Monday, May 27, 2013

Window of Opportunity(4)

JENDELA KEMAHIRAN MOTOR(Pergerakan)
Masa mula-mula terlibat dengan early childhood asyik tergambar baby naik motorsikal bila sebut motor skills atau kemahiran motor.

Dah lama sikit baru compute.
Motor = Pergerakan
Motor kasar(gross motor) = pergerakan yang melibatkan otot besar seperti berjalan, merangkak, berdiri, melompat, mengensot.

Motor halus(fine motor) = melibatkan otot kecil dan jari serta koordinasi mata dan tangan seperti menggenggam, mengoyak, menulis, membutang.

Menurut pakar-pakar pendidikan awal, masa paling baik untuk kanak-kanak menguasai kemahiran motor kasar yang asas adalah bermula bayi dalam kandungan sehingga bayi berumur 5 tahun dan untuk motor halus dari lahir hingga berumur 9 tahun.

So bagi peluang anak aktif secara fizikal seawal mungkin .  Dalam dunia hari ini yang penuh dengan gadget, ibu bapa lupa(ada juga termalas) untuk melakukan aktiviti fizikal dengan anak-anak.

Risau tak lama lagi(or may be sekarang dah ada?), wujud kanak-kanak yang tak tahu nak menangkap bola! (Si bongsu saya masih belum pandai naik basikal...)

Ada sesetengah tadika dan sekolah rendah yang telah mengurangkan masa untuk aktiviti luar/sukan kerana tak cukup masa untuk mengajar membaca atau akademik. Ada juga pengasuh taska yang tak rajin nak bawa kanak-kanak bermain di luar.

Menurut The National Association for Sport & Physical Education(NASPE), kanak-kanak sepatutnya terlibat dengan aktiviti fizikal selama 60 minit setiap hari. .


ACTIVE PLAY IS REQUIRED FOR HEALTHY BRAIN GROWTH

Wednesday, May 15, 2013

Window of Opportunity (3)

JENDELA PENGLIHATAN
Rangsang penglihatan bayi anda seawal mungkin. Kajian saintis mendapati sel-sel neuron berkaitan penglihatan, pesat berinteraksi di antara satu sama lain ketika bayi berumur 2 - 4 bulan: dan paling aktif bila bayi berumur 8 bulan. Visual acuity (Ketajaman penglihatan) develops from birth to about age 6. 'Binocular vision'(penggunaaan kedua mata serentak) develops between 1-3 yrs of age. Binocular vision penting untuk melihat objek 3D, meneka jarak dengan lebih tepat. Di antara masalah binocular vision adalah mata juling(cross-eyed) dan 'wandering eyes'. 

Jom kita rangsang mata baby kita:
1. Gantung mobile kad/objek hitam putih (bayi 0-3bln). 
This will help them learn to focus their eyes.  

2. Imbas kad hitam putih (bayi 2-3bln). Pegang kad 8-12 inci daripada mata bayi. Gerakkan kad ke kanan, ke kiri. This will help them learn to move their eyes(tracking).
Setelah bayi berumur 3 bulan, ganti kan kad hitam putih dengan pelbagai objek atau mainan yang berwarna-warni. 

3. Gantung mobile elastik pelbagai objek berwarna-warni (3-6bln).

4.Bacakan buku cerita bergambar. Point and name objects in the book. (3 bln +)

5.  Namakan benda-benda disekeliling bayi (6 bln+). 

As baby gets older you can turn this activity into something more fun by covering objects/toys with a blanket. Make sure a part of it is peeking out. Say "Where's your milk bottle?"

Pada peringkat awal(0-5 bln)  banyak mata babies nampak juling. Jangan risau sebab mereka sedang belajar menggunakan kedua-dua mata serentak dan juga 'tracking'. If their eyes are still crossed after 5 months of age, please see a doctor. 

Selamat Hari Guru 2013

A tribute to all teachers especially to those who have taught children to read and write.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
(Usman Awang, 1979)

Monday, May 13, 2013

Windows of Opportunity (2)

Brain development is a combination of genetics and the environment.  We know we can't do anything much with genes, but environment combined with nutrition and stimulation will make a whole lot of a difference.

Tahun pertama bayi merupakan peringkat perkembangan otak yang paling pesat.  Bayi dilahirkan dengan 100 ribu sel otak (neuron). Sekiranya bayi dibelai, dipeluk, dicium, dibacakan buku, diajak berbual, diajak bermain, diperdengarkan ayat-ayat suci Al Quran dan juga lagu-lagu, disusui ibu, maka ketahuilah otak bayi anda sedang dirangsang. Percayalah sejauh mana rangsangan otak bayi anda akan menentukan samada anak anda cerdik atau lembam, cepat atau lambat membaca, berkeyakinan atau penakut, petah bercakap atau berat mulut,   mudah berkawan atau  suka bersendiri, mempercayai (trusting) orang lain atau suka mencuriga.

Dalam erti kata yang lain , rangsangan dan interaksi sosial kanak-kanak sepanjang 3 tahun pertama adalah tersangat penting. Apabila otak bayi dirangsang, jaringan synapses akan menghubungkan sel-sel otak. Lebih banyak rangsangan lebih banyak jaringan berlaku. Lebih banyak jaringan lebih banyak pembelajaran.


Sebaik bayi dilahirkan mereka telah dibekalkan dengan 'hardware'(otak) terhebat untuk belajar. SubhanaAllah, Allah Maha Pencipta! Maka dari sinilah jendela peluang(windows of opportunity) anak kita mula terbuka.  Jendela peluang ialah masa terbaik (critical period) kanak-kanak mempelajari kemahiran-kemahiran tertentu. Ada di antara jendela ini yang akan tertutup pada masa yang berlainan dan ada juga yang akan terbuka sehingga kanak-kanak dewasa.

Dalam kita merangsang anak kita, adalah terbaik kalau kita tahu bila jendela-jendela in terbuka.

JENDELA BAHASA terbuka sebaik sahaja bayi dilahirkan sehingga berumur 7 tahun(Dr Patricia Kuhl). Period paling sensitif adalah diantara bayi berumur 6-10 bulan. So make sure you( atau pengasuh) talk(interaksi social) as much as you can to your babies.

Bagi ibu bapa yang nak anak pandai dua atau pelbagai bahasa, pastikan anak didedahkan kepada bahasa kedua(atau ketiga) sebelum berumur 7 tahun.  Untuk mendapatkan hasil yang paling berkesan, perkenalkanlah bahasa baharu ketika bayi berumur 6 - 10 bulan.

Walau bagaimanapun kajian Dr Patricia Kuhl mengguna mesin canggih MEG, telah membuktikan bayi pada umur ini TIDAK mempelajari bahasa melalui tv atau audio. Mereka mempelajari bahasa melalui interaksi sosial( dengan human beings).

I was thinking kalau nak anak pandai Bahasa Arab atau Quran bolehla hire tutor bila baby berumur  6- 10 bulan! Paling berkesan!

Di taska-taska pula, wujudkan sesi bermain(interaksi sosial) dengan bayi- bayi 6 - 12 bulan menggunakan bahasa selain daripada bahasa ibunda.

Sebagai contoh pengasuh memperkenalkan farm animals dalam bahasa Inggeris( Use plastic farm animals). Pengasuh boleh juga memperkenalkan huruf-huruf Al Quran menggunakan kad imbas Al Furqan kepada bayi (Rujuk AJAR ANAK KECIL MEMBACA AWAL, Ransangan semasa bayi berumur 6 -12 bulan, ms 20-21).

Duhai ibu bapa jangan terlepas peluang ini!


Saturday, May 11, 2013

Windows of Opportunity(1)

Walaupun banyak ibu bapa muda tahu betapa penting anak kecil perlu dirangsang, tapi banyak lagi yang terlepas peluang ini. Mungkin kerana tuntutan kerja, especially di bandar-bandar besar. Realitinya ibubapa keluar pagi masa anak masih tidur, balik malam anak dah tidur. So we have to find ways and means to make sure our children are not neglected. Kita tak nak miss windows of opportunity anak kita.

Siapakah yang akan mengganti kita untuk merangsang dan memupuk anak kita?
Mungkin pengasuh taska atau pengasuh di rumah.

Tips penting untuk memilih taska (selain daripada aspek pendaftaran, kebersihan dan facilities):
1. WARM WELCOME
Bila kita visit taska, penyelia/pengasuh taska menyambut kita dengan mesra. Saya cukup suka bila melawat taska/tadika, guru-guru semuanya manis muka dan memberi salam. Kita kan nak orang friendly jaga anak kita.

2. SOPAN TUTUR KATA & TINGKAH LAKU
Saya akan mintak izin untuk round taska untuk observe pengasuh-pengasuh. I will sit in a corner dan tengok tingkah laku dan tutur kata pengasuh. Saya nak pengasuh yang sopan kerana kanak-kanak kecil belajar melalui peniruan(imitation). Saya cukup allergic dengan pengasuh yang cakap kuat .

3. MEMENUHI KEPERLUAN INDIVIDU KANAK-KANAK
Kita faham di taska sorang pengasuh kena jaga sekumpulan kanak-kanak. Ada time makan, ada time tidur sama-sama... tapi kita kena perhatikan samada mereka peka keperluan individu kanak-kanak. Contoh yang mudah, ada sorang kanak-kanak yang hingus meleleh ketika time makan. Adakah pengasuh mengelap hingusya denga segera atau sibuk bagi makan aje.

4. FUN ACTIVITIES
 Bila kita happy dengan pengasuh, kita boleh bincang dengan penyelia taska mengenai program yang ada. Mintak tengok program in black and white. Taska yang bagus akan mempamerkan program terperinci di sekeliling taska. Bagus juga kalau di dinding-dinding taska ada foto kanak-kanak taska beraktiviti.

5. RATIO PENGASUH: KANAK-KANAK
Menurut Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak:
 a. 2 - 12 bulan, 1 pengasuh : 3 bayi
 b. 1 - 3 tahun, 1 pengasuh : 5 kanak-kanak
 c. 3 - 4 tahun , 1 pengasuh : 10 kanak-kanak

So dah kenal pasti taska terbaik untuk anak anda?  Ya sudah... tapi mahal laa!
Ok mungkin ada di antara kita yang menghantar anak kepada jiran untuk dijaga. Bolek juga.

Bagi saya yang paling penting kebersihan dan sikap pengasuh - sopan, penyayang dan rajin layan anak kecil. Kalaulah kita tak puas hati dengan aktiviti taska, kita boleh bantu.

Tips bantu pengasuh di rumah atau taska(yang daif):
1. BEKALKAN PERMAINAN & BUKU CERITA

 Saya masih ingat saya pernah menghantar anak saya untuk dijaga oleh seorang ibu yang agak berumur. Dia penyayang, berakhlak but not so educated. Orang susah tapi beragama. So saya bekalkan permainan(saya suka idea Busy Bags), flash card bergambar, kad huruf dan buku cerita mengikut tahap umur anak saya.

Kalau tak tau apa nak bekalkan mungkin buku saya AJAR ANAK KECIL MEMBACA AWAL boleh membantu.  Sebagai contoh saya bagi tips untuk ibu bapa bacakan buku bergambar kepada anak 3 - 6 bulan. Jadi kita boleh bekalkan buku sebegini kepada pengasuh anak kita.





Bila anak dah 12 bulan ke atas kita boleh bekalkan VCD Abu Ada Ayam atau Cory Cat(Ajar Anak Kecil Membaca  Awal, Tip 7, ms 23).

2.  KONGSI IDEA
You can also teach your child's caregiver how to sing those action songs!
Kita boleh juga tunjukkan pada pengasuh macamana nak buat Brain Gym dengan baby( Ajar Anak Kecil Membaca  Awal, Amalan 6, ms 18).

Apa-apa pun pesan kepada pengasuh supaya banyak bercakap dan berinteraksi dengan anak anda!