Pengalaman pembelajaran paling penting dalam hidup kanak-kanak berlaku dia antara umur 0 hingga 6 tahun. Menurut Montessori fasa ini adalah 'sensiitve period' bagi kanak-kanak. Para saintis menamakan pasa ini sebagai 'critical period' & Piaget memanggil fasa ini 'sensorimotor period'.
Sebagai ibu bapa kita sepatutnya megambil peluang ini untuk memberi pengalaman yang bermakna & menyeronokkan kepada anak-anak kita. Jangan sekali-sekali tinggalkan anak sepanjang hari, 7 hari seminggu bersama bibik. If we miss this period, we will miss it forever. Ada duit sebanyak mana pun kemudian hari, you can never get this opportunity again.
Jom kita semak sekiranya anak kita sudah bersedia untuk belajar membaca secara 'formal'.
KEMAHIRAN PRA BACAAN:
Adakah anak anda dapat...
1. mengingat kembali apa yang berlaku di dalam sesuatu cerita? Retelling stories
2. menceritakan semula cerita yang telah didengarinya? Retelling stories
3. menyusun gambar bersiri? Sequencing pictures
4. meneka apa yang berlaku seterusnya apabila anda bercerita atau membaca buku cerita kepadanya? Predicting
5. bercerita dengan sendiri berpandukan gambar bersiri? Picture reading
6. mengenalpasti apa yang sama atau berbeza pada gambar? Matching & Discriminating
7. menyebut & membezakan bunyi-bunyi kecil dalam BM &/ BI seperti /b/, /m/ dan sebagainya secara lisan. Sound/Phoneme awareness
Sekiranya anak anda dapat melakukan aktiviti-aktiviti di atas, maka anak anda sudah bersedia untuk belajar membaca dengan lebih sistematik, tetapi masih dalam suasana yang menyeronokkan.
Sunday, July 19, 2009
Tuesday, July 7, 2009
KESEDIAAN MEMBACA 4
RANGSANGAN INGATAN PENDENGARAN
Ingatan pendengaran anak perlu dirangsang kerana apabila anak belajar membaca, mereka perlu ingat bunyi-bunyi huruf. Saya suka membuat pelbagai bunyi binatang dan menggalak anak meneka bunyi tersebut. Anda juga boleh bermain teka-teki bunyi pelbagai benda dengan bertanyakan "Bunyi apa tu?" apabila anda terdengar bunyi kereta, lori, vacuum cleaner, hujan atau apa saja.
Selain teka-teki bunyi, saya menggalak anak saya menepuk tangan atau mengetuk objek mengikut ritma(rythm); tepuk - tepuk, tepuk - tepuk - tepuk, tepuk - tepuk atau lain-lain ritma.
Apabila anak mula bercakap, saya juga menggalakkan anak mengulang sebut perkataan & ayat pendek. Kadang-kadang kami bergembira mengulang sebut 'nonsense words' seperti " b b b - b b b - b b b" atau "ta ta ti -
ta ta ti - ta ta ti" dengan pelbagai intonasi suara dan mimik muka.
Aktiviti-aktiviti di atas akan melatih anak anda mengingat kembali apa yang telah didengari. Jangan lupa jadikan sesi aktiviti ini menyeronokkan. Ketawa & bergembiralah dengan anak anda!

Subscribe to:
Posts (Atom)