Friday, August 21, 2009

Mengajar Membaca Dengan Bacalah Anakku 1

Tip Untuk Ibubapa :
  • Dapatkan Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku(murah je RM36.90. Lebih murah daripada gelang Zhulian yang paling murah).
  • Tengok VCD Panduan Mengajar Bacalah Anakku(Diberi percuma bersama set Bacalah Anakku)


PANDUAN AM MENGAJAR:
1. Sesi bacaan mestilah pendek, 5-10 minit saja, 2 -3 kali sehari.

2.Berhenti sebelum jemu! kalau tumpuan anak 2 minit aje, 1.59 minit mesti stop.

3. Pilih tempat sesuai - jauh dari gangguan. Jangan ngajar depan TV. TV tu kalau tutup dengan kain hitam pun distract anak-anak.

4. Keep cool. Parentsla ye. Sebaba saya cadang sesi ngajar pendek.. takut-takut parents yang tak boleh sabar.

5. Selalu puji masa ngajar. Lebih-lebih puji pun tak pe. Pandai sebut /a/, bagi hi-5.

6. Bila mengajar mesti ceria selalu. Jadikan sesi mengajar FUN. Buat Teknik Asosiasi Aksi, nyanyi lagu fonik & main seperti rebut-rebut bunyi, memory game dsbnya.

7.Kalau habis Buku 1, boleh belikan hadiah. Jack la sikit supaya dia seronok nak belajar Buku 2 pulak.

8. JANGAN LUPA, ajar 'BUNYI HURUF bukan nama huruf a(ei), b(bi, c(si).

9. Bila ajar baca perkataan, ajar GABUNG BUNYI, bukan ngeja sukukata atau hafal sukukata ba bi bu be be bo.

10. Akhir sekali, bila ngajar, ikut susunan buku.

Dan JANGAN sekali-kali PRESSURE anak. Seorang ibu atau bapa sepatutnya tahu samada anaknya dah ready atau tidak nak belajar membaca. Bila saya cadang boleh mula pada umur 3 tahun, kita pun terus ajar pada hari jadinya. Kita kena tahu tak semua ready nak belajar membaca pada umur 3 tahun. Sesetengah anak laki lambat sikit.

Mengikut kajian luar negara, bahagian otak yang digunakan untuk membaca bagi kanak-kanak lelaki 5 thn adalah sama dengan kanak-kanak perempuan 3 1/2thn. Kedua anak lelaki saya memang lambat menguasai kemahiran membaca berbanding dengan anak-anak perempuan saya. Tetapi semenjak 12 tahun menerbitkan Baalah Anakku, saya telah bertemu banyak anak lelaki yang dapat membaca pada umur 4 tahun lebih.

SELAMAT MENCUBA. Let's help build a NATION of READERS.

8 comments:

Nor Azila said...

Pn nik...seronok attend kursus ni...pada 19/12/09 di kl.

saya pun dh start ajar anak2 saya...semua seronok...bila mama ajar nyanyi...hihihi...
tp kena sabar skit lah...mengajar anak2 sendiri ni...

Anonymous said...

salam...cemana nak order ye buku ni?

(saya dah follow blog u..mailah follow blog saya

HAWA DALINA said...

Salam...hye sume..sy excitd sgt join dis blog..hurm nk tanya kursua bcalah anakku bila diadakan lgi ya??

cepatmembaca said...

wslm. TQ 4 following my blog.. Insy will follow urs.

.::mom::. said...

Jemput ziarah http://alif-marketingnservices.blogspot.com/

Tempahan kek lapis Sarawak..
dibuka sekarang~30 Julai 2010

*maaf iklan kat sini...

call/sms/email said...

salam..puan camner nak order buku nie erk...satu lagi anak sulung saya gurl umur 5thn 2bln..so skrg pra 6thn...masalahnyer cikgu die selalu complain lambat baca n tulis nk bnding ngn member2 sekelas...dia lebih suka bermain..saya dh x tau nk wat camne..kalau kat rumah tiap kali saya ajar dia akan menagis....tolong bagi petua ..tq

Adeline Biz Shoppe said...

sy ada beli buku anakku tu tp mcm susah ja dia nk dpt...anak sy lelaki baru 5 thn...
cth :
nu ni
na nu

bila sy suruh baca dr bawah ke atas dh tak ingat.

boleh guide kan ke?mmg sy ajar dia dlm 5-10min mcm tu...

Azaliz said...
This comment has been removed by the author.