Friday, October 17, 2014

Why We Should Understand The Different Stages Of Reading

Kita Ibu bapa dan guru-guru literasi mestilah memahami tahap bacaan anak/pelajar kita supaya kita dapat memberi sokongan dan bantuan yang tepat. Sokongan dan bantuan yang tepat akan membantu kanak-kanak mencapai tahap bacaan yang optimal.

TAHAP-TAHAP BACAAN ANAK KECIL berdasarkan Kaedah Fonik Gabung bunyi Bacalah Anakku dan Readeasy:
1. TAHAP PRA BACAAN / PRE READING STAGE ( 0 - 3 tahun )
 Bertutur, bermain, menyanyi, berpantun, melukis, menconteng/menulis, mengenal bunyi huruf (fonem) dan bacaan lantang (read aloud) oleh ibu bapa dan pengasuh.

2. TAHAP AWAL BACAAN / EMERGENT READING STAGE ( 3 tahun ke atas )
Menghubung kait bunyi huruf / fonem dengan simbol, menggabung bunyi suku kata ( untuk bahasa Melayu ), mendekod ( decode ) perkataan, membaca teks pendek; belum dapat memahami sepenuhnya apa yang dibaca.



Foto: Kanak-kanak 3 Dan 4 tahun di Pusat Jagaan Didik Literasi.
 
3. TAHAP BACAAN LANCAR / EARLY READING STAGE  ( 3 tahun ke atas )
Membaca dengan menggabung bunyi-bunyi huruf atau fonem-fonem dengan baik.
Memahami sedikit / sederhana apa yang dibaca.

4. TAHAP BACAAN MAHIR / EXPERT READING STAGE  ( 3 tahun ke atas )
Membaca dengan lancar dengan sebutan dan intonasi yang baik; membaca tanpa menggunakan jari sebagai penunjuk, membaca secara diam ( silent reading ); memahami banyak apa yang dibaca.


   Kanak-kanak 6 tahun yang mahir membaca di Tadika Didik Literasi.  
   Dapat sahaja hadiah buku cerita, kanak-kanak yang mahir membaca terus membaca dengan diam  tanpa bimbingan. 


Apabila kita, ibu bapa dan guru literasi memahami tahap bacaan kanak-kanak, maka kita tidak akan meletakkan ekspetasi yang luar biasa ketika mengajar mereka membaca. Kanak-kanak akan belajar membaca dengan tenang dalam suasana bebas stres. 
They will find learning to read enjoyable!
And WE too will find teaching reading easy and fun!

Wednesday, October 15, 2014

OK Ke Tidur Sekatil Dengan Baby

Tak OK kalau tidur sekali atas katil baby! Runtuh katil nanti!



Tapi BAGUS sekiranya ibu dan ayah tidur bersama baby di atas katil ibu ayah. Menurut kajian Barat terkini, otak bayi yang tidur sekatil bersama ibu ayah berkembang dengan lebih baik! Keenam-enam anak saya memang share katil semasa mereka bayi. Masa anak pertama dan kedua bersalin di Kanada dan US, share tilam. Hehe masa tu student. Mana la cukup duit nak bermewah beli katil. Beli tilam dan divan sahaja. Itu pun di Salvation Army. 

Kalau ada duit lebih, bolehlah invest beli king sized bed. Memang selesa sangat bila tidur dengan baby kecil dan juga Encik Ayah. Anak ke enam baru saya dapat merasa katil king. 



Amalan orang Melayu kita dari dulu lagi banyak ibu ayah tidur bersama bayi. Orang barat lebih suka mengasingkan bayi. Samada bayi mereka ditidurkan di dalam kot di bilik yang sama atau bilik berasingan. Sekarang kajian sudah membuktikan amalan orang Melayu ( juga amalan orang Asia yang lain ), tidur sekatil dengan bayi adalah lebih baik untuk perkembangan otak. Menurut Daily UK, http://www.dailymail.co.uk/health/article-2054393/Bad-news-dads-Babies-share-mothers-bed-age-good-hearts.html ), Baby sepatutnya tidur sekatil dengan ibunya sehingga umur 3 tahun kerana bagus untuk jantung baby. 'Bonding' ibu dan anak sangat sukar sekiranya bayi tidur berasingan. Kajian juga mengatakan bayi yang tidur berasingan mengalami masalah sahsiah ( behaviour ) apabila besar.

Saranan Dr Nils Bergman, daripada University of Cape Town, South Africa, tidurkan bayi baru lahir di atas dada ibunya untuk beberapa minggu pertama supaya perkembangan bayi optimal. 


Nak baby pintar? Amalkanlah tidur sekatil dengan baby. Peluk dan dakap baby. Baby yang berasa selamat dan disayangi tentu sekali otak dan fizikalnya membesar dengan baik. Begitu juga sahsiahnya.

PASTIKAN:
1. Tilam katil keras ( firm ).

2. Cadar tegang dan kemas. Jangan alas tilam dengan comforter/duvet yang boleh menyebabkan bayi lemas kerana duvet menutupi hidungnya.

3. Jangan letak bantal yang besar lagi empuk di sebelah baby.

4. Tidurkan baby terlentang ( on his/her back ). Ada juga yang mencadang baby tidur mengiring. Saya lebih suka mengiringkan anak supaya dia tidak mudah tertelan semula muak susu. Saya juga selalu menukar arah iringan baby sepanjang 3 bulan yang pertama supaya bentuk kepalanya cantik.

5. Baby tidur sebelah ibu. Ibu tidur sebelah ayah. Pastikan tepi katil selamat. Rapatkan ke dinding.
Do Not let baby sleep next to daddy.

6. Ibu tidur mengadap baby. Cuddle and snuggle to your baby. Sorry ye Encik Suami. Tell your husband it's not forever. He he paling singkat 3 tahun ya. 
Inilah masa BABY COMES FIRST. Please SPOIL your baby.

7. Bacakan doa-doa dan ayat Al Quran sebelum/ setelah bayi tidur. 

JANGAN tidur dengan bayi anda sekiranya anda
1. Over weight
2. Smoker
3. Tersangat letih
4. Makan ubat

Pilihan untuk ibu yang khuatir untuk tidur bersama bayi... Tapi saya lebih suka tidur bersentuhan kulit dengan bayi saya. The best bonding experience, EVER! 



Monday, October 13, 2014

Reading To Babies In The Tummy


1. Pilih buku yang sesuai. Saya suka pantun dan buku cerita yang ayatnya berima ( Rhyming ). 

2. Pilih tempat yang selesa. Samada di atas katil yang empuk atau pun di taman bertemankan burung berkicauan! ( Eh eh ayat berima! ) 
 
3. Bacakan buku dengan pelbagai intonasi dan nada suara.
Ada juga sesetengah ibu bapa merekodkan bacaan mereka dan memperdengarkan rakaman cerita kepada bayi di dalam kandungan. Pastikan volume tinggi sikit daripada pertuturan biasa.

4. Bacakan pantun dan/atau buku yang sama.

5. Usap baby dengan penuh kasih sayang sambil membacakan buku cerita kepadanya.

6. Enjoy your reading session with your beautiful baby.
Note: Dear Mummies, please make sure Daddies also read to your baby.

Dapatkan lebih banyak tips merangsang bayi di dalam buku ini:

Belian online di http://www.readnetwork.com/readnbaru/aakma.html


Friday, October 10, 2014

How to read to babies 0 - 3 months

1. Bacakan buku dengan PENUH ekspresi.
Baby loves your faces most mummy and daddy.

2. Gunakan pelbagai intonasi suara. Bayi cukup suka suara 'sing-song'.  
Baby loves your voices most mummy and daddy.

3. Anda boleh membuat pilihan untuk membaca atau tidak setiap perkataan di dalam buku.
You can just talk about the book. You can ask questions and you can answer them yourself because your baby is not able to talk yet!

4. Tunjuk dan namakan objek dalam buku sambil membaca.

5. Anda boleh membaca buku yang sama berulang kali. Anak berasa selamat dan selesa apabila buku yang sama dibaca. Children also learn most through repetitions.

6. Have fun reading!
Pilih waktu yang sesuai setiap hari untuk membaca buku kepada bayi anda.
Pastikan baby good mood, kenyang dan tidak mengantuk.
Mummy dan papa pun mestilah good mood juga ya.

Tuesday, October 7, 2014

Alahai Susah Jugak Nak Pilih Buku Untuk Baby!

Tak lama lagi saya akan menimang cucu yang pertama. Maka bertanyalah saya kepada anakanda saya  "Dah beli buku untuk baby?"
Jawab anakanda " Hmmm tak pandaila nak pilih. Jomla kita gi beli sama." 

Oh oh ... Sepatutnya anakanda mummy-to-be dah mula read aloud a favourite book to the baby in the tummy a few months ago! ( :0 )

To cut the story short I found it not that easy to pick the right books for newborns.
Komen anakanda saya, " Haa kalau datang sorang, lagi pening!"

I'm not that happy with what I've chosen because I couldn't find what I want at bookstore no.1.
We definitely have to go to a few more bookstores.

Let me share with you what kind of books you should get for your new born.

Untuk bayi baru lahir (0 - 3 bulan ) saya memilih buku yang mempunyai illustrasi 'high contrast' untuk menarik perhatian bayi kerana penglihatannya masih kabur.

Saya suka:
1. Buku bergambar hitam putih. Saya suka buku berkulit keras yang bersaiz sederhana.

2. Saya suka buku bergambar binatang ( animal picture books ). Sambil namakan binatang dalam buku boleh juga saya buat bunyi binatang. Aum! Aum!

Saya suka gambar binatang yang betul ( real animal pictures ).
Satu gambar pada setiap muka surat. 

3. Buku bergambar benda-benda biasa disekeliling bayi. Saya suka 'real pictures' juga.

4. Buku cerita bergambar tanpa atau sedikit teks. 

5. Buku cerita bergambar dengan teks berima (rhyming text)


6. Buku Bermaklumat yang simple.
    Buku mengenai warna.


 Buku nombor dengan teks berima ( rhyming text ).

Saya juga beli kad imbas.

Itu saja hasil tangkapan saya kali ini. 
Dapatkan buku pinky Ajar Anak Kecil Membaca Awal di sini http://www.readnetwork.sto.my untuk mengetahui cara yang betul membaca kepada bayi anda.

Monday, October 6, 2014

Tips BabyPintarBaca - Rangsanglah Baby Wahai Mummy dan Daddy

Menjadi ibu dan bapa adalah di antara kerja yang paling sukar dan mencabar sekiranya tiada persediaan. 
Jangan risau. Saya akan memudahkan anda menjadi ibu bapa yang cemerlang.

Tips untuk ibu bapa baru:
1. Lakukan sujud syukur sebaik mendapat berita gembira anda dikurniakan zuriat.

2. Dapatkan buku pinky Ajar Anak Kecil Membaca Awal. Mummy dan Daddy-to-be boleh baca, buat persiapan dan amalkan tips bersama.
Di dalam buku ini saya berkongsi tips bagaimana merangsang bayi daripada dalam kandungan sehingga usia 3 tahun. 
Dapatkan buku pinky di sini www.readnetwork.sto.my


Tips yang saya kongsi bukan sahaja akan memudahkan anak kecil membaca awal tetapi untuk juga memudahkan mereka menguasai kemahiran asas yang lain.
Sekira mummy-to-be kuat alahan, Daddy-to-be perlu banyak membantu merangsang Baby dalam kandungan. 


3. Jaga pemakanan.
Ibu yang mengandung perlu makan makanan yang berkhasiat;  makanan yang kaya dengan protin, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ibu yang mengandung juga digalakkan mengambil suplemen seperti vitamin D, asid folik dan omega 3 yang amat penting untuk perkembangan otak bayi. 
Daddy-to-be sila pastikan mummy makan yang berzat ya.


4. Banyak rehat.
Ibu mengandung yang stres tidak membantu perkembangan otak bayi yang sihat. Pastikan mummy mendapat cukup rehat dan gembira selalu. Daddy boleh membantu kerja-kerja rumah supaya jiwa mummy tenang terutama pada trimester terakhir.


5. Amalkan pemikiran dan visualisasi positif.
Bayangkan ( visualize ) diri anda sebagai ibu yang berjaya. 

 Bayangkan anda akan menyusu bayi anda. Bayangkan anda bermain dan bercakap dengan bayi anda dengan penuh gembira. Jangan lupa bayangkan juga Daddy cukup pandai melayan Baby.

6. Senaraikan dan book mark laman web yang memberi info bagus mengenai bayi dan kemahiran keibubapaan.

7. Lawati kedai-kedai keperluan bayi, kedai buku, laman-laman web dan forum keibubapaan.

8. Dalami dan kaji ilmu keibubapaan. Baca buku dan sertailah bengkel dan seminar.  Ilmu akan membantu bakal ibu dan bapa menjadi hebat.

9. Biasakan diri dengan bayi. 
Mummy dan Daddy-to-be boleh menziarah kawan-kawan atau waris yang baru mendapat bayi untuk mengambil peluang berinteraksi dengan baby. Bantu mereka menukar lampin atau mendodoi bayi.
Nanti tidak kekok menjaga baby sendiri.


10. Siapkan barang keperluan baby. 
Katil, pakaian, lampin, keperluan mandi, mainan bayi kecil (newborn) dan beg hospital. Jangan lupakan masukkan tamar dan/atau madu ke dalam beg hospital untuk mentahnik baby.


11. Buat senarai Things To Do sebaik baby dilahirkan.
      Azan, iqamah, menyusu, mentahnik dan mendoakan bayi serta bersegera menanam uri.