Thursday, January 27, 2011

Pelat Lagi! Taya tuka tutu....

Banyak juga anak kecil yang tak dapat sebut bunyi /s/ dengan betul. Ada yang sebut /s/ jadi /t/. Ada juga yang sebut /s/ jadi /θ/, 'th'. Kedua -dua kesilapan berlaku kerana kedudukan lidah yang tidak betul.

Cuba kita sebut bunyi /s/. Apabila kita menyebut bunyi /s/ dengan betul, kita mengalirkan angin dalam mulut ke bahagian gigi depan dengan kedudukan lidah kita jatuh ke bawah( tidak menyentuh mana2 bahagian atas gigi depan).

Kesilapan menyebut /s/ jadi /t/ atau /
θ/ berlaku kerana lidah diletakkan di
1. belakang gigi atas hadapan atau
2. antara gigi atas dan bawah atau
3. di gusi keras belakang gigi atas hadapan,

lalu menghalang aliran angin ke hadapan mulut.

Tips daripada Speech Therapist untuk melatih anak sebut /s/ dengan betul.
1. Teknik gigit dan senyum
Minta anak lihat mulut anda. Modelkan Teknik Gigit & Senyum sambil mengeluarkan bunyi /s/.
Galakkan anak meniru anda.

2. Teknik Straw
Letakkan straw pendek di belakang gigi atas & tekan straw dengan lidah. Sebut bunyi /s/. Tarik straw keluar sambil menyebut bunyi /s/. Ulang meletak dan mengeluarkan straw sambil menyebut bunyi.

(Sila ke pautan Terapi Artikulasi Bunyi /s/ daripada The SpeechPathway)

Seterusnya sebagaimana dicadangkan oleh Heidi Hanks(Speech-Language Pathologist), latih anak menyebut 20 perkataan yang berakhir dengan bunyi /s/ seperti bas, ema
s, nipis, rebus dll. Kemudian dengan 20 perkataan yang bermula dengan bunyi /s/ (saya, sabun, sikat ...). Akhir sekali latih anak menyebut 20 perkataan yang mengandungi bunyi /s/(isi, basi, kerusi,...).

Apa yang perlu ibubapa dan guru ingat adalah anak-anak yang ada masalah menyebut bunyi boleh dilatih dan dirangsang untuk menyebut dengan betul. Mengikut Pakar-pakar terapi pertuturan, anak dapat menyebut bunyi /s/ dengan betul menjangkau umur 4 1/2 tahun. Tetapi masih normal anak 4,5,6 tahun tidak dapat menyebut bunyi /s/ dengan betul. Sesetengah anak hanya dapat menyebut bunyi /s/ dan /r/ apabila menjangkau umur 7 tahun.

So, jangan terlampau pressure anak kecil. Buat latihan sebut bunyi dalam suasana yang menggembirakan. Sekira anak anda tidak dapat sama sekali meniru menyebut bunyi, rujuklah anak anda kepada pakar terapi pertuturan di hospital-hospital.