Tuesday, July 7, 2009

KESEDIAAN MEMBACA 4

RANGSANGAN INGATAN PENDENGARAN

Ingatan pendengaran anak perlu dirangsang kerana apabila anak belajar membaca, mereka perlu ingat bunyi-bunyi huruf. Saya suka membuat pelbagai bunyi binatang dan menggalak anak meneka bunyi tersebut. Anda juga boleh bermain teka-teki bunyi pelbagai benda dengan bertanyakan "Bunyi apa tu?" apabila anda terdengar bunyi kereta, lori, vacuum cleaner, hujan atau apa saja.

Selain teka-teki bunyi, saya menggalak anak saya menepuk tangan atau mengetuk objek mengikut ritma(rythm); tepuk - tepuk, tepuk - tepuk - tepuk, tepuk - tepuk atau lain-lain ritma.

Apabila anak mula bercakap, saya juga menggalakkan anak mengulang sebut perkataan & ayat pendek. Kadang-kadang kami bergembira mengulang sebut 'nonsense words' seperti " b b b - b b b - b b b" atau "ta ta ti -
ta ta ti - ta ta ti" dengan pelbagai intonasi suara dan mimik muka.

Aktiviti-aktiviti di atas akan melatih anak anda mengingat kembali apa yang telah didengari. Jangan lupa jadikan sesi aktiviti ini menyeronokkan. Ketawa & bergembiralah dengan anak anda!

4 comments:

Amal said...

Assalamualaikum Pn Eliani,

Mungkin komen ini lebih sesuai jika dihantar menerusi email. Namun saya gagal menjejaki alamat email puan. Maaf sekiranya msg ini terlalu panjang.

Pertama-tamanya, saya amat bersyukur kepada Allah swt kerana akhirnya saya ditemukan dengan blog cepatmembaca.blogspot.com. Saya dapati, blog ini sangat-sangat berguna untuk ibu-ibu muda seperti saya yang masih baru belajar cara mendidik anak.

Sememangnya saya dan ibu saya telah menggunakan buku bacalah anakku - readeasy - baca jawi, untuk mengajar adik2 saya membaca sebelum mereka masuk ke sekolah, dan kini mereka telah pun berumur 14 & 15 tahun. Alhamdulillah, kedua-dua orang adik saya dapat membaca dengan lancar pada umur 5 dan 6 tahun untuk ketiga2 buku tersebut. Terima kasih banyak2! Hanya Allah swt sahaja yg dapat membalas jasa Pn & suami.

Kini, tiba pula giliran saya untuk mengajar anak saya sendiri yang kini berusia 3 tahun 6 bulan. Matlamat saya, adalah supaya dia dapat membaca buku sebelum umurnya 4 tahun. Saya telah cuba menggunakan Bacalah Anakku untuknya, (tetapi mungkin cara saya tidak kena dengan umurnya), dia baru dapat membaca dengan lancar sehingga halaman ke 3, buku 1. Apabila masuk sahaja kepada pengenalan a...i...u, adakalanya dia dapat mengingatinya dan adakala dia terlupa.

Sehingga kini, saya masih teruskan juga usaha untuk membacakan buku 1 Bacalah Anakku kepadanya setiap hari. Saya yakin, satu hari nanti, dia pasti boleh membaca dengan kaedah yang digunakpakai dalam buku ini. Dan dalam masa yang sama, saya juga cuba mengaplikasikan kaedah Glenn Domann untuk mengajarnya membaca Bahasa Melayu, dan alhamdulillah setakat ini, dia telah dapat mengingati 10++ perkataan.

Saya juga turut membacakan kepadanya pelbagai cerita dalam bahasa melayu dan juga english. Dan dia kelihatan sangat suka membaca, sehingga jika saya tidak dapat membacakan untuknya, dia akan membacakan cerita itu dengan bahasanya sendiri.

Pada pendapat puan, setakat ini, adakah cara yang saya gunakan untuk mengajar anak saya membaca adalah betul?
Bolehkah puan berikan saya tips untuk mengajar anak berusia 3 tahun menggunakan kaedah bacalah anakku? (kerana saya sangat percaya kepada kaedah yang digunakan oleh bacalah anakku melihatkan kejayaan adik-adik saya sebelum ini)

Seperkara lagi, adakah tabiat saya membacakan buku bahasa melayu dan english boleh membuatkan dia keliru? Jika ya, bagaimanakah untuk menghilangkan kekeliruannya?

Sudah lama saya ingin bertanyakan soalan ini kepada seseorang. Dan alhamdulillah, Dia temukan saya dengan blog Puan. Semoga saya akan ditunjukkan oleh Allah SWT panduan untuk menghadapi cabaran ini. Sehingga saat ini, walaupun dengan penuh tanda persoalan, saya masih yakin yang anak saya boleh membaca sebelum umurnya 4 tahun.

Saya sangat menghargai jawapan daripada puan. Terima kasih atas segala tunjuk ajar yang diberi. Semoga Allah SWT merahmati puan dan keluarga.

Yang benar,
Amalia Ruslan

p.s: Adakah puan akan berada di pesta buku Selangor 1 atau 2 Ogos (sabtu dan ahad) ? Saya teringin untuk berjumpa dengan puan di sana. Fyi, sekarang saya menetap di JB. Jika puan ada pada masa itu, InsyaAllah saya akan berusaha untuk datang ke sana.

cepatmembaca said...

Wslm.
TQ for all your support(& your mum too) all this while. Pengalaman saya mengajar 2 orang anak sendiri pada umur 3 tahun lebih sangat berbeza. Yang perempuan lebih cepat daripada anak lelaki. Dan dikira normal anak kecil cepat lupa. Supaya tidak cepat lupa,banyakkan teknik pelbagai deria semasa sesi belajar - sentuh huruf berpasir &/ bentukkan huruf dengan playdoh(ms 7 Buku Panduan BA). Buat Teknik Asosiasi Aksi(ms 5 Buku Panduan BA) untuk mengingat bunyi yang dipelajari. Juga perbanyakkan aktiviti permainan(ms 8 Buku Panduan BA atau Buku Permainan Kreatif) seperti 'Rebut Bunyi' & 'Memory game'. Kalau minat untuk belajar cara mengajar yang lebih hands-on, sila ikut kursus intensif BA.

Dan utk pengetahuan Amal, kaedah mengajar membaca Glen Doman(GD) adalah Kaedah Pandang Sebut. Kanak-kanak diajar membaca dengan menghafal setiap perkataan. Apabila kita mengajar anak 2 kaedah berbeza,ia akan menimbulkan kekeliruan. Kebatasan Kaedah GD adalaah anak dapat membaca perkataan yang biasa dilihat sahaja. Mereka tidak diajar untuk 'decode print' sebagaimana kaedah BA & anak yang menggunakan kaedah pandang sebut lambat menjadi 'independent reader'.

Membaca buku cerita BM & BI serentak tidak menimbulkan sebarang masalah malah digalakkan supaya anak 'kaya' dengan kedua-dua bahasa.

Saya yakin Amal akan berjaya mengajar anak Amal membaca. Jangan lupa jadikan sesi bacaan menyeronokkan.

Nor Azila said...

salam Pn.

Saya nk bertanya....macamana dan dimana saya boleh mengikuti kursus BA ini.

Terima Kasih

Siti Raihana said...

subhanallah. syukran puan eliani. banyak kongsikan tip dlm blog ni. sy amat berbesar hati. sy minta izin utk jd kan simpanan peribadi (print, and filekan) dan copy utk kongsikan dgn shbt2 yg lain.

masyaAllah sgt berguna utk ibu2 muda mcm sy.