Cikgu Saini @ SyameerIrsyan bersama Konsultan Bacalah Anakku, Cikgu Sharifah Suharni, selaku pemerhati di Kursus Bacalah Anakku & Readeasy di Kuching, 11 dan 12 April 2015.
Bertambah seronok bila dapat bertemu sekali lagi peserta kursus 2013, guru-guru KPM Pn Khadizah, Pn Zaleha Bengsi, Pn Sharifah Suharni dan En Saini @ Syameer Irsyan.
Walau pun baru setahun yang berlalu semenjak kursus pertama Di Kuching, tetapi kejayaan beberapa orang guru menggunakan kaedah fonik amat membanggakan kami. Kami sedang kumpulkan cerita-cerita From Zero To Hero.
Di akhir kursus Cikgu Saini@syameer Dan Cikgu Sharifah Suharni berkongsi pengalaman dan tips bagaimana mereka berjaya menggunakan Kaedah Fonik Bacalah Anakku untuk murid-murid pemulihan mereka.
Di sini saya kongsikan.
1.Guru perlu yakin pada diri sendiri bahawa kaedah membaca fonik gabung bunyi dapat membantu kanak-kanak dan murid-murid membaca dengan cepat dan lancar.
2. Guru perlu berbincang dan memaklumkan kepada pihak sekolah dan ibubapa kanak-kanak/murid bahawa guru menggunakan kaedah membaca fonik gabung bunyi di sekolah. Komunikasi yang baik antara pihak yang terlibat menentukan kejayaan perlaksanaan kaedah fonik gabung bunyi di sekolah.
3. Guru hendaklah sabar dan tidak mudah berputus asa menggunakan kaedah membaca fonik gabung bunyi di sekolah. Usaha yang konsisten akan membuahkan hasil.
4. Guru mempraktikkan teknik-teknik yang dipelajari sepanjang mengikuti kursus kaedah mengajar membaca fonik gabung bunyi.
5. Teks bacaan hendaklah ditulis atau ditaip dengan warna merah dan hitam. Warna merah "e" pepet manakala warna biru untuk"e" taling. Ianya dapat membantu murid-murid membezakan perkataan yang ada e pepet dan e taling.
Moga bermanfaat! Jom fonik!
2 comments:
Salam puan...sy minat sgt nk belajar cara sebutan fonik ni...ada x puan buat program kat terengganu...kalau ada...mcmne sy nk join?
Salam puan...sy minat sgt nk belajar cara sebutan fonik ni...ada x puan buat program kat terengganu...kalau ada...mcmne sy nk join?
Post a Comment