Friday, February 26, 2016

'Mazhab' Fonik Baru

Betulkah sekarang ada fonik baru?
Bukan baru... Diberi NAMA BARU. Terdapat 2 'mazhab' fonik. 

Erti FONIK dalam bahasa mudah ialah BUNYI

1. 'Mazhab' fonik baru = 
FONIK SUKU KATA = Bunyi suku kata. 
Kanak-kanak diajar membaca perkataan dengan menghafal pola suku kata terbuka & tertutup seperti ba bi bu be be bo, can cin cum cen cen con, lang ling lung leng leng long dan seterusnya. 

Fonik suku kata = hafal pola suku kata =  kaedah suku kata
Sebenarnya fonik suku kata berasaskan kaedah suku kata. 

Bolehkah anak diajar membaca menggunakan cara ini?
Tentu sekali boleh. 
Cuma dengan cara ini dan mana-mana cara berdasarkan KAEDAH SUKU KATA.  anak dikehendaki menghafal banyak pola. 
Pada peringkat awal, anak akan laju membaca perkataan mudah kerana belum banyak pola perlu diingat. Walau bagaimana pun, anak yang kuat daya ingatan akan dapat membaca dengan baik dengan cara ini. 
Tetapi banyak juga kanak-kanak menghadapi kesukaran apabila mula menghafal pola suku kata tertutup. Lebih-lebih lagi untuk membaca perkataan panjang
( perkataan pelbagai suku kata). 
Lihatlah berapa banyak pola suku kata yang perlu diajar dan dihafal. 

Ada juga yang menggabungkan kaedah ini dengan mengajar bunyi/fonem huruf juga untuk membaca suku kata tertutup.  

Sebagai contoh:
suku kata 'ma' + bunyi /n/ = man
Yang pasti ratusan pola juga perlu dihafal. 

2.  FONIK GABUNG BUNYI
 FONIK GABUNG BUNYI = hafal bunyi paling kecil (fonem) di dalam bahasa pertuturan yang diwakili simbol/huruf 
= Fonik Bacalah Anakku 

Anak diajar membaca dengan menggabung bunyi2 kecil(fonem) ini menjadi perkataan. 

Fonik Gabung Bunyi = hafal fonem + gabung bunyi = Fonik Bacalah Anakku = KAEDAH FONIK/FONETIK

Terdapat HANYA 31 fonem di dalam bahasa Melayu.


Anak tidak perlu menghafal ratusan pola dengan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku. Sesetengah anak mengambil masa untuk memahami konsep gabung bunyi ini. Tetapi dengan kemahiran menggabung bunyi, anak dapat membaca kesemua perkataan bahasa Melayu dengan mudah. Tak kiralah panjang atau pendek. Anak juga akan mudah membaca bahasa Inggeris sekiranya kaedah yang sama digunakan untuk mempelajari membaca bahasa Inggeris. 

Kaedah fonik gabung bunyi ini juga adalah kaedah yang paling sesuai untuk kanak-kanak yang sukar membaca(struggling readers). 

Kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku dan Readeasy Phonics pula memenuhi kriteria program bacaan berkesan kanak-kanak disleksia:
1. Berasas fonik
2. Multi sensori
3. Berstruktur & Sistematik
4. Arahan Pengajaran Terperinci 

Bacaan berkaitan Perbandingan Kaedah Fonik vs Kaedah Mengeja & Kaedah Suku Kata di http://cepatmembaca.blogspot.my/2013/03/aduyai-banyaknya-kena-hafal.html?m=1

1 comment:

Indra yusrianto putra said...

gan follback donk di blog ana http://www.tambahilmu.com/2016/06/berfikir-terbuka-berdasarkan-nilai.html