Saturday, December 3, 2011

Babyku Pandai Tulis!


Saya sering ditanya bilakah masa yang sesuai untuk mengajar anak menulis? Saya memberi peluang anak-anak saya menulis daripada umur 12 bulan. Bermula pada umur 12 bulan bayi anda mampu menggenggam alat tulis.

Tampalkan kertas mahjong di lantai dan berikan krayon untuk bayi anda menconteng. Pada peringkat umur ini bayi anda akan menggenggam krayon sambil menconteng(scribbling). Menconteng is your baby's first writing.

Jangan lupa untuk berbual-bual dengan bayi anda sambil dia 'menulis'. Tanya "Adik tulis ape tu?". Beri komen yang memberangsangkan seperti "Cantiknya tulisan adik !" atau "Besarnya bola adik lukis!".

Anda juga boleh berbual mengenai warna-warna yang digunakan oleh bayi anda untuk 'menulis'. Dengan berbual sebegini bayi anda akan memahami apa yang dicontengnya itu mewakili satu objek atau idea.

Anda juga boleh mainkan lagu(...how about 'Abu Ada Ayam'?) semasa sesi 'menulis' ini. Pelbagaikan rentak lagu laju atau perlahan untuk menggalakkan bayi anda 'menulis'.

Menjangkau 17/18 bulan bayi anda akan menunjukkan lebih minat dalam menulis dan lebih 'pro' menconteng. Jangan expect bayi anda boleh melukis gambar pada tahap ini ye. Bayi anda sekadar diberi peluang untuk meneroka apa yang dia boleh lakukan dengan krayon pelbagai warna dan kertas. Bayi anda juga berpeluang meniru apa yang abang, kakak dan anda lakukan dengan alat tulis. Don't forget to put up your baby's writing/drawing on the walls to show how much you appreciate his/her efforts.

Have fun with your baby!

Kenapa Saya Tak Guna Kaedah Fonik Bacalah Anakku(Bhgn 5)

Betulkah Kaedah Fonik Hanya Sesuai Untuk Mengajar Kanak-Kanak Secara Individu?
Guru Bahasa yang terlatih sepatutnya tahu bahawa mengajar kanak-kanak baca-tulis one-to-one adalah lebih berkesan daripada mengajar kanak-kanak secara berkumpulan(atau satu kelas). Apabila kanak-kanak diajar secara individu, guru dapat memberi perhatian penuh kepada kanak-kanak itu. Tak kiralah kaedah membaca apa sekali pun, pembelajaran one-to-one adalah lebih berkesan. Kemahiran membaca adalah kemahiran kompleks, mesti diajar & dilatih. Macam bawa kereta laa. Bukan setakat one-to-one lebih baik tapi mesti diajar setiap hari sehingga mahir.

So ibubapa dan Reading Tutor boleh mengajar kanak-kanak secara individu atau kumpulan kecil(4 orang/kumpulan) untuk lihat perkembangan yang ketara.

Walau bagaimanapun, di tadika atau sekolah reandah, guru bertanggungjawab untuk mengajar 1 kelas. Kalau cikgu blur macamana nak mengajar 1 kelas, jom join Kursus Intensif Bacalah Anakku.

Dalam Kursus Intensif Bacalah Anakku, kami sentiasa mengingatkan guru tadika & sekolah rendah untuk mengajar Bacalah Anakku menggunakan Kaedah Kelas. Di tadika, kami cadangkan guru mengajar Bacalah Anakku kepada seluruh kelas untuk 15-20 minit yang pertama. Guru boleh menggunakan 10 minit yang terakhir untuk mengajar kanak-kanak secara berkumpulan atau individu.

Kami juga cadangkan kepada guru-guru untuk menyemak pencapaian 4/5 orang pelajar setiap hari.

Walau bagaimana pun ada lagi guru-guru tadika yang mengajar Bacalah Anakku style zaman dolu(Penulis buku tak pernah say 'Yes' to this style). Cikgu panggil kanak-kanak one at a time untuk diajar , mungkin selama 5 minit sementara pelajar lain naik sheikh!! Cikgu oh cikgu, this is NOT teaching. Mungkinkah cikgu ni belum ikut kursus mengajar Bacalah Anakku? Atau mungkin terlalu selesa dengan style lama? Atau mungkin tak reti mengajar?

Atas apa alasan sekali pun, saya cadang cikgu stop dulu. Buat Lesson Plan untuk mengajar 1 kelas.. then execute. Bila habis kelas, buat penilaian & rumusan. InsyaAllah Pengajaran & Pembelajaran akan lebih hebat. Cikgu-cikgu boleh juga rujuk(ehem beli...) Buku Rancangan Tahunan Bacalah Anakku untuk membantu cikgu buat rancangan tahunan untuk pelajar 4, 5, 6 tahun dan juga pemulihan sekolah rendah.

Jadi tak betul la kalau buat statement Kaedah Fonik tak sesuai digunakan untuk mengajar 1 kelas. Let us train you to become the best phonics teacher!!!

Call Readnetwork 03-41435434 untuk kursus terdekat.

Thursday, December 1, 2011

Ajar Anak Kenal Namanya

Apa yang saya lakukan untuk mengajar anak saya mengenal namanya:
1. KAD NAMA
Tulis nama anak di atas kad dan tampal di beberapa tempat di biliknya/sekeliling rumah. Pastikan anda menggunakan huruf besar di permulaan namanya sahaja; sebagai contoh 'Sofia'. Saya menggunakan marker merah untuk menulis nama di atas kadbod putih. Beritahu anak anda, "Ini nama Sofia." Gerakkan jari dari kiri ke kanan pada kad nama sambil menggalakkan anak anda menyebut namanya. Do it as many times as you can everyday. Anda boleh melakukan aktiviti ini seawal anak berumur 18bulan.

2. BENDERA NAMA
Buat bendera nama untuk anak anda. Saya tulis nama anak di atas kertas segitiga dan lekatkan pada straw besar(yang kita guna untuk minum ABC). Setiap hari galakkan anak anda untuk memilih tempat untuk diletakkan bendera namanya. It could be in your beautiful crystal vase or just a plastic mineral bottle. Then give her a big hug!

Guru tadika pun boleh buat bendera nama untuk semua pelajar dalam kelasnya. Letakkan dalam pasu plastik dan jadikan rutin pagi anak tadika mengambil bendera namanya sambil berkata "Nama saya .... atau My name is....". Don't forget to praise each child. Aktiviti ini sesuai untuk anak 3 tahun ke atas.

3. MENEKAP NAMA
Saya akan laminate atau balut kad nama anak saya dengan clear plastic untuk dia melakukan aktiviti menekap. Berikan anak anda erasable marker pen & galakkan dia menekap namanya pada kad tadi. Galakkan anak anda membaca namanya. Aktiviti awal tulis ini sesuai untuk anak 3 tahun ke atas.

4. MENYALIN NAMA
Apabila anak saya menjangkau 5 tahun saya galakkan anak saya menyalin(copy) namanya. Saya akan tulis nama anak di atas kertas kosong. Seterusnya saya beri peluang anak saya menyalin namanya dengan krayon secara bebas(freehand, no lines whatsoever). Lekatkan hasil tulisan anak anda di dinding atas pintu peti ais.

5. MENULIS NAMA
Apabila menjangkau 6 tahun, beri peluang anak anda menulis namanya sendiri. Gunakan pelbagai alat tulis seperti krayon, berus, pensel & kapur untuk menjadikan aktiviti menulis lebih menarik. Anda juga boleh berikan anak anda kertas pelbagai warna untuk ditulis. Anak saya suka menulis di atas kertas hitam(sugar paper) menggunakan kapur yang dicelup dalam air. Menulis nama dengan jari yang dicelup dengan cat air juga cukup menarik. Lagi messy lagi best!

Sekiranya anda memberi peluang menulis nama dari awal, saya yakin anak anda dapat menulis nama sendiri sebelum melangkah ke Tahun 1. Yang mungkin problem sikit apabila ibubapa berikan nama yang terlalu panjang kepada anak.... sebagai contoh 'Tengku Puteri Aisyatun Muneerah'(nama rekaan semata-mata). So fikir-fikirlah bila nak menamakan anak.