Friday, April 5, 2013

Lambat Bercakap

Risaukan kalau anak dah berumur 3 tahun tapi tak 'pandai' bercakap? Macamana nak ajar membaca kalau bercakap pun slow.

Apa kita boleh buat ye?

DON'T PANIC,  kita cek dulu. Kekadang kita parents kata anak tak pandai bercakap sedangkan perkembangan bahasanya actually quite normal. But it's good to worry because kalau ada masalah kita boleh lakukan intervensi awal.

Selalunya kanak-kanak akan mula bercakap dengan banyak apabila menjangkau 2 tahun. 0 - 18 bulan merupakan tahap 'menerima bahasa' (receptive language). Bermula 18 bulan anak akan 'meluahkan' bahasa (expressive language).

Jom kita cek batu penanda(milestones) perkembangan bahasa.

1. Kosa kata(vocabulary) kanak-kanak 2 tahun lebih kurang 50 - 100 perkataan. Apabila menjangkau
3 tahun, kosa kata mereka seolah-olah 'meletup'. Your child's vocabulary will inrease a lot; to too many to count.

2. Kanak-kanak 2 -3 tahun boleh menamakan benda-benda yang biasa dilihat dan menamakan gambar-gambar objek. Mereka boleh juga  menamakan anggota badan. Mereka mula mengenali warna-warna asas. Mereka menggunakan ayat pendek ( 2-3 perkataan) untuk komunikasi.

3. Kanak-kanak 2 - 3 tahun bertutur menggunakan ayat pendek (2 - 4perkataan dalam 1 ayat).

4. Kanak-kanak 2 -3 tahun boleh memahami arahan mudah. They should be able to follow two-step commands; "Tolong ambilkan buku dan bagi mama."

Sekiranya kita dapati anak kita tidak dapat memahami arahan mudah, elok juga kita bawanya berjumpa doktor. Mintak doktor cek telinga. Takut-takut ada hearing problem ataupun ada ear infection.

5. Cek juga sekiranya anak kita bercakap dengan nada suara yang 'pelik' seperti serak, sengau atau kecil/halus. Kekadang kita parents tak perasaan anak ada masalah lidah pendek atau ada kecacatan di lelangit mulut( oral impairments). Teringat kisah anak doktor pakar kanak-kanak semasa belajar di tadika kami, gurunya notis dia ada problem sebut some sounds bila belajar membaca. So the teacher told the parents(both are doctors). To cut the story short they found out he had a short frenulum(lidah pendek). Masalah lidah pendek ini membatas pergerakan lidah. Alhamdulillah, after surgery he no longer had speech problems.

6. Cek persekitaran. Siapakah yang bersama anak kita most of the time daripada umur anak 0-3 tahun. Sekiranya penjaga anak kita(termasuk juga parents) tak banyak bercakap, maka tak peliklah anak lambat bercakap. Ada juga kemungkinan penjaga terlampau garang. Jadi perkembangan bahasa dan juga emosi anak akan terganggu. Ada juga parents atau penjaga yang suka tolong cakap bagi pihak kanak-kanak! Tak bagi peluang langsung anak nak meluahkan kehendak.
So if hantar kat orang jaga anak, buatlah spot check.

Ada beberapa perkara yang kita perlu tahu mengenai lambat bercakap(speech delay):

1.  Boys: Perkembangan bahasa boys lebih lambat daripada girls. Ada kajian yang mengatakan pada umur 16 bulan, boys menggunakan lebih kurang 30 perkataan manakala girls 50 perkataan.

2. Preemies: Bayi yang lahir tak cukup bulan agak lambat sikit bukan saja dalam perkembangan bahasa tetapi perkembangan lain juga.

3. Kembar: Menurut Speech Pathologists, 50% daripada kanak-kanak kembar mengalami speech delay.

4. Sakit telinga: Kanak-kanak yang seringkali mengalami jangkitan telinga semasa kecil (0-12 bulan), mungkin lambat bercakap kerana proses penerimaan bahasa, pada tahun pertama, terganggu.

5. Faktor keturunan: Sekiranya ada mak ayah atau datuk nenek(atau close family member) yang lambat bercakap, then possibility besar, anak akan lambat bercakap juga.

6. Dwi-Bahasa: Kanak-kanak yang membesar dengan 2 bahasa juga berkemungkinan lambat bercakap.
However by 5 years old the child is proficient in both languages.

Kesimpulannya:  Perkembangan pertuturan dan bahasa sebenarnya dipengaruhi NATURE dan NURTURE. If there are no medical issues, late talkers akan catch up dengan sendiri by 2 - 2 1/2 tahun.  Menjangkau 4 tahun, bahasa anak anda sepatutnya boleh difahami oleh semua orang. Sekiranya by 4years masih slow bercakap, it's good kalau parents buat temujanji dengan doktor. Early intervention can provide the help a child needs.



14 comments:

erranis said...

thanks..for the good info...

cepatmembaca said...

You are most welcome erranis.

HazeL said...

oohh my daughter pun lmbt bercakap.. walaupun dah 3 thn, byk vocab yg dia tak tau...kalo saya tanye 'sape name' dia tak boleh jawab..mybe sebb tak paham..

cepatmembaca said...

Hazel Don't give up. Keep on talking. Dia faham tu. Cuma luahan bahasa(expressive language) lambat sikit. Boleh try role play dgn doll untuk latih dia jwb soalan.

natura said...

Tq...macam anak saya kategori lambat bercakap.. Anak lelaki awai2 suka buat bunyi-bunyian je... Dia hanya diam sambil belajar... Bila memasuki tahun ketiga secara spontan dia bercakap then byk sangat perkataan dia cakap... So kalau anak lambat cakap jangan panik... Lain budak lain perkembangan nya....

cepatmembaca said...

So true AZENI AHMAD. Yang penting kita peka dan teruskan bercakap dengan anak kita. Kekadang motherly ( also fatherly) instinct will tell us anak kita normal ke tak.

Amyza Ajis said...

Anak saya.dah masuk 3 tahun 6 bln....masi tak bleh sebut mama dgn lurus.... :(
Tp bila saya suru apa2 cth suruh buka baju dan seluar utk p mandi dia fhm :)

cepatmembaca said...

Pn Amyza Ajis sy cadang pn buat temu janji dengan pakar. Sementara bertemu pakar Pn teruskan berbual dan bercerita dengannya. Mungkin anak Pn lambat bercakap kerana ada ahli keluarga terdekat mempunyai masalah yang sama. Kekadang anak lambat bet akan kerana membesar dlm suasana org tak banyak bercakap. Hanya pakar yg dapat memberi diagnos yg tepat. Intervensi awal amat penting.saya percaya seorang ibu dapat merasa samada anaknya just late bloomer atau ada masalah yg lebih mendalam.

mama_kidsbundle said...

Askm..sy ade ank kembar spsg.umo 3y 2mon....yg girl pndai sgt bckp..tp yg Boy lmbt skit..dia bole bckp sepatah2 cth..mama,papa,tok, nenek, busu,susu, cat,dog,car,bas,lori, eye,nose,kuku,neck etc... Ade dlm 40 pkataan...tp xpndai buat ayat pjg2..risau sy..

Unknown said...

Salam..very gud info..leh wat checking anak2 nnt hehehe

Thumbs up!
Jemput ke blog adaa ye utk info kesihatan

Www.adaa-inspiration.com

Unknown said...

Tq, Good Info..
Anak sy dah 2tahun lebih tak lancar berckap lagi,Risau juga.. arahan boleh je faham.

http://ibuzharifqusyairi.blogspot.com/

Unknown said...

Salam..ank sy boy 3 1/2 yr..die lmbt bcakap n kurg fhm bila dberi arhn.tp die dah knal sume huruf..1-20..shape n colors..n blh ckp terms in dwibhs sedangkn sy hnya ajr 1 bhs je memandangkn die lmbt bcakap..ble bg wooden blok die create sumthing bg sy level budak 7 thn..ini normal ke..ank sy kategori lmbt bckp atau mls bckp...

Unknown said...

Salam..ank sy boy 3 1/2 yr..die lmbt bcakap n kurg fhm bila dberi arhn.tp die dah knal sume huruf..1-20..shape n colors..n blh ckp terms in dwibhs sedangkn sy hnya ajr 1 bhs je memandangkn die lmbt bcakap..ble bg wooden blok die create sumthing bg sy level budak 7 thn..ini normal ke..ank sy kategori lmbt bckp atau mls bckp...

Unknown said...

Assalam..Anak saya boy preemie skrg 2thn4bulan..risau sgt msh belum dpt tutur ngan jelas..klu apa yg disuruh dia faham..suruh tunjuk sesuatu benda binatang dia faham...dia nk ckp balik ngan kita..dia buat body language...

Mohon bantu