Apa Yang Saya Lakukan Semasa Anak Berumur 2 - 3 Tahun
1. Beri Peluang Anak Bercerita
Pada peringkat umur ini kanak-kanak mempelajari bahasa dalam bentuk 'aktif(bercakap). Mereka mempunyai perbendaharaan kata yang banyak untuk meluahkan perasaan dan apa mereka tahu.
Bermula umur 2 tahun, anak-anak saya mula bertutur semakin banyak. Saya memberi peluang untuk mereka bercerita apa saja kepada saya. Menjangkau 2 1/2 tahun, kesemua anak saya bercakap dengan lancar dan tidak pelat walau pun pada peringkat awal mereka lambat bercakap.
Sekiranya anak anda pelat pada peringkat ini, usah risau, kerana pelat pada peringkat umur ini adalah normal. Yang penting, JANGAN pula KITA menggunakan bahasa pelat dengan anak kita.
2. Teruskan beri peluang untuk anak anda menamakan objek-objek di sekeliling. Saya suka tanya anak saya "Itu apa?" bagi menggalakkan anak saya menamakan objek-objek di sekelilingnya dan dalam buku-buku.
3. Saya juga suka tanya soalan terbuka(open-ended questions), menerangkan sesuatu(explain) & memberi maklumat kepada anak saya. Saya suka membaca kamus bergambar seperti 'TIMES GIANT BOOK OF 4000 WORDS' dengan anak saya. Saya akan bertanya "Budak lelaki baju oren ni buat ape ye dik?" untuk memberi peluang anak saya mencerita mengenai sesuatu. Beri pujian dan ''be an attentive listener'.
Saya juga memperkenalkan buku 'TUBUH SAYA'. Untuk buku sebegini saya bukan saja menamakan anggota atau organ badan, tetapi menerangkan sesuatu mengenai objek itu dengan lebih lanjut. Sebagai contoh "Ini perut. Bila kita makan nasi, nasi masuk dalam perut kita."
Menurut Tony Buzan, selain kasih sayang, makanan yang berzat(susu ibu) & oksigen, maklumat juga 'makanan otak' anak kita.
4. Apabila saya membaca buku cerita kepada anak saya, saya menunjukkan perkataan/ayat yang dibaca menggunakan jari daripada kiri ke kanan. Ini akan mengajar kepentingan 'perkataan' apabila membaca & arah pembacaan(reading direction).
(Bill Gilham 'How To Teach Your Child To Read, Pg 19)
5. Dari umur 2 - 3 tahun saya juga memberi peluang anak-anak saya menconteng bebas(scribbling) dengan krayon besar terutama Amirah(anak kelima) & Amir Haziq(anak keenam). Banyaklah 'mural di rumah nanti. Amirah cukup suka mewarna sedangkan Amir syok mengoyak pembalut kertas krayon dan seterusnya mematahkan krayon!
Tak apelah, peluang menconteng bebas akan meningkatkan minat anak saya menulis nanti.
Apabila menjangkau 3 tahun, kedua-dua mereka boleh memegang krayon dengan ibu jari, jari telunjuk, jari tengah (pincer grip) & tidak lagi menggenggam.
No comments:
Post a Comment