Tension betul bila anak belum pandai baca. No worries(ehem). Kita semak a few things dulu.
1. Kaedah Mengajar.
Adakah guru mengajar dengan betul?(Jangan marah cikgu)
- guna kaedah fonik gabung bunyi.
- tunjuk gabung bunyi secara hands-on(menggunakan kad).
- beri peluang pelajar bina suku kata/perkataan secara hands-on.
2. Jadual Bacaan.
Adakah tadika itu mengajar membaca setiap hari? kalau tak ajar setiap hari pelajar cepat lupa atau lambat menguasai kemahiran membaca. Bagi sesetengah pelajar, ibu bapa mesti beri sokongan di rumah.
3. Personality guru.
Asyik marah budak ke? Terlalu serius ke? Sesetengah pelajar takut, jadi tak minat nak belajar membaca. Ada yang terus tak buka mulut langsung.
4. Emosi Anak.
Adakah anak kita happy di tadika? Kekadang anak rasa tak selamat kerana dibuli di sekolah. Ada juga keadaan rumahtangga yang tidak tenang menyebabkan anak tidak dapat belajar di sekolah. Mungkin juga jiwanya celaru kerana baru dapat adik.
Saya teringat seorang ibu datang berjumpa saya menceritakan anaknya yang dah 2 tahun tak berapa nak cakap dengan dia kerana meninggalkan anak selama 3 hari untuk berkursus. Anak ini juga mengalami masalah untuk belajar.
5. Kesihatan Anak.
Selalu sakit ke? Pernah jatuh atau demam panas ? Ibubapa juga kena cek mata, telinga anak. Kekadang kita tak perasan anak ada eye problem. Pastikan juga anak faham arahan mudah, dapat meluahkan perasaan kerana sesetengah anak lambat membaca disebabkan masalah disleksia(akan dibincang dalam post lain).
6. Kesediaan Membaca
Ibubapa juga perlu lihat sejauh mana anak telah dirangsang sebelum dia dihantar ke tadika. Anak yang dibiar di rumah dengan bibik dan di biar menonton tv sepanjang hari, selalunya jadi 'late bloomer'. Lambat nak pick up, no focus, short attention span.
Zaman sekarang banyak sangat anak-anak yang tidak dapat menumpukan perhatian(short attention span), terlalu langsang, sehingga mudah-mudah aje guru label anak kita hyperaktif! Salah satu sebab adalah kerana pemakanan anak kita, PLEASE control sugar intake anak kita. Tak payah bagi makan gula-gula & coklat. TAk payah bagi minum coke. Tak payah belikan dia Twisties & Mister Potato lagi. High sugar intake menyebabkan anak menjadi overactive. Bila gula kehabisan, dia jadi sangat letih. Dalam kedua-dua keadaan, anak ini tidak dapat beri tumpuan. So susahlah nak ajar membaca.
Literasi bukanlah satu anugerah, tetapi hak setiap kanak-kanak. Ibubapa perlu 'team-up' dengan pihak sekolah untuk membantu mengembang potensi anak. Never give up on YOUR CHILD.
3 comments:
Puan Nik
Saya amat berterimakasih atas ilmu yang dishare dalam blog ini.
Pasti ilmu ini menjadi benih dan subur merimbun dalam institusi kekeluarga pembaca.
Insyaallah
As Salam
Puan Nik,
alhamdulillah saya jumpa blog yang dapat mereleasekan sedikit tension saya...bukan apa,( anak saya Adib-6 tahun ) masih belum pandai membaca, dan dia cepat lupa, huruf pun selalu lupa, terutamanya huruf l,u...
saya terlalu risau..
utk pengetahuan Puan, dia (adib) suka ke sekolah.
seronok baca hasil tulisan puan..mungkinkah kita patut ajar mereka dari baby?ini apa yang saya jumpa..
http://tinyurl.com/babyhebat
Post a Comment