Saturday, June 28, 2008

Ajar Anak Membaca Awal(15)

Apa Yang Saya Lakukan Semasa Bayi Berumur 6 - 12 Bulan

12. Mempelbagai Bacaan Buku Cerita

Sebagai tambahan kepada amalan-amalan sebelum ini, saya akan mempelbagaikan bacaan buku cerita kepada bayi saya. Saya akan memperkenalkan buku cerita kanak-kanak yang bergambar menarik dengan teks bacaan yang pendek pada setiap muka surat. Buku
bermaklumat seperti My First Dictionary dengan ilustrasi yang menarik amat diminati oleh bayi saya.

Saya suka bacakan buku cerita sambil memeluk bayi saya supaya dia merasa tenang dan selamat. Saya jadikan sesi bacaan(aktiviti otak kiri) lebih menyeronok dengan membuat pelbagai bunyi dan mimik muka untuk menggalakkan dia merasai pelbagai emosi(aktiviti otak kanan) & berimaginasi (aktiviti otak kanan) walau pun masih kecil.

13. Mengimbas kad Bunyi Huruf B.Melayu, B.Inggeris & Quran

Untuk mendapat bayi yang pintar, Dr Susan Ludington menyarankan ibu bapa mengimbas kad huruf bermula bayi berumur 6 bulan. Imbas dan sebutkan bunyi 5 huruf BM/BI/Quran pada setiap sesi(rangsangan penglihatan & pendengaran).

Saya lakukan aktiviti ini dengan meriba bayi. Saya tunjukkan kad pertama 25cm daripada mata bayi dan menyebut bunyi huruf dua kali dengan jelas. Sebagai contoh /a/, /a/. Jangan sebut nama huruf seperti 'ei, bi si..(a, b, c..). Seterusnya saya akan mengimbas kad-kad lain dengan cepat bukan kerana bayi cepat jemu tetapi kerana mengimbas dengan cepat merupakan aktiviti otak kanan.

Selamat mencuba!


No comments: