Saturday, September 14, 2013

Suka-suka Fonik #4 / Fun Phonics #4

Main Bisik-Bisik.
Pemain: 3 atau lebih
Bahan: Buku Bacalah Anakku / Readeasy; kertas, pensel/krayon.

Bisik ape?
1. Bisik satu bunyi. Rujuk buku Bacalah Anakku untuk memilih bunyi. Sebagai contoh sekiranya anak sudah mempelajari Buku 2, anda boleh membisikkan bunyi /a i u n b m s k/.
2. Bisik sukukata. Rujuk buku Bacalah Anakku untuk memilih sukukata. Sebagai contoh sekiranya anak sudah mempelajari Buku 1, anda boleh membisikkan na ni nu ba bi bu.
3. Bisik perkataan. Rujuk buku Bacalah Anakku untuk memilih perkataan. Sebagai contoh sekiranya anak sudah mempelajari Buku 4, anda boleh membisikkan perkataan-perkataan di dalam buku tersebut.
4. Bisik ayat pendek. Rujuk buku Bacalah Anakku untuk memilih ayat. Sebagai contoh sekiranya anak sudah mempelajari Buku 4, anda boleh membisikkan ayat di dalam buku tersebut. Sebagai contoh, Rama-rama sami lari.

Cara bermain:
1. Pemain duduk atau berdiri di dalam satu barisan.
2. Pemain 1 membisik satu bunyi / sukukata / perkataan / ayat kepada Pemain 2. Pemain 2 membisik apa yang didengarinya kepada Pemain 3. Begitulah seterusnya.
3. Pemain yang terakhir akan menulis dan menyebut/membaca bunyi / sukukata / perkataan / ayat dengan kuat. Semak samada bunyi / sukukata / perkataan / ayat yang ditulis sama dengan yang dibisikkan oleh Pemain 1.
4. Ulangi langkah 1  - 3 untuk bunyi / sukukata / perkataan / ayat yang baru.

Catatan: suaikan isi permainan dengan buku Readeasy.
   

No comments: