Wednesday, March 13, 2013

Ajar Anak Pantas Sebut Bunyi

Salah satu kunci kejayaan anak membaca adalah kebolehannya menyebut bunyi dengan pantas apabila melihat simbol. This skill can be trained. All you need is a piece of A4 paper, a black bold marker, a red bold marker and a little bit of creativity. Oh and of course, the Readeasy Phonics series as reference.

Fold the A4 paper into grids. I use the black marker to write the consonant sounds and the red marker for the vowel sounds. Based on Readeasy Book 2, the letter sounds that I'm going to use are n, m, p and also a, o from Book 1. Write the letters in the grids at random.
Note: Avoid using blue markers because we use blue for Look & Say words in Readeasy.
Aktiviti ini juga sesuai untuk BM, Jawi dan Awal Quran.

This is what I got. Easy peasy. Objektif kita adalah untuk anak kita sebut bunyi dengan pantas. Bila anak kita cepat sebut bunyi, dia akan lebih cepat menggabung bunyi atau blending untuk membaca. But because they are small kids, we've got to make this boring activity FUN!

Game: Beat the Clock
1. Encourage you child to say all the sounds under 1 minute.
2. Reward your child if she is able to beat the time.

In class you can name the best student(s) as SOUNDS SUPERSTARS.
Sesuaikan permainan di atas mengikut tahap umur dan kebolehan anak anda. For instance, you can shorten the time given as your child gets better. If you have a class of students, you can pair them to play this game. If your child is young, write fewer letter sounds.



You could also take turns to play this game with your kid. Saya kadang-kadang buat-buat bodoh, so bila anak menang dia cukup seronok. Kita pun boleh sambung ngajar dia lagi.

My kindy teachers pulak would let kids bring this home to practise saying the sounds with their
parents.


This Sound Grid is cheap and easy to make. Yang bestnya ia mudah dilipat-lipat dan dibawa ke mana-mana. So no excuse tak sempat nak bantu anak belajar membaca kan?

Sunday, March 10, 2013

Macamana ni anak dah pandai baca B.Inggeris, tapi dia tak faham apa yang dibaca...?


For the past few years, banyak juga ibu bapa dan guru menanya saya soalan sebegini. I realized since Readeasy was published in 2001, banyak kanak-kanak kecil boleh membaca dalam B.Inggeris. Sehingga hari ini saya selalu macam tak percaya apabila guru dan ibu bapa membawa anak mereka kepada saya to show off their reading abilities. Amazing!!!

However ada juga yang merungut anak mereka tak faham sebahagian teks yang dibaca.
Lets first understand apa yang sedang dialami oleh anak tadi.

Apabila anak diajar membaca menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi(KFGB) atau synthetic phonics, anak kita mendapat kemahiran 'decode', iaitu menterjemahkan simbol(teks) kepada sesuatu yang bermakna. Dengan kemahiran ini anak kita akan dapat membaca dengan lebih lancar. Mereka dapat juga mengeja dan menulis dengan lebih tepat.

With KFGB/synthetic phonics, your child is given the opportunity to become an expert reader, speller and writer. However if you do not use the language at home, your child won't be able to understand some or a lot of the things that he reads.

To help your child understand more of what he reads, parents have to use the language at home. Talk to your child in English.

OK I know you are thinking of parking your child infront of the TV. I and many other early childhood educators believe your child will benefit more from real life conversations. TVs, Ipads, computers are great, if used moderately. You can also make a routine of reading aloud to your child. Reading aloud helps build your child's vocabulary, comprehension, and language skills.
       


Tuesday, March 5, 2013

More Frequently Asked Questions

6. Adakah Kaedah Fonik sesuai untuk kanak-kanak disleksia dan autistik?
Jawapan: Berbanding dengan Kaedah Mengeja dan Sukukata untuk mempelajari membaca dalam Bahasa Melayu dan Kaedah Look and Say/Whole Language Approach untuk Bahasa Inggeirs, Kaedah Fonik lebih mudah kerana menggunakan daya ingatan yang minimum. Kanak-kanak perlu menghafal 26 nama huruf beserta ratusan pola ejaan sukukata (ba bi bu be be bo, ban bin bun ben ben bon dll) dalam Kaedah Mengeja atau Sukukata berbanding dengan 28 bunyi sahaja dalam Kaedah Fonik Bacalah Anakku. Tentu sekali lebih mudah bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran spesifik mempelajari membaca melalui kaedah fonik. Tambahan pula kaedah fonik sesuai dengan fitrah kerana kanak-kanak diajar membaca perkataan dengan menggabung bunyi-bunyi di dalam bahasa pertuturan. Sedangkan dalam kaedah mengeja kanak-kanak menghafal pola suku kata dengan membatang dan menyebut nama huruf abc(ei,bi, si) yang tidak digunakan langsung ketika membaca.
Cuba anda baca perkataan ini : SEKOLAH
Adakah anda menyebut nama-nama huruf es, ii, kei, o, el, ei, hech semasa membaca?
Takkan?
Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran spesifik memerlukan bimbingan sepanjang pembelajaran. Mereka juga memerlukan masa yang lebih panjang untuk menguasai kemahiran membaca.

Sekiranya tahap autistik, disleksik atau sindrom down tinggi, saya cadang kanak-kanak ini diajar membaca untuk 'survival'. Which means they should be taught to recognize some important words such as 'BAHAYA', 'RACUN', 'KELUAR', 'MASUK', makan, minum, pakai baju, dan seumpamanya.

Saya juga cadangkan ibubapa kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran spesifik mendapatkan khidmat guru-guru pendidikan khas di antaranya di CADS Enhancement Centre, Jalan Duta. They have some successful stories about teaching these children with Bacalah Anakku dan Readeasy.
CADS ENHANCEMENT CENTRE http://care4cads.my/about/cads-enhancement-centre/

Monday, March 4, 2013

Kursus BARE Untuk IbuBapa

Pagi ni saya dan suami berpeluang berkongsi tips dan pengalaman dengan 200 ibu bapa pelajar Little Caliphs Shah Alam. Awesome to have parents sacrificing their time to attend a short course on how they can support their kids at home. It's good tadika buat program macam ni setiap tahun. Kudos to Pn Jariah & Pn Jamaliah, co-owners of Little Caliph Shah Alam!
                 
                                              Parents JV Teachers = Kids excel

Saya terharu sangat bila seorang ibu datang bertemu untuk ucapkan terima kasih kerana Bacalah Anakku telah membantu anaknya membaca 3 tahun lepas. Now anaknya dah Darjah 3. Beliau menitis air mata kerana Little Caliph buat program sebegini to bridge gaps between parents and teachers. Katanya tadika anaknya dulu, yg Darjah 3 sekarang, tak pernah buat sebegini. So she had to find ways on how to help her child read on her own. So friends recommended Bacalah Anakku.

Suami saya pula berpeluang bersembang dengan seorang ibu yang menceritakan dia dan suaminya suka sangat baca buku menyebabkan mereka kurang bercakap dengan anak-anak. So anak-anak kurang minat bercakap. Ada yang agak delayed in speech. Thus not progressing well in learning to read. So parents, kami selalu pesan talk, talk and talk more to your children kalau nak anak cepat dan awal membaca.

Jom kita share some frequently asked questions from parents.
1. Nak ajar membaca BM ke BI dulu?
Jawapan: Ajar anak membaca dalam bahasa ibunda (first language at home). Menguasai kemahiran membaca akan menjadi mudah dalam bahasa yang tidak asing. Walau bagaimana pun, ibubapa boleh menggunakan lebih daripada 1 bahasa untuk berinteraksi.
2. Boleh tak anak belajar membaca BM & BI serentak?
Jawapan: Ya sekiranya anak berumur 6 tahun ke atas. However kena define the class. Beritahu anak, "Sekarang ibu nak ajar BM, " atau "Now we are going to learn English."

3. Ok ke anak tak tau abc(ei, bi,si) bila belajar fonik atau bunyi huruf?
Jawapan: Very ok. Walaupun kita tak ajar nama huruf, abc..z(ei, bi, si... zed), kita masih ajar bentuk dan rupa huruf.
Melalui pengalaman kami, kalau tak tau abc, lagi baik. Lagi senang ajar membaca. Lagi anak tak keliru. Bagi kanak-kanak fonik, kalau guru/ibubapa sebut /bi/, dia tahu ia adalah 'b' dan 'i' bukan semata-mata huruf 'b'. Kanak-kanak yang tahu abc selalu keliru 'b' dengan 'bi', 'c' dengan 'si', 'g' dengan 'ji'. They make a lot of spelling mistakes.
Anyways kami cadang, ajar anak nama huruf abc(ei, bi, si) setelah anak lancar membaca. Just point to the letter and say "Bunyi /b/ ni namanya 'bi'."
Jangan sekali-kali suruh mereka membatang dan mengeja perkataan, sebagai contoh, 'em(m)....ei(a),
ma. Ti(t) ... ei(a), ta. Ma ...ta because anak kita sudah lancar membaca dengan menggabung bunyi.

4. Nak ajar huruf kecil dan huruf besar serentak ke?
Jawapan: Pada peringkat awal, ajar anak membaca menggunakan huruf kecil sahaja kerana huruf kecil paling kerap digunakan dalam teks bacaan. Huruf besar digunakan pada permulaan ayat dan nama khas sahaja. Bacalah Anakku menggunakan huruf kecil dalam Buku 1-5, huruf besar Buku 6-8. Readeasy pula menggunakan huruf kecil dalam Buku 1-6 dan huruf besar diperkenalkan dalam Buku 7 dan 8.

5. Macam mana anak mengeja dan menulis kalau tak tau abc?
Jawapan: Kanak-kanak fonik tahu mengeja dan menulis kerana mereka masih membaca dengan menghubung kaitkan bunyi dengan bentuk huruf. Walau bagaimanapun pada peringkat awal, mereka mengeja dengan menyebut bunyi. Sebagai contoh mereka akan mengeja 'masin' dengan menyebut
/mm/, /aa/, /ss/, /ii/, /nn/, masin.
Untuk penulisan, mereka hebat menulis kerana kanak-kanak fonik tidak keliru dengan nama huruf yang bunyinya sama dengan bunyi suku kata(i.e. nama huruf 'b' sama dengan suku kata 'bi'). Sesetengah kanak-kanak fonik menulis dengan sendiri kerana mereka dapat mengait bunyi dengan bentuk huruf dengan begitu baik.
Bersambung...







Saturday, January 26, 2013

10 TIPS UNTUK ANAK MENGINGATI RASULULLAH SEPANJANG TAHUN (2)

Sambungan.
Tips daripada Maria Zain(freelance writer)

Tip 4
Melibatkan keluarga dengan program Rumah Anak Yatim
Rasulullah saw merupakan seorang anak yatim dan baginda sangat kasih terhadap anak-anak yatim. Rasulullah saw mengasihi sesiapa yang mengusap kepala anak-anak yatim. Bagi menyuburkan sifat kasih, syukur, belas kesian di dalam diri anak-anak, kita boleh libatkan seluruh keluarga untuk membantu mana-mana Rumah Anak Yatim pilihan kita. Kita boleh aturkan program ziarah setiap dua minggu atau setiap bulan untuk anak-anak kita meluang masa bersama anak-anak yatim.
Anak-anak kita boleh kumpulkan buku dan permainan untuk dikongsi bersama. Anak-anak yang lebih dewasa boleh membantu anak-anak yatim dengan kerja sekolah mereka. Ayah dan abang pula boleh membantu membersih dan membaik pulih rumah anak yatim. Anak-anak juga boleh membantu mengumpul sedekah untuk anak-anak yatim.

Aktiviti sebegini adalah di antara yang terbaik untuk menyemai dan menyubur rasa kasih anak-anak kita terhadap Rasulullah saw.

Tip 5
Be in contact dengan ahli keluarga dan kenalan keluarga(family friends).
Adalah sunnah Rasulullah saw untuk sentiasa berhubung dengan ahli keluarga dan sahabat. My husband always reminds our married children(because they can be very occupied with their lives) to visit atok nenek, aunties and uncles and also our good friends.
Sekurang-kurangnya setiap minggu galakkan anak-anak menelefon atok nenek mereka.
Nowadays, anak-anak dah jarang menulis surat untuk ahli keluarga. Galakkan mereka buat kad, tulis surat, emel dan sms pun ok la jugak. But I still enjoy receiving cards from loved ones.

This sunnah of maintaining relationships will definitely in long run strengthen the ummah.

To be continued.

Thursday, January 24, 2013

10 TIPS UNTUK ANAK MENGINGATI RASULULLAH SEPANJANG TAHUN (1)

Tips daripada MARIA ZAIN(a freelance writer)
Menanam rasa kecintaan anak-anak terhadap Rasulullah saw sepatutnya kita ibu bapa lakukan sepanjang tahun.
TIP 1
Satu Hari Satu Amal Baik(A good deed for the day)
Beritahu anak-anak Rasulullah saw sentiasa menggalakkan kita membuat baik walaupun perbuatan itu nampak kecil - bukan sahaja sesama Muslim tetapi dengan semua orang, juga haiwan dan alam sekitar. Now don't just assume your kids know what good deeds to do. You've got to talk about them. You've got to promote to your kids. You've got to point out opportunities to do good to your kids.
Here are some things that Amir, my son, suggested.
- kutip sampah
- senyum
- urut (mama -Amir's fav :))
- wash the car
- tolong cikgu bawa buku
- remind kawan untuk buat baik, especially when they get info fights.
- feed the birds and the school stray cats.
- remind others when it's prayer time.
- say Hi to neighbours( our closest neighbours are non Muslims).

InsyaAllah dengan mendorong anak berbuat baik dan mengaitkan perbuatan baik sebagai amalan Rasulullah saw, kita dapat menanam kepentingan menjadikan baginda Rasul sebagai ikutan.

TIP 2
Bedtime Seerah Stories
Jadikan amalan membaca buku cerita mengenai seerah Rasulullah saw sebelum anak-anak tidur.

TIP 3
Doa
Galakkan anak-anak untuk sentiasa berdoa. Mulakan dengan kita modelkan dulu.
Semasa dulu-dulu kita selalu ingat berdoa mesti dalam Bahasa Arab. So kita kurang berdoa. Sekarang kita dah faham walaupun kita tak hafal banyak doa dalam Bahasa Arab, kita boleh berdoa dalam bahasa ibunda kita everywhere anywhere. Let's say semasa driving, tiba-tiba hujan. Terus aje berdoa, "Ya Allah jadikan hujan ini hujan yang membawa kebaikan". Atau apabila kita lihat anak kita buat baik kita terus berdoa di depannya " Ya Allah syukur Engkau memberiku anak yang soleh. Berikanlah (Amir) jannah."

Saya selalu beritahu anak-anak saya amalan Rasulullahsaw berdoa kita sujud dalam solat. Hidupkan amalan ini. Talk to your kids what doas he can say during sujud. Kekadang sebelum solat saya akan tanya anak, nak doa apa sujud nanti. Amir would sometimes say he's making special doa for Kak X sebab Kak X said something mean to him. Begitula anak-anak, tak lari daripada gaduh. Tapi yang best dia buat doa.

Kekadang sebelum solat saya bagitahu, Mama nak buat special doa masa sujud untuk Kak Y supaya Allah kurniakan anak. Selalunya anak yang lain pun akan terikut untuk doakan yang sama. Remember buat banyak promosi dengan anak-anak.

Bersambung...

Tuesday, January 22, 2013

A Small Moment- Detik Bermakna

Bagi sesetengah orang, menghantar anak ke sekolah pagi-pagi hari lagi, cukup boring. Ada sesetengah pula rasa cukup stress sebab nak kejar ke tempat kerja lagi. But I believe we can make that small moment meaningful.

Beginning last year, my 9 year old son and I, started a routine of making doa for one another outloud. When I first shared the idea with him, he was a bit reluctant. Dia kata "nak doa ape; macam mana nak doa; dia tak pandai doala..."
Saya bagi tau dia, "I will make the doa for you first."
Berpeluh jugak nak doa kut English!

"O Allah please bless my son, Amir. Make him a kind hearted, caring and loving boy. Bless him with good memory so that he can memorize the Quran. Make it easy for him to focus in class(He's a dreamer). Please give him the good things You have planned today and protect him from the bad things You have planned today. Give him good health(he's always sneezy). Make him the best son in the whole wide world. Amiin Ya Rabbal Alamin."

I kept the doa short and simple, using words that he could understand.

Then it was Amir's turn to make doa for me. He said the same doa with some changes here and there. I loved it when he said "Make my mum the best mum in the whole wide universe. Give her jannah and keep her away from the hell fire." Amiin.

Best sangat mulakan hari dengan anak mendoakan untuk kita. Kan Sayyidina Umar Al Khatab suka meminta kanak-kanak mendoakan untuknya.

So I hope you can make the small moment sending your kids to school more meaningful.
Kekadang ada juga hari yang Amir ngantuk dan dia minta nak doa dalam hati. Tapi selalunya bila saya bagitahu " I really love listening you say doa and I can say Amiin so many times," dia akan terus baca doa without arguing.

Ada juga masa saya mintak dia doakan untuk babanya dan abang kakak yang lain. I always tell him doa kanak-kanak special. Allah makbulkan kerana kanak-kanak suci bersih.