Tuesday, September 3, 2013

Komponen Mengajar Membaca

5 perkara penting mengajar membaca:
1. Kesedaran fonemik(phonemic awareness)
2. Foniks
3. Kosa kata(vocabulary)
4. Kelancaran(fluency)
5. Kefahaman(reading comprehension)

KESEDARAN FONEMIK
Kesedaran fonemik merupakan kemahiran auditory(mendengar). Ia berkaitan dengan bunyi sahaja dan tidak melibatkan huruf cetak. Aktiviti berkaitan kesedaran fonemik boleh dilakukan dengan mata pejam.
Kesedaran fonemik melibatkan:
- kebolehan menggabung bunyi-bunyi kecil menjadi perkataan secara lisan.
  Guru/ibubapa menyebut bunyi-bunyi /i/ - /b/ - /u/. Kanak-kanak menggabung bunyi-bunyi tersebut menjadi /ibu/.
- kebolehan mengasingkan bunyi-bunyi dalam perkataan yang diucapkan.
  Guru/ibubapa menyebut perkataan /ani/. Kanak-kanak dapat mengasingkan bunyi- bunyi dalam /ani/ dengan menyebut bunyi-bunyi /a/ - /n/ - /i/.


FONIKS
Hubung kait bunyi-bunyi kecil di dalam bahasa pertuturan(speech sounds) dengan simbol/huruf. 
Kanak-kanak diajar bunyi /a/ diwakili oleh simbol/huruf 'a', bunyi /m/ diwakili oleh simbol/huruf 'm', bunyi /ng/ diwakili oleh simbol/huruf 'ng' dan lain-lain lagi.
Aktiviti Foniks boleh dilakukan dengan anak seawal umur anak 6 bulan menggunakan kad imbas besar.
Setelah anak menjangkau 1 tahun kanak-kanak diajar lagu fonik, aktiviti asosoasi, awal tulisan(finger painting, menekap) untuk membantu anak mengaitkan bunyi dengan huruf.

KOSA KATA
Kanak-kanak didedahkan dengan persekitaran yang kaya dengan bahasa melalui pelbagai interaksi harian, bercakap, menyanyi, bercerita, menamakan benda-benda di sekeliling dan membaca buku cerita(read aloud).
Aktiviti untuk mendapat suasana kaya bahasa boleh bermula semasa bayi dalam perut lagi.

KELANCARAN 
Guru/ibubapa memodelkan pembacaan lancar.
Kanak-kanak berlatih membaca lancar bersama guru/ibubapa dan/atau kawan.

KEFAHAMAN
Memahami apa yang dibaca. Kanak- kanak yang faham akan dapat mencerita semula apa yang dibaca dan menjawab soalan-soalan kefahaman dengan betul .

No comments: