Sunday, September 18, 2016

Maaf anak puan 'not doing so well'...

🤒 Apa nak buat??? Dah bulan June. Baru dapat report anak 6 tahun, ' not doing well in school', masih Buku 1 Bacalah Anakku (ehem!) dan tak reti duduk diam untuk belajar, kurang fokus. 

   Gambar hiasan


  🙌🏼 Tarikh nafas, keep calm. Semak 2 perkara. Semak ANAK. Semak GURU / pelaksanaan KURIKULUM tadika/sekolah

       👦🏻👧🏻 SEMAK ANAK
        🚩Semak perkembangan fizikal 
        - pergerakan lengan & tangan lemah. 
        Shaky & clumsy when doing things. 
        - belum boleh melukis bentuk2 asas bulat, segi tiga, segi empat, 
        tanda  + dan x. 
        - belum boleh menggunting garis lurus & melengkung.

        🚩Semak perkembangan kognitif ( understanding, paying attention, memory)
         - tidak kenal nama sendiri yang tertulis ( cannot recognize printed 
         name)
         - belum mengenal warna & bentuk.
         - tidak boleh menyatakan nama, umur, tempat tinggal.
         - sukar memahami peraturan permainan kanak-kanak tadika.
         - tidak minat main peranan.
         - tidak dapat melakukan aktiviti mudah ( sepatutnya boleh melakukan 
          aktiviti / memberi fokus selama 10-15 minit). 
         - tidak tahu membilang 5 objek. 
         - tidak memahami konsep sekarang, dahulu, akan datang. 
         - sangat sukar memahami konsep asas huruf. Sebagai contoh bunyi /a/ 
         diwakili oleh huruf 'a'.

         🚩Semak Perkembangan Bahasa
         - bahasa anak sukar difahami
         - sukar bertutur menggunakan ayat penuh ( sepatutnya sudah boleh menggunakan ayat yang terdiri drp 4 atau 5 perkataan).
         - tidak bertanya soalan.
         - tidak mengikut arahan mudah.

         🚩Semak Perkembangan Sosio-Emosi
         - tidak berminat bermain dengan kawan
         - tidak pandai berkongsi dan mengambil giliran.
         - terlalu pasif / terlalu takut / terlalu bergantung pada ibu bapa / guru
         - terlalu 'rigid' dengan rutin sekolah. Mengamuk apabila rutin berubah.

Sekiranya terdapat banyak DELAY di dalam perkembangan anak , sila hubungi pakar psikologi dan/atau terapis carakerja (occupational therapist).
Sekiranya tiada masalah dengan anak, sila semak guru/ pelaksanaan kurikulum tadika.

SEMAK KURIKULUM TADIKA & GURU
- Adakah kurikulum PLAY BASED, berorientasikan kanak-kanak?
- Adakah guru terlatih dan melaksanakan kurikulum dengan baik?
- Adakah guru sering bertukar ganti?
- Adakah kedatangan guru bagus?

Berbincanglah dengan baik dengan pihak sekolah.

Readnetwork menawarkan Creative Play Curriculum & Phonics reading programme for nurseries & preschools.
Hubungi 03-4143-5440 atau whatsap 013-628-6163