Sunday, August 28, 2016

Hilang sabar anak tak ingat-ingat na ni nu.

GAYA kita mengajar anak membaca akan membantu atau membantut pembelajarannya. 

Di sini saya kongsi tips bagaimana kita boleh membantu anak kita membaca menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi untuk Bacalah Anakku dan jug Readeasy. 
1. Kita menyebut BUNYI bukan nama huruf. 

2. Kita mengajar bunyi mengikut SUSUNAN  buku.
 
3. Kita menggabung TEKNIK PELBAGAI DERIA VAK (visual, auditori, kinestetik) apabila mengajar (sebagaimana kami kongsi di dalam kursus). 
Guna kad imbas, kad huruf berpasir, bernyanyi, melakukan aksi asosiasi, demo gabung bunyi, menulis dan mengeja dengan jari. 

4. Kita TIDAK  MENGHARAP kanak-kanak menguasai konsep gabung bunyi dengan cepat pada peringkat awal 
( terutama anak 4 thn ). 
Kanak-kanak yang berumur 3,4 tahun akan mengambil masa yang lebih lama untuk memahami gabung bunyi. 

5.  Kita KONSISTEN menunjukkan proses gabung bunyi dan melakukan aktiviti LIHAT & BUAT, DENGAR & BUAT dengan anak ( Langkah pengajaran ini SANGAT penting). ULANG & ULANG & ULANG dalam pelbagai bentuk aktiviti yang menyeronokkan.
 
6. Kita sentiasa BERSEDIA membantu  anak mengingat/menyebut bunyi, membaca gabung bunyi suku kata atau perkataan dengan 🍭menyanyi lagu fonik , 🍭menunjuk kedudukan mulut/gigi/lidah, 🍭menyebut bunyi pertama dalam suku kata, 🍭menyebut kedua-dua bunyi dalam suku kata terbuka (buku 1 - 5), 🍭penggunakan jari/petunjuk ketika kanak-kanak membaca frasa/ayat. 

7. Kita JANGAN biarkan kanak-kanak TERSANGKUT lama; bimbing seperti di dalam langkah 6 atau terus sebutkan bunyi / suku kata / perkataan. 
Pada peringkat awal emosi anak perlu dijaga. 
Give them GOOD experience when learning to read. 

8. Kita MERAIKAN SETIAP kejayaan anak. 
      👏🏻👏🏻👏🏻 🏆🎁
🔴 dapat sebut bunyi
🔴 dapat membaca walau pun    sedikit. 
🔴 tamat setiap buku
🔴 tamat Buku 8 
🔴 dan lain-lain kejayaan

9. Kita fahamilah agak NORMAL untuk kanak-kanak selesa membaca buku lama 
( contoh Buku 1,2) & gentar untuk berpindah ke buku baru (Buku 3).  Bantulah mereka dengan lemah lembut. 

9. Keep calm, senyum & ketawa. Berseronoklah apabila mengajar. Berilah sokongan dan kata positif.
Fahamilah anak itu ada hari  perfomensnya bagus dan ada hari yang dia mundur. 



No comments: