Friday, August 30, 2013

Suka-suka Foniks #2 / Phonics Fun #2

Caterpillar Sound Board
It took me only 2 minutes to draw the caterpillar and what nots. 
You will need:
1.  A small whiteboard. I bought mine at Daiso for RM5(and it's magnetic too).

2. A dice. I made mine by pasting round stickers on the dice and drawing dots(1-3 only) on them. 

3. Different coloured pom-poms 
( according to the number of players).

4. Different coloured markers for drawing. 



Taa daa. Sekarang boleh main sebut bunyi dengan anak anda. Bunyi/simbol d, g, l dan r adalah bunyi-bunyi yang diajar dalam Buku 4 Bacalah Anakku. Suaikan permainan di atas dengan tahap bacaan anak anda. You can also use this game for English, math, jawi and Quran(Furqan).

Mula daripada caterpillar ye. End dekat butterfly. 
Yang paling best, kita boleh sapu dengan mudah once our child  is bored with the game. Kita juga boleh sapu huruf dengan mudah untuk menggantikannya dengan huruf-huruf lain. 
Have fun!

Thursday, August 29, 2013

Tips Bantu Anak Membaca Lancar

Tip untuk kanak-kanak  membaca dengan intonasi yang baik dan lancar:
Modelkan pembacaan daripada awal; bermula daripada tahap membaca perkataan sehingga tahap membaca ayat.

TAHAP PERKATAAN / WORD LEVEL 
Guru/ibu bapa sebut perkataan, sebagai contoh 'kata'(bukan 'kate' ok) dan pelajar/ anak ulang sebut. 
Begitu juga untuk perkataan B.Inggeris. Guru/ibu bapa sebut 'dad'(Make sure bunyi /d/ di hujung perkataan meletup sikit) dan pelajar/ anak ulang sebut.

Saya lihat banyak kanak-kanak kecil, 5 dan 6 tahun boleh membaca B.Inggeris dengan baik dengan Readeasy Phonics, tetapi masih banyak ibu bapa dan guru yang terlupa tekankan correct pronunciation. So take note ok.

TAHAP FRASA / AYAT 
PHRASE / SENTENCE LEVEL
Pada tahap ini kanak- kanak akan sibuk fokus menggabung bunyi untuk membaca. So banyak kanak-kanak sounds choppy dan disconnected apabila membaca out loud pada peringkat awal. 

Saya cadang guru/ibubapa teruskan teknik model-ulang sebut untuk frasa dan ayat. However don't do it for every phrase and sentence. Peruntukkan masa tertentu. Kita tak nak ganggu flow kanak-kanak membaca. Kalau nampak anak membaca tersangkut-sangkut teruk sangat, cadang padanya untuk stop dulu. Tell them you know reading is hard work.  Get her/him to drink a glass of water... refuel. Then stand up and groove with your kids! Moving will help your kids focus better.

Kemudian boleh sambung semula. Minta anak pilih bahagian yang paling best dia suka baca       
( beberapa perenggan). Ibu bapa/guru mula dulu dengan membaca kuat, modelling kepada anak macamana membaca dengan lancar.

Kemudian ajaknya membaca ayat-ayat yang sama sekali lagi bersama-sama anda, samada dengan:
1. Pembacaan Korus (Chorus Reading)
Guru / ibubapa dan pelajar/anak membaca frasa atau ayat serentak kuat-kuat.

2. Pembacaan Bergema (Echo Reading)
 Guru / ibubapa baca sebahagian ayat, diikuti terus oleh pelajar/anak, macam bunyi echo.

Untuk aktiviti ini anda juga boleh menggunakan Set Poster Membaca Bacalah Anakku dan Readeasy Reading Poster Set




Sebagai 'guru' yang mengajar kanak-kanak membaca kita mesti faham mereka akan lebih lancar membaca dengan :
1. Mendengar orang lain membaca lancar.
2. Berlatih membaca lancar.

Make this activity fun by letting your child read in front of an audience(could be you sorang pun tak pe). Di tadika boleh dibuat di depan kelas. Lagi best recordkan bacaan anak/pelajar anda. Tentu sekali kanak-kanak akan rasa seronok dapat tengok video clip mereka membaca! 

Thursday, August 22, 2013

Suka-Suka Foniks #1 / Phonics Fun #1

Bermula hari ini, insyaAllah saya akan share VERY SIMPLE ideas camne nak jadikan mengajar membaca lebih menyeronokkan. The activities that I'll be sharing can be used for teaching reading using Bacalah Anakku and also Readeasy. Bestkan 2 dalam 1. You can use these games during circle time or in your reading class, at home or even when you are on the way to send your kid to school.

Suka-suka Foniks #1/ Phonics Fun #1
Pemain: 2 atau lebih.
Bahan: Tiada

Jom kita main game sebut perkataan *bermula dengan bunyi /b/. Kita gilir-gilir sebut ok?Mama/Papa/Cikgu mula dulu.
Jangan lupa kita tak boleh ulang perkataan yang sama ye.

Mama/Papa/Cikgu mula dulu. "Baju."

Galakkan anak menyebut perkataan lain bermula dengan /b/.
Kalau anak has problem give clues. Clues can be pictures(hmmm kena prepare dulu la ye) atau soalan-soalan seperti  "Bentuknya bulat. Aiman selalu sepak benda ni."    (Bola)
Saya suka clue yang ke dua sebab modal air liur. Boleh dibawa ke mana-mana. 
*Variasi permainan:  Perkataan berakhir dengan bunyi X.
                              
 Phonics Fun #1
Players: 2 or more
Materials: None
Let's play a game. We'll take turns to say words *beginning with /b/. Remember we must not repeat the same word in each round.

Mama/Papa/Teacher will start first. "Bag."

Encourage your child to say words beginning with /b/. If he/she has difficulties, give clues.
Clues can be picture cards or questions such as " It's round and you can kick it. ".  (Ball)

*Game variation: give words *ending with sound X.

Winner is the last person to give a word. Have fun!


Wednesday, August 21, 2013

Poster Carta Bunyi Bacalah Anakku

Hari ni nak share product baru Readnetwork, Poster Carta Bunyi Bacalah Anakku.



Kalau dulu kita beli Poster ABC untuk ajar nama-nama huruf, sekarang ni kita boleh beli Poster Bunyi/fonik Bacalah Anakku untuk ajar bunyi-bunyi asas yang paling kecil dalam Bahasa Melayu. Senang untuk ibu bapa dan guru buat quick revision. Bagitau anak/pelajar "Sebutkan bunyi huruf yang Mama/Cikgu tunjuk."

 Yang bestnya poster ni ajar anak kita(dan juga kita), macamana nak tulis setiap huruf dengan betul. Anak-anak seawal 2 1/2 tahun boleh diajar menekap huruf menggunakan jari(Kemahiran awal tulis). Use the poster to do this. Pastikan kita tampal poster pada paras mata anak kita ye.

Jangan lupa pada peringkat anak-anak sedang belajar membaca, pastikan mereka menyebut bunyi apabila ditunjuk huruf.

Kalau kita dah lupa nak sebut bunyi boleh tengok video di bawah.




Bila anak DAH LANCAR membaca, poster ni boleh pula digunakan untuk memperkenalkan nama huruf ABC(ei, bi, si).  Tunjuk huruf 'a' pada anak/pelajar dan tanya "Ini bunyi apa?" Anak/Pelajar akan menjawab "aa"(sebab kita dan ajar kan). Beritahunya, "Bunyi 'aa' namnya 'ei'." Ulangilah langkah ini untuk memperkenalkan ABC(ei,bi,si), nama huruf, untuk bunyi-bunyi seterusnya.

Poster ini sesuai digunakan oleh ibubapa, pengasuh taska, guru tadika/prasekolah dan juga guru sekolah rendah. Ia boleh ditampal di mana-mana saje. Gunakan Blutack Fabercastell sebagai pelakat supaya dinding rumah/sekolah tak rosak.


Get one today at www.readnetwork.com