Monday, January 26, 2009

KESEDIAAN MEMBACA 1

Kejayaan mengajar anak membaca pada usia awal banyak bergantung kepada sejauh mana kita, ibubapa, merangsang anak kita sejak dari dalam kandungan lagi. Kita perlu merangsang bahasa, fizikal(kemahiran motor), ingatan penglihatan, ingatan pendengaran dan kemahiran sosial anak kita.

RANGSANG BAHASA
1. Berbual-bual
Bercakap apa saja dengan anak anda untuk mengayakan perbendaharaan katanya. Guna bahasa yang baik. Pengalaman saya, banyak juga anak-anak yang pekat bercakap loghat negeri, kurang mantap bacaan dan penulisan mereka.

Untuk anak mudah membaca Bahasa Inggeris, bercakaplah dengannya dalam Bahasa Inggeris. Jangan malu. Saya selalu berkata ' Speak to your child in English no matter how Phua Chu Kang it is!' Harap-harap dengan sentiasa bercakap dengan anak dalam Bahasa Inggeris, anda juga dapat membaiki penguasaan Bahasa Inggeris anda.

Semasa berbual dengan anak, kita kena jadi 'attentive listener' dan banyak beri pujian anak pandai bercakap.

2. Bacakan Buku Cerita
Anda juga sepatutnya menjadikan sesi membaca buku cerita sebagai budaya keluarga anda, terutama bagi mereka yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Teks bacaan buku cerita ditulis menggunakan bahasa yang baik. If you always read to your child, h/she will be used to listening to standard language. Ini akan membantunya membaca, mengeja & menulis dengan lebih baik.

3. Bercerita
Saya masih ingat semasa saya kecil saya amat rapat dengan nenek saya. Dia suka bercerita - cerita Pak Pandir, Pak Kadok, Si Tanggang(my favourite), Batu Belah Batu Bertangkup dan cerita-cerita Sang Kancil. Kadang-kadang cerita hantu! Ibu bapa sekarang pun patut bercerita kepada anak-anak, terutama cerita melayu klasik. Dan berceritalah dengan intonasi suara yang menarik. Bercerita bukan saja memperkayakan bahasa anak tetapi juga menerap nilai hidup.

4. Menyanyi & Berpantun
Kesemua kanak-kanak suka menyanyi. Untuk memperkayakan bahasa mereka, ajarlah :

a. lagu fonik Abu Ada Ayam &/ Readeasy Phonics Song
Memang menjadi rutin saya akan menyanyi lagu-lagu fonik ini sambil mengimbas simbol bunyi yang dinyanyikan. Tak peliklah Amirah & Amir dapat mengenal kesemua bunyi-bunyi asas menjangkau 3 tahun.

b. lagu kanak-kanak beserta aksi seperti
Cicak, cicak di dinding,
Diam-diam merayap,
Datang seekor nyamuk.
Hap! Lalu ditangkap.

c. Kata-berima(nursery rhymes, finger play) seperti
Anak tikus aiman(Letak jari telunjuk di atas tapak tangan anak)
Main dalam taman(Gerakkan jari dalam pusingan).
Jalan, jalan, jalan(Gerakkan jari di atas lengan anak)
Jatuh dalam longkang(Geletek ketiak atau leher anak

d. pantun seperti
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab

Bermula daripada 18 bulan, kanak-kanak mula menggunakan bahasa secara aktif (expressive language). Sebaiknya kita jadikan aktiviti menyanyi seawal anak dilahirkan supaya ringan mulutnya nanti.