Sunday, October 31, 2010

Di Antara Bacalah Anakku & Readeasy











Banyak juga orang bertanya saya kenapa anak yang tamat Bacalah Anakku boleh membaca akhbar dan buku-buku cerita B.Melayu dengan baik dan lancar, tetapi tak dapat membaca buku cerita B.Inggeris dengan baik selepas tamat Readeasy Phonics Beginner Level.

1. Sistem Bunyi Bahasa Melayu agak simple. Semua bunyi diwakili oleh satu simbol kecuali huruf 'e' yang ada dua bunyi. Satu bunyi / -->ə / seperti dalam perkataan 'emak' dan satu lagi bunyi /e/ seperti dalam perkataan 'ekor'. Di dalam Bahasa Melayu ada 31 bunyi kecil(fonem) sahaja. Dalam
Bacalah Anakku, anak-anak telah di ajar 28 bunyi kecuali bunyi /gh/ dan /q/.

2. Sistem Bunyi Bahasa Inggeris sangat kompleks. Ada 44 bunyi kecil dalam Bahasa Inggeris dan terdapat banyak simbol/ejaan alternatif(spelling alternatives) serta pertindihan kod(code overlaps). Sebagai contoh bunyi /k/ dalam B.Inggeris bole diwakili oleh simbol-simbol 'c', 'k', 'ck', 'ch', 'que'. Huruf 'a' pula ada 6 bunyi yang berbeza. Kesemua 'a' dalam perkataan-perkataan ini 'cat', 'last', 'walk', 'table', 'again' dan 'any', mewakili bunyi 'a' yang berbeza.

3. Tambahan pula 80% daripada perkataan Bahasa Inggeris mengandungi bunyi diftong
/ ɪə/, /eɪ/, /ɔɪ/, /aɪ/, /əʊ/, /eə/, /ʊə/ dan /aʊ/. Setiap diftong ini pula diwakili oleh pelbagai simbol. Bunyi dan pelbagai ejaan diftong ini tidak diajar dalam Readeasy Beginner dan Intermediate tetapi di dalam Advanced Level.
Di dalam Bahasa Melayu hanya terdapat tiga diftong dan beberapa vokal bergandingan dan setiap satu daripadanya diwakili oleh satu simbol ejaan.

Saya cadangkan anak-anak 6 tahun diajar B.Inggeris menggunakan Readeasy Phonics sehingga Intermediate Level atau selewat-lewatnya pada umur 7 tahun. Kemudian ajar mereka Readeasy Advanced Level(akan terbit) yang akan melatih mereka membaca perkataan-perkataan berdiftong,multisyllables dan juga ejaan alernatif bagi beberapa bunyi konsonan yang telah dipelajari.

Impian saya melihat anak-anak prasekolah di Malaysia dapat membaca, mengeja dan menulis BM dengan lancar. Dan apabila menjangkau 8 tahun mereka juga dapat membaca, mengeja dan menulis B.Inggeris dengan baik.
-->

Wednesday, October 27, 2010

Jom Tabik Guru Tadika Malaysia

Guru Tadika Malaysia adalah yang terHEBAT di dunia. Saya berpeluang bertemu dengan Cik Rachel Paulson dari UK (bukan Ulu Kelantan ye) yg datang ke tadika saya(Little Aulad Playschool, KB) semasa beliau melawat Kota Bharu. Beliau adalah 'Headteacher' di Infant School dekat London(sori cari gambar dia tak jumpa pulak).

Dia terkejut melihat anak-anak 6 tahun membaca bukan saja dalam B.Melayu, tetapi B.Inggeris, Quran dan juga Jawi! Beliau memberitahu, di England, anak-anak di ajar membaca dalam Bahasa Ibundanya SAHAJA sehingga berumur 8 tahun. Wow, itu yang saya nak tabik spring kat cikgu-cikgu tadika kita. Tak payah kita pandang ke luar, sebenarnya KITA lagi HEBAT. Keep up the good job cikgu. 'Berbanggalah' dengan penuh kesyukuran & kehambaan, kita cikgu tadika yang mengajar anak kecil tulis baca.

Saya masih ingat ada seorang ustaz(oghe klate) datang beli Bacalah Anakku di ofis kami(1998), berkata kepada saya, "Mati baghu tau gapo cikgu buat nih."
Suspen saya bila Ustaz sebut pasal mati. Saya tanya, "Bakpo ustaz?"
Jawab beliau, "Ni laa buat bok ajar budok baco, pahalo sapa dale kubur cikgu..."

Subhanallah walhamdullillah ... naik bulu roma saya... Cikgu, Allah telah memilih kita untuk diberi pahala yang berterusan dengan ilmu yang dapat dimanfaatkan bila kita ajar anak kecil membaca. Jom kita pegang tanggungjawab ni dan buat yang terbaik untuk pastikan anak-anak didik kita boleh membaca.

Jadi cikgu tadika ni cukup penat. Mudah burn out.. so ingat BONUS yg Allahswt nak bagi kita. Mulakan setiap hari selepas Solat Subuh untuk berdoa, "Ya Allah, semoga Engkau terima apa yang aku ajar pada anak didikku sebagai ilmu yang dapat dimanfaatkan..Amiin."

Di antara amalan saya sebagai cikgu tadika supaya tak mudah burn out:
1. Selalu baca Surah Alam Nashrah - dan hayati maksud ayat 5 & 6,
" Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".

2. Selalu baca doa " Allahummainni a 'udzubika minal hammi wal hazan(Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari perasaan sedih & duka), wa a 'udzubika minal ajzi wal kasal (& aku berlindung kpdMu drp sifat lemah & malas), ... hingga akhir doa.

BONUS HARIAN CIKGU TADIKA:
3 perkara yang akan menghubungkan Si Mati dengan dunia:
1. DOA anak yang soleh.
2. ILMU YANG DAPAT DIMANFAAT
3. SEDEKAH JARIAH

Tabik Spring kepada semua cikgu yang telah mengajar anak-anak saya membaca. Terima Kasih cikgu!

Sunday, October 24, 2010

Pandai Membaca Tak Pandai Menulis

Saya masih ingat ketika mengikuti taklimat Kurikulum Standard Prasekolah, seorang Jurulatih membuat statement guna Bacalah Anakku budak boleh baca apa yang dalam Bacalah Anakku sahaja. "Perkataan lain di buku lain, tak boleh baca," katanya. Tambah beliau "Abc tak tau, menulis pun tak pandai..."

Ye ke? Ya laa kalau mengajar tak ikut step yang dicadangkan. Ada pula yang mengajar dengan mengepit buku Bacalah Anakku yang cute tu di papan putih sambil mengajar 20 orang pelajar! Cikgu Oh Cikgu! Hmm tak pernah ikut kursus bacalah Anakku kut..

Langkah Asas Mengajar Bacalah Anakku:
1. Ajar
bunyi paling kecil dalam BM , /a/(aa), /b/(beh), /c/(ceh)... BUKAN a(ei), b(bi), c(si) atau ba bi bu be be bo....
Kenape? Sebab bila ajar bunyi paling kecil kemudian ajar gabungbunyi, anak tak perlu hafal beratus-ratus pola(ba bi bu be be bo... nga ngi ngu...ban bin bun ben ...). Lebih kurang 29 bunyi aje dah pandai baca semua perkataan BM.

2. Perkenalkan
huruf kecil dulu.
Kenape? Kerana huruf besar tak common, di awal ayat & untuk nama khas aje.

3. Latih
sebut bunyi kemudian baru tunjuk simbol/huruf.
Ikut susunan bacalah Anakku. Mulakan dengan bunyi-bunyi /a i u b/.

Kenape? Supaya anak faham apa yg diucapkan & apa yang dibaca terdiri daripada gabungan bunyi-bunyi paling kecil dlm bahasa pertuturan.

Untuk bunyi /a/, buka mulut luas-luas(pastikan anda gosok gigi dulu), baru sebut bunyi /a/ dengan jelas. Pastikan anak/pelajar tengok kedudukan mulut cikgu ye. Ulang sebut beberapa kali. Nyanyi Lagu Aksi Fonik, Abu ada ayam a a a.

4. Bila anak dah sebut dengan betul, baru
tunjuk simbol.
Bagitau "inila /a/". "Kemudian tanya bunyi apa ni?"

5. Ajar anak
tulis simbol bunyi /a/ mengikut cara huruf itu ditulis.

Kenape? Sebab huruf (a b c ng sy..) adalah lambang bagi bunyi dalam bahasa pertuturan. Menulis simbol bunyi akan menguatkan lagi ingatan anak kepada bunyi yang diajar. Juga apabila anak dilatih menulis simbol-simbol bagi bunyi, dia akan dapat meluahkan perasaaannya dalam penulisan.

Aktiviti penulisan bagi anak kecil(2-4thn) - menyentuh huruf berpasir, finger painting, membentuk huruf dengan doh, menekap & menyalin.
Bagi anak 5thn ke atas boleh menulis bebas & seterusnya di atas buku garis 3.

Jangan lupa tanya "Adik tulis ape tu?" Kalau dia jawab /a/(aa), bagi HI-5, untuk anak anda & juga diri anda yang telah mengajar dengan betul.

6.
Ajar gabung bunyi untuk membaca sukukata(kemudian perkataan).
Kenapa? Anak yang dilatih membaca dengan menggabung bunyi akan membaca perkataan-perkataan baru dengan sendiri(independent reader); membaca dengan lancar & memahami apa yang dibaca(expert reader). Tak tersangkut-sangkut macam budak yang belajar kaedah mengeja.

a. Guru tunjuk konsep gabung bunyi menggunakan kad-kad bunyi.Mulakan dengan gabungan na ni nu (ikut susunan bacalah Anakku).
b. Anak gabungkan kad-kad bunyi untuk membuat na ni nu.
c. Galakkan anak baca na ni ni dalam Bacalah Anakku.
c. Ajar anak tulis na ni nu.

Kenapa ajar gabung bunyi guna kad? Bukankah senang kalau hafal je na ni ni. Apabila kita mengajar gabung bunyi menggunakan kad, anak belajar secara 'multi-sensory'. Bukan guna mata saje. Otak kanak-kanak & juga kita belajar kemahiran kompleks, seperti membaca, dengan lebih baik sekiranya kita lakukan mengguna pelbagai deria.

7. Ajar anak
gabung perkataan menggunakan kad.
a. guru tunjuk dengan kad gabungan perkataan-perkataan yang diajar. Sebagai contoh kad 'a' dikawankan dengan kad 'na', jadi 'ana'.
b. beri peluang anak bina perkataan menggunakan kad.
c. Ajar anak baca perkataan dalam Bacalah Anakku, di atas papan putih, pada poster dll.
c. Ajar anak menulis perkataan yang dipelajari.

Sekiranya anda mengikut langkah mengajar di atas, saya yakin tidak timbul anak pandai membaca tapi tak pandai menulis. Tak timbul anak tau baca buku Bacalah anakku sahaja. Pasal abc pulak, pada peringkat awal belajar membaca memang lebih baik anak TIDAK diajar NAMA huruf a(ei) b(bi) c(si).. tapi dia masih lagi belajar bentuk & rupa serta 'bunyi' huruf.

Suka saya ingatkan. kepada semua yang mengajar anak kecil, jadikan sesi pembelajaran menyeronokkan. Jom ikut KURSUS INTENSIF BACALAH ANAKKU. Lawat www.readnetwork.com untuk mendapat maklumat lanjut.

Wednesday, October 20, 2010

Masih Belum Pandai Baca?

"Aduhai, risaula. Haziq(5thn) dah setahun masuk tadika. Tapi baru duk Buku 3 Bacalah Anakku."

Tension betul bila anak belum pandai baca. No worries(ehem). Kita semak a few things dulu.
1. Kaedah Mengajar.
Adakah guru mengajar dengan betul?(Jangan marah cikgu)
  • guna kaedah fonik gabung bunyi.
  • tunjuk gabung bunyi secara hands-on(menggunakan kad).
  • beri peluang pelajar bina suku kata/perkataan secara hands-on.
2. Jadual Bacaan.
Adakah tadika itu mengajar membaca setiap hari? kalau tak ajar setiap hari pelajar cepat lupa atau lambat menguasai kemahiran membaca. Bagi sesetengah pelajar, ibu bapa mesti beri sokongan di rumah.

3. Personality guru.
Asyik marah budak ke? Terlalu serius ke? Sesetengah pelajar takut, jadi tak minat nak belajar membaca. Ada yang terus tak buka mulut langsung.

4. Emosi Anak.
Adakah anak kita happy di tadika? Kekadang anak rasa tak selamat kerana dibuli di sekolah. Ada juga keadaan rumahtangga yang tidak tenang menyebabkan anak tidak dapat belajar di sekolah. Mungkin juga jiwanya celaru kerana baru dapat adik.
Saya teringat seorang ibu datang berjumpa saya menceritakan anaknya yang dah 2 tahun tak berapa nak cakap dengan dia kerana meninggalkan anak selama 3 hari untuk berkursus. Anak ini juga mengalami masalah untuk belajar.

5. Kesihatan Anak.
Selalu sakit ke? Pernah jatuh atau demam panas ? Ibubapa juga kena cek mata, telinga anak. Kekadang kita tak perasan anak ada eye problem. Pastikan juga anak faham arahan mudah, dapat meluahkan perasaan kerana sesetengah anak lambat membaca disebabkan masalah disleksia(akan dibincang dalam post lain).

6. Kesediaan Membaca
Ibubapa juga perlu lihat sejauh mana anak telah dirangsang sebelum dia dihantar ke tadika. Anak yang dibiar di rumah dengan bibik dan di biar menonton tv sepanjang hari, selalunya jadi 'late bloomer'. Lambat nak pick up, no focus, short attention span.

Zaman sekarang banyak sangat anak-anak yang tidak dapat menumpukan perhatian(short attention span), terlalu langsang, sehingga mudah-mudah aje guru label anak kita hyperaktif! Salah satu sebab adalah kerana pemakanan anak kita, PLEASE control sugar intake anak kita. Tak payah bagi makan gula-gula & coklat. TAk payah bagi minum coke. Tak payah belikan dia Twisties & Mister Potato lagi. High sugar intake menyebabkan anak menjadi overactive. Bila gula kehabisan, dia jadi sangat letih. Dalam kedua-dua keadaan, anak ini tidak dapat beri tumpuan. So susahlah nak ajar membaca.

Literasi bukanlah satu anugerah, tetapi hak setiap kanak-kanak. Ibubapa perlu 'team-up' dengan pihak sekolah untuk membantu mengembang potensi anak. Never give up on YOUR CHILD.

Tuesday, October 19, 2010

Kuku jadi tutu, kaki jadi tati....Tutu tati!

Salam semua. Selamat bertemu kembali.

Terima kasih pada semua yang masih visit this blog & bagitau how useful it is.

Alahai anak pelat. Bila masuk Buku 2 Bacalah Anakku, anak belajar sebut bunyi /k/. Memang agak susah untuk anak kecil menyebut bunyi /k/. Selalunya by 3 1/2 tahun, kakak-kanak dapat menyebut bunyi ini.


Tapi banyak juga ibubapa & guru tadika yang tanya saya, apa yang boleh dbuat untuk bantu kanak-kanak yang sukar menyebut bunyi /k/ (& juga /g/) walaupun sudah berumur 4, 5 tahun.


Kalau anak mengeluarkan bunyi /t/ instead of /k/, kedudukan lidahnya tak betul. Kuku jadi tutu, kaki jadi tati. Untuk mengeluarkan bunyi /k/, lidah sepatutnya jatuh
bawah bukan menyentuh gusi keras di belakang gigi atas. Bahagian belakang lidah juga akan terangkat dan menghalang angin.

Apa kita boleh lakukan:
  • Baring anak di lantai sambil menyebut /k k k/ (10 kali). Apabila baring, lidah akan jatuh ke bawah dengan sendirinya & memudahkan kanak-kanak menyebut bunyi /k/ dengan betul.
  • Minum dengan straw. Minum dengan straw melatih anak mengangkat bahagian belakang lidah(toungue retraction). Untuk latihan yang lebih berkesan, beri anak menghisap nestum(sederhana pekat)selain air. Anak yang dapat minum dengan straw sebegini sepatutnya dapat juga meletakkan lidahnya dengan betul untuk menyebut bunyi /k/( & juga /g/).
Anak juga boleh dilatih meniup buih(bubbles)
menggunakan straw besar (panjang 5cm).

  • Berkumur(gargle) sekiranya anak sudah pandai berkumur.
  • Tekan lidah anak kebawah, kepada kedudukan lidah untuk menyebut bunyi /k/ atau /g/, menggunakan 'tongue depressor' atau batang aiskrim. Latihan ini MESTI dilakukan oleh seorang Speech Therapist. Guru atau ibubapa dinasihatkan TIDAK melakukan latihan ini sendiri.
Kemudian latih anak:
1. Sebut bunyi sahaja sebanyak 10 kali berturut-turut, k k k k ...
2. Sebut sukukata bermula dengan /k/, ka ki ku ke ke ko
3.
Sebut perkataan-perkataan yang bermula dengan bunyi /k/. Contoh kayu. Latih sebut sekurang-kurang 20 perkataan.
4. Sebut perkataan-perkataan yang ada bunyi /k/. Contoh buku.
5. Sebut perkataan-perkataan yang berakhir dengan bunyi /k/. Contoh emak.
6. Sebut ayat-ayat yang terdiri daripada perkataan yang bermula dengan 'k'.
Contoh: Kasut kawan Kimi.
7.
Sebut ayat-ayat yang terdiri daripada perkataan yang ada bunyi 'k'.
Contoh: Muka Suki luka.
8.
Sebut ayat yang terdiri daripada perkataan yang berakhir dengan 'k'.
Contoh: Datuk gela
k terbahak-bahak.

Kesemua latihan di atas adalah latihan pertuturan(speech exercise) bukan membaca. Lakukan dalam suasana yang tenang dan menyeronokkan. Latihan-latihan di atas akan mengambil masa. Jangan stresskan anak. Make a game out of the exercises.

Sekiranya anak anda mempunyai masalah pertuturan yang ketara, adalah lebih baik untuk mendapatkan khidmat speech therapist di hospital-hospital.