Monday, September 9, 2013

Macamana ni tadika saya tak ada smart board...

Jangan sedih kalau tadika kita tak ada Smart Board. Bukan sebab kita tak de duit nak beli, tapi kita yakin pembelajaran kanak-kanak kecil lebih bermakna tanpa Smart Board. 


Kat rumah pun kanak-kanak sepanjang dengan ipad, tab, laptop dan tv 42inci, so kat tadika  kita bagi sebanyak peluang kanak-kanak belajar melalui real life exploration. Mana sama tengok 'how plants grow' on screen berbanding memberi peluang kanak-kanak tanam pokok sendiri. Walaupun tanam biji kacang aje!

Mana sama ajar membilang pegang real life objects berbanding dengan membilang dengan tap tap dan slide slide jari.


Mana sama sentuh huruf berpasir dengan sentuh huruf atas ipad?


Mana sama nyanyi sama-sama kawan dan cikgu sambil berpegang tangan dengan nyanyi ikut Hi5 dalam tv.


Mana sama jalan-jalan kat luar, explore persekitaran, kutip dedaun, hirup udara segar(I hope so...), berbanding dengan menonton Dora?



Kalau tadika kita atas shop lot sekali pun, pastikan kita bawa 'nature to the classroom'. 

Tapi kalau ada duit lebih saya nak beli smart board satu :).


No comments: