Sekiranya betul, dia boleh meletakkan 'o' di dalam kotak tersebut. Pemain yang paling dulu berjaya meletakkan 'x' atau 'o' menegak, melintang atau menyilang dikira pemenang pusingan tersebut.
Ulangi permainan.  






Variasi 2: TIC TAC TOE SOUND / BUNYI sahaja samada untuk anak-anak berlatih sebut bunyi dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. 


Variasi 3: TIC TAC TOE SUKU KATA  


Variasi 4: TIC TAC TOE PERKATAAN bahasa Melayu. 

SELAMAT BERMAIN!

Thursday, September 26, 2013

Just my two sens (2)

( Bahagian 2 )


Sambungan cerita hasil perbincangan dengan para pendidik yang hebat-hebat daripada universiti, daripada  Bahagian Pra Sekolah, di Malaysia, di Singapore, juga pendidik daripada sektor swasta  mengenai mengajar anak kecil membaca.

4. Kaedah membaca mana-mana pun ok. Yang penting cikgu dedikasi mengajar. TAK SEMUA setuju.

KOMEN SAYA: di antara faktor paling penting untuk anak awal, mudah, cepat dan lancar membaca adalah dengan menggunakan KAEDAH MEMBACA yang paling SESUAI dengan anak kecil. Pilihlah kaedah yang:
- tidak membeban memori kanak-kanak. Dengan Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacah Anakku dan Readeasy anak kecil perlu tahu 28 bunyi untuk BM dan 44 bunyi untuk BI. Kaedah lain memerlukan kanak-kanak menghafal ratusan pola sukukata ataupun perkataan ( actually ribuan ) untuk mereka hebat membaca (proficientreader ). 

- yang logik. Mengajar anak menghafal m (em), a (ei), ma dan seumpamanya memang tak logik. Sebutlah m (em), a (ei) beribu kali pun, ia takkan menjadi 'ma'. Tetapi Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacah Anakku dan Readeasy engajar anak menggabung bunyi-bunyi di dalam bahasa pertuturan, sebagai contoh  /mm/, /aa/, ma. 100% logik!

Tetapi memilih kaedah yang terbaik sahaja tak cukup menjamin anak pandai membaca. 

'READING INSTRUCTIONS' atau langkah mengajar membaca mestilah distrukturkan 
( structured), jelas dan terperinci, langkah demi langkah.Oleh yang demikian, 'GURU' yang mengajar anak membaca adalah sangat penting. VCD PANDUAN MENGAJAR dan Buku Panduan Mengajar diberi percuma bersama set Bacalah Anakku dan Readeasy untuk memastikan anda mudah mengajar membaca. 

Kami juga mengendalikan pelbagai kursus lanjutan untuk melatih guru ( parents pun boleh jugak ) menjadi HEBAT mengajar kanak-kanak membaca. 

Sekira berminat sila ke www.readnetwork.com untuk info kursus terdekat di tempat anda.

Pasal guru kena dedikasi,  apa subjek sekali pun, tentulah memerlukan guru yang dedikasi. Teringat zaman saya sekolah dulu, banyak guru yang dedikasi dengan membaca nota dalam kelas untuk kami salin. Dedikasi pun ada caranya. Apa-apa pun terima kasih cikgu kerana tanpamu siapalah saya. 

( bersambung )




Wednesday, September 25, 2013

Just my two sens (1)

Dalam dua tiga minggu ini saya sempat bertemu dengan pendidik-pendidik yang hebat-hebat daripada universiti, daripada  Bahagian Pra Sekolah, di Malaysia, di Singapore, juga pendidik daripada sektor swasta dan bertukar-tukar pendapat dengan mereka mengenai mengajar anak kecil membaca.

Di antara perkara yang di bincangkan secara formal dan juga semasa mengeteh:

1.Kanak-kanak perlu diajar membaca daripada kecil. KAMI semua SETUJU. Yayy!!

2. Jangan ambitious nak anak MESTI PANDAI membaca pada umur tertentu, 2 atau 3 atau 4 tahun. KAMI semua SETUJU.
  (  Sssyyyy tapi ada program membaca dan tadika sanggup memberi JANJI anak boleh membaca pada umur  2 tahun = 24 bulan. Dan ada pula MEMBERI JANJI, MONEY BACK GUARANTEE pandai membaca dalam 2 minggu! )

KOMEN SAYA:  Kebolehan kanak-kanak berbeza. Yang penting kita MERANGSANG segenap aspek perkembangan kanak-kanak.

Walau bagaimanapun kita, , IBU BAPA, PENGGUBAL-PENGGUBAL DASAR,  PENSYARAH-PENSYARAH PENDIDKAN AWAL KANAK-KANAK, PENGUSAHA TADIKA, GURU TADIKA perlu ada CITA-CITA untuk anak membaca awal. Justeru itu kita harus MENERAPKAN budaya membaca semenjak anak kita baby. Kita juga harus MERANGSANG kesediaan membaca anak kita. Kita juga kena BIJAK memilih atau membuat program bacaan yang serasi dengan anak kecil yet COMPREHENSIVE.
( Kalau nak senang gunalah siri  dan program membaca kami yang child friendly but comprehensive dan terbukti berkesan -  Bacalah Anakku, Readeasy, Furqan )

3.  Tak payah ajar kanak- kanak-kanak masa tadika membaca berat-berat. As long as boleh baca sikit ok la. TAK SEMUA setuju.

KOMEN SAYA: Setuju tak ajar berat-berat. Bahan bacaan dan kemahiran membaca dan menulis mesti bersesuaian dengan tahap perkembangan kognitifnya. 

HOWEVER,  IBU BAPA, PENGGUBAL-PENGGUBAL DASAR,  PENSYARAH-PENSYARAH PENDIDKAN AWAL KANAK-KANAK, PENGUSAHA TADIKA, GURU TADIKA kena bijak memilih  KAEDAH mengajar membaca yang boleh digunakan oleh kanak-kanak sepanjang hayat. Kaedah yang mudah, tak banyak pola-pola sukukata yang kena dihafal.

RUGI BESARla kalau kita ajar dia untuk hebat membaca masa tahap tadika sahaja. Bila dah masuk Darjah 2, masih merangkak-rangkak membaca. Banyak kanak-kanak yang tak boleh membaca perkataan panjang. Ada pulak kanak-kanak yang dah malas membaca, sebab cara kita ajar membaca masa tadika susah, banyak kena hafal.

Oh ya satu perkara lagi, bila kita buat atau pilih program membaca di institusi pendidikan kita, kita sepatutnya buat atau pilih bukan untuk yang pandai sahaja, tetapi untuk kanak-kanak biasa. Unless institusi kita khas untuk the smarties or may be the special needs.

4. Kaedah membaca mana-mana pun ok. Yang penting cikgu dedikasi mengajar. TAK SEMUA setuju.

( BERSAMBUNG )

Monday, September 23, 2013

Guru Linus & Pemulihan PPD Petaling Perdana Suka Main

Pada 17 Sept 2013 kami dijemput oleh PPD Petaling Perdana untuk mengendalikan Kursus Intensif Bacalah Anakku untuk 83 orang guru LINUS dan Pemulihan berserta 4 orang pegawai PPD yang diketuai oleh Pn Nor Hayati Mohd Shaharim.

Di antara pengisian kursus: 
1. Apa itu Kaedah dan Keistimewaan Fonik Gabung bunyi Bacalah Anakku.

2. Latihan Sebut Bunyi dan Aksi Asosiasi.

3. Langkah mengajar:
 a. Ajar bunyi
 b. Ajar bentuk dan rupa huruf
 c. Ajar gabung bunyi dan rantaian bunyi untuk membaca
 d. Ajar mengeja dan menulis

4. Permainan kreatif



Best sangat dapat kongsi teknik mengajar dan pengalaman saya dan suami, Tn Hj Othman dengan guru-guru yang sporting sangat. Tengoklah betapa kepohnya mereka main dalam video di atas. Agak-agak anak murid lagi bising ye.

Kami juga diaju dengan berbagai soalan:








Hehe these teachers know how to keep us busy!

Di akhir kursus alhamdulillah ada yang memberi cadangan:

1. Panjangkan kursus untuk semua guru.

2. Perluaskan kepada semua guru untuk membantu guru-guru yang mengajar bahasa di peringkat awal.

3. Tambah masa kursus/bengkel.

4. Adakan kursus Readeasy untuk. B.Inggeris pulak.

5. Ada sesi ke 2 untuk kaedah ini setelah guru mengaplikasikannya di sekolah.

6. Panjangkan lagi masa bengkel(2 hari). Libatkan murid yang masih tidak menguasai sebagai bahan.

Kursus tamat pada pukul 4 lebih sikit dengan cabutan bertuah. 
Semua guru bertuah sebab PPD dah belikan 1 set Bacalah Anakku untuk setiap sekolah tapi ada 5 orang yang lebih sikit tuahnya pada petang itu. Mereka mendapat hadiah VCD Kursus Bacalah Anakku.


TERIMA KASIH daun keladi PPD PETALING PERDANA khususnya Unit LINUS dan LITERASI Lain kali jemputlah kami lagi.