Thursday, January 9, 2014

Tip untuk membantu anak yang tak pandai duduk diam membaca.

1. Tutup sebahagian daripada bahan bacaan.
2. Baca sikit, rehat. Buat aktiviti fizikal seperti melompat di atas trampoline atau pergerakan bersilang. Kemudian sambung membaca semula.

3. Beri anak mainan 'fidget' untuk dipegang sambil membaca seperti bola atau mainan plastik lembut.


4. Galakkan anak guna jari untuk menunjuk kepada perkataan yang sedang dibaca.

5. Apabila membaca kuat ( read aloud ),  latih anak berhenti dan ambil nafas di akhir setiap ayat. Sekira ayat itu panjang, ambil nafas pada tanda koma.

6.Jadikan sesi bacaan menyeronokkan. Membaca sambil bermain. 


http://mrsosterman.blogspot.com/2011_04_01_archive.html
Dapatkan buku Permainan Kreatif di sini http://www.readnetwork.sto.my


Selamat mencuba!

Perjalanan Melukis dan Menulis Anak kecil (15 bulan sehingga 5 tahun)

Tahap 1: Contengan bebas ( 15-22 bulan )
Pada tahap ini kanak-kanak bebas menconteng menggunakan alat tulis seperti krayon, berus cat,  pensel dan pen warna. Mereka juga boleh menggunakan jari mereka untuk menconteng ( finger painting ).  Pada tahap ini kanak-kanak belum dapat mengawal penulisan mereka.  Mereka hanya mampu membuat 'tanda' ( marks ) pada kertas. Kebanyakan mereka menggenggam alat tulis. Contengan yang dihasilkan adalah daripada pergerakan besar daripada bahu. Berilah mereka peluang untuk meneroka pelbagai alat tulis. 


Tahap 2: Contengan Terkawal ( 2 - 3 tahun )
Apabila kanak-kanak dapat mengawal otot-otot tangan dan jari mereka dengan lebih baik, contengan mereka akan lebih bermakna. Mereka mampu membuat garisan menegak, mendatar, condong dan bulatan yang terbuka 
( open circles ). Kanak-kanak pada tahap ini dapat mengulangi contengan yang sama. Pada tahap ini juga kanak-kanak akan mula memegang alat tulis dengan pegangan tripod
( menggunakan ibu jari dan jari telunjuk ). 


Tahap 3: Garisan & Bentuk ( 2 1/2 - 3 1/2  tahun )
Pada tahap ini kanak-kanak mula memahami mereka dapat menulis dengan membuat pelbagai bentuk garisan dan lengkungan. Mereka akan mula cuba menulis 'huruf' dan 'perkataan'. Pada tahap ini mereka akan mula memahami apa yang mereka tulis membawa makna. 
Pastikan anda melatih anak menulis huruf dengan betul 
( correct letter formation ) samada menggunakan alat tulis atau pun dengan jari ( finger painting & menyentuh huruf pasir ). Galakkan juga anak mencerita apa yang dilukis bagi merangsang perkembangan bahasanya. Ini adalah tahap awal latihan menulis karangan, iaitu melalui lukisan. 

Tahap 4: Lukisan Objek & Orang ( 3 - 5 tahun )
Pada peringkat awal kanak-kanak akan melukis dahulu dan melabelkan lukisan mereka kemudian. Mereka tidak merancang apa yang ingin dilukis. 

Kemudian mereka akan mula merancang apa yang akan mereka lukis.  Mereka mula melukis dengan lebih terperinci. Mereka dapat mengawal alat tulis dengan lebih baik. Mereka juga pandai menggunakan warna-warna. Pada tahap ini kanak-kanak mula memahami penulisan simbolik. Mereka juga sudah dapat membezakan di antara penulisan dan lukisan. Anda akan melihat anak anda melukis gambar dan kemudian menulis sesuatu pada gambar. Sekiranya anda pupuk kemahiran ini, anak anda akan lebih mahir menulis cerita pada hasil lukisannya - bakal 'penulis' hebat suatu hari nanti. 

Friday, January 3, 2014

Panduan Asas Mengajar Membaca

Mengajar membaca menggunakan Bacalah Anakku mau pun Readeasy bukannya susah. Kita hanya perlu:
1. Ajar bunyi 
A. Perdengarkan bunyi. "Dengar elok-elok dan tengok mulut cikgu."
( Guru tunjuk kedudukan mulut, lidah, gigi untuk bunyi yg akan diajar. )
Sebut bunyi 5 kali, perlahan-lahan ( pastikan anda 'pause' di antara sebutan bunyi ).
Tanya pelajar "Bunyi apakah yang kamu dengar?"
Puji sekira betul. Ulang sebut sekira silap.

B. Berlatih sebut bunyi, bersama guru, di dalam kumpulan.

C. Perkenalkan teknik asosiasi ( Rujuk buku panduan yang diberikan bersama buku.) 
Berlatih lagi sebut bunyi melalui teknik asosiasi, secara kelas, kumpulan dan individu.

2. Ajar bentuk dan rupa huruf
D. Perkenalkan simbol menggunakan kad imbas. Gunakan huruf kecil sahaja.
Ulang sebut bunyi sambil melihat simbol dan melakukan teknik asosiasi secara kelas, berkumpulan dan individu.

E. Sentuh huruf berpasir sambil menyebut bunyi dan /atau 

    membentuk huruf dengan doh.


3. Ajar GB untuk membaca
http://cepatmembaca.blogspot.com/2013/12/mengajar-gabung-bunyi.html
F. Demo guru.

G. Lihat dan buat

H. Dengar dan buat


4. Ajar mengeja ala fonik ( peringkat awal ).
http://cepatmembaca.blogspot.com/2013/11/suka-suka-fonik-7-fun-phonics-7.html

5.  Menulis ( menekap / menyalin / imlak )
Aktiviti penulisan berkaitan dengan apa yang dipelajari. Sekiranya baru belajar bunyi, pelajar akan tulis simbol sahaja. Sekira sedang mempelajari gabung bunyi suku kata terbuka, ajar pelajar menulis suku kata tersebut. Sekiranya sedang mempelajari perkataan, frasa dan ayat, ajar pelajar menulis perkataan, frasa dan ayat tersebut.


Aktiviti imlak.

Apabila mengajar mengikut langkah asas di atas, pastikan anda mengajar mengikut susunan buku Bacalah Anakku ataupun Readeasy kerana kedua-dua siri cepat membaca ini telah disusun secara sistematik berasaskan Kaedah Fonik.

Terdapat VCD sebut bunyi dan panduan mengajar bersama set buku-buku ini atau klik di sini http://youtu.be/cZBRGl9pqxY untuk bunyi ( fonem ) bahasa Melayu.

Cadangan produk yang dapat membantu guru untuk merancang dan mengajar Bahasa Melayu dengan lebih baik.
1. Pakej Bestari Bacalah Anakku

2. Poster Bacaan


3. Carta bunyi

4. Permainan Kreatif

5. Rancangan Mengajar

6. Penulisan Kreatif

6. VCD kaedah mengajar

Anda juga boleh layari www.readnetwork.com untuk lain-lain produk.

Walau bagaimanapun bersama set buku Bacalah Anakku, kad imbas kecil, vcd dan buku panduan mengajar sudah diberikan percuma.






Bagaimana Mengajar Anak Membaca Perkataan.

Untuk bahasa Melayu.
Pengajaran Kelas
Bahan:
1. Buku 1 Bacalah Anakku.
2. Kad a i na ni
3. Carta poket 

Setelah mengajar pelajar bunyi a, i, u, dan gabung bunyi na, ni dan nu, pelajar akan diajar membaca perkataan 'ana', 'ani'. 'ina' dan 'ini'.
1. Letakkan kad 'a'  di dalam carta poket dan minta pelajar membaca. ( /a/ )
2. Kemudian letak 'na' dan minta pelajar membaca suku kata tersebut. ( /na/ )
3. Dengan menggunakan penunjuk atau jari, minta pelajar membaca sekali lagi, 'a' dan 'na' ( yang masih dijarakkan).
4. Rapatkan 'na' kepada 'a'. Dengan menggunakan jari, minta pelajar baca 'ana' ( 3 kali).
5. Kemudian guru menyebut /ana/ dengan intonasi yang betul.
    Minta pelajar mengulangi perkataan tersebut beberapa kali. 
6. Ulang Langkah 1 - 5 untuk perkataan 'ani', 'ina' dan 'ini'
7. Beri pelajar aktiviti penulisan yang sesuai dengan tahap mereka. Menekap / menyalin / menulis (imlak) sambil guru melakukan semakan individu buku 1 Bacalah Anakku.
Rujuk video untuk semakan.
8. Main permainan bahasa 'Bingo Perkataan' atau 'Cuba ingat' dan lain-lain permainan yang sesuai di dalam Buku Permainan Kreatif.

Semakan individu:
1. Secara tidak langsung - Guru mengawasi aktiviti penulisan sambil meminta pelajar membaca perkataan 'ana', 'ani', 'ina' dan 'ini'.

2. Secara formal -  Menggunakan Buku 1 Bacalah Anakku, pelajar membaca perkataan yang dipelajari di dalam buku. Pastikan pelajar menggunakan jari untuk menggaris perkataan sambil membaca. Saya juga suka selak sikit-sikit perkataan untuk pelajar baca. Fokus pelajar akan lebih baik. Teringat sewaktu mengajar anak lelaki saya, dia akan mengatakan "Alaa banyaknya kena baca!", kalau buka semua.

PERHATIAN: 
1. Senyum dan beri galakan dan pujian sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Petua guru akan sentiasa awet muda!
2. Langkah pengajaran di atas boleh dibahagikan kepada 2 masa. Langkah 7 dan 8 tidak semestinya di dalam urutan. Aktiviti permainan boleh didahulukan daripada aktiviti penulisan.