Wednesday, August 13, 2008

Ajar Anak Membaca Awal(17)

Apa Yang Saya Lakukan Semasa Anak Berumur 2 - 3 Tahun

1. Beri Peluang Anak Bercerita
Pada peringkat umur ini kanak-kanak mempelajari bahasa dalam bentuk 'aktif(bercakap). Mereka mempunyai perbendaharaan kata yang banyak untuk meluahkan perasaan dan apa mereka tahu.

Bermula umur 2 tahun, anak-anak saya mula bertutur semakin banyak. Saya memberi peluang untuk mereka bercerita apa saja kepada saya. Menjangkau 2 1/2 tahun, kesemua anak saya bercakap dengan lancar dan tidak pelat walau pun pada peringkat awal mereka lambat bercakap.

Sekiranya anak anda pelat pada peringkat ini, usah risau, kerana pelat pada peringkat umur ini adalah normal. Yang penting, JANGAN pula KITA menggunakan bahasa pelat dengan anak kita.

2. Teruskan beri peluang untuk anak anda
menamakan objek-objek di sekeliling. Saya suka tanya anak saya "Itu apa?" bagi menggalakkan anak saya menamakan objek-objek di sekelilingnya dan dalam buku-buku.

3. Saya juga suka tanya
soalan terbuka(open-ended questions), menerangkan sesuatu(explain) & memberi maklumat kepada anak saya. Saya suka membaca kamus bergambar seperti 'TIMES GIANT BOOK OF 4000 WORDS' dengan anak saya. Saya akan bertanya "Budak lelaki baju oren ni buat ape ye dik?" untuk memberi peluang anak saya mencerita mengenai sesuatu. Beri pujian dan ''be an attentive listener'.

Saya juga memperkenalkan buku 'TUBUH SAYA'. Untuk buku sebegini saya bukan saja
menamakan anggota atau organ badan, tetapi menerangkan sesuatu mengenai objek itu dengan lebih lanjut. Sebagai contoh "Ini perut. Bila kita makan nasi, nasi masuk dalam perut kita."

Menurut
Tony Buzan, selain kasih sayang, makanan yang berzat(susu ibu) & oksigen, maklumat juga 'makanan otak' anak kita.

4. Apabila saya membaca buku cerita kepada anak saya, saya
menunjukkan perkataan/ayat yang dibaca menggunakan jari daripada kiri ke kanan. Ini akan mengajar kepentingan 'perkataan' apabila membaca & arah pembacaan(reading direction).
(Bill Gilham 'How To Teach Your Child To Read, Pg 19)

5. Dari umur 2 - 3 tahun saya juga memberi peluang anak-anak saya
menconteng bebas(scribbling) dengan krayon besar terutama Amirah(anak kelima) & Amir Haziq(anak keenam). Banyaklah 'mural di rumah nanti. Amirah cukup suka mewarna sedangkan Amir syok mengoyak pembalut kertas krayon dan seterusnya mematahkan krayon!
Tak apelah, peluang menconteng bebas akan
meningkatkan minat anak saya menulis nanti.

Apabila menjangkau 3 tahun, kedua-dua mereka boleh memegang krayon dengan ibu jari, jari telunjuk, jari tengah (pincer grip) & tidak lagi menggenggam.

Saturday, August 2, 2008

Ajar Anak Membaca Awal(16)

Apa Yang Saya Lakukan Semasa Anak Berumur 1 - 2 tahun

Kanak-kanak 1 - 2 tahun banyak menggunakan komunikasi tanpa lisan(nonverbal communication). Mereka mempelajari bahasa dalam bentuk pasif(mendengar) daripada dalam bentuk aktif(bercakap). Pada peringkat umur ini kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui meniru percakapan dan kelakuan ibu bapa dan siapa saja yang hampir dengan mereka. Menjangkau umur 18 bulan, kanak-kanak akan meluahkan bahasa(expressive language) yang telah dipelajarinya. Jadi tak peliklah jika anak kita berbahasa Indon sekiranya dia bersama bibik sepanjang masa!

1. Berbual-bual dengan anak menggunakan pelbagai intonasi dan nada suara. Gunakan ayat-ayat pendek dengan bahasa yang mudah dan jelas. JANGAN gunakan 'babytalk'.

2. Menamakan objek di sekeliling, di dalam buku bergambar dan kad imbas.

3. Bacakan lebih banyak buku cerita yang lebih panjang teksnya untuk memperkayakan bahasa mereka. Galakkan anak membelek buku semasa membaca buku cerita.

4. Mengimbas, menyebut & menekap(dengan jari) bunyi huruf BM/BI/Quran.

5. Menyanyi 'action songs' & 'finger play'.

6. Menyanyi & membuat aksi lagu fonik 'Abu Ada Ayam' dan/atau 'Cory Cat(Readeasy Phonics Song).

7. Melakukan aktiviti luar supaya mendapat sebanyak mungkin bekalan oksigen. Menurut Tony Buzan, selain daripada kasih sayang dan makanan berzat, oksigen juga merupakan 'makanan otak' bagi kanak-kanak. Berlari, melompat dan merangkaklah dengan anak anda.

8. Bawa kanak-kanak melawat pelbagai tempat(pantai, pasar, zoo) untuk memperluaskan pengalaman dan memperkayakan bahasa.