Tapi BAGUS sekiranya ibu dan ayah tidur bersama baby di atas katil ibu ayah. Menurut kajian Barat terkini, otak bayi yang tidur sekatil bersama ibu ayah berkembang dengan lebih baik! Keenam-enam anak saya memang share katil semasa mereka bayi. Masa anak pertama dan kedua bersalin di Kanada dan US, share tilam. Hehe masa tu student. Mana la cukup duit nak bermewah beli katil. Beli tilam dan divan sahaja. Itu pun di Salvation Army.
Kalau ada duit lebih, bolehlah invest beli king sized bed. Memang selesa sangat bila tidur dengan baby kecil dan juga Encik Ayah. Anak ke enam baru saya dapat merasa katil king.
Amalan orang Melayu kita dari dulu lagi banyak ibu ayah tidur bersama bayi. Orang barat lebih suka mengasingkan bayi. Samada bayi mereka ditidurkan di dalam kot di bilik yang sama atau bilik berasingan. Sekarang kajian sudah membuktikan amalan orang Melayu ( juga amalan orang Asia yang lain ), tidur sekatil dengan bayi adalah lebih baik untuk perkembangan otak. Menurut Daily UK, http://www.dailymail.co.uk/health/article-2054393/Bad-news-dads-Babies-share-mothers-bed-age-good-hearts.html ), Baby sepatutnya tidur sekatil dengan ibunya sehingga umur 3 tahun kerana bagus untuk jantung baby. 'Bonding' ibu dan anak sangat sukar sekiranya bayi tidur berasingan. Kajian juga mengatakan bayi yang tidur berasingan mengalami masalah sahsiah ( behaviour ) apabila besar.
Saranan Dr Nils Bergman, daripada University of Cape Town, South Africa, tidurkan bayi baru lahir di atas dada ibunya untuk beberapa minggu pertama supaya perkembangan bayi optimal.
Nak baby pintar? Amalkanlah tidur sekatil dengan baby. Peluk dan dakap baby. Baby yang berasa selamat dan disayangi tentu sekali otak dan fizikalnya membesar dengan baik. Begitu juga sahsiahnya.
PASTIKAN:
1. Tilam katil keras ( firm ).
2. Cadar tegang dan kemas. Jangan alas tilam dengan comforter/duvet yang boleh menyebabkan bayi lemas kerana duvet menutupi hidungnya.
3. Jangan letak bantal yang besar lagi empuk di sebelah baby.
4. Tidurkan baby terlentang ( on his/her back ). Ada juga yang mencadang baby tidur mengiring. Saya lebih suka mengiringkan anak supaya dia tidak mudah tertelan semula muak susu. Saya juga selalu menukar arah iringan baby sepanjang 3 bulan yang pertama supaya bentuk kepalanya cantik.
5. Baby tidur sebelah ibu. Ibu tidur sebelah ayah. Pastikan tepi katil selamat. Rapatkan ke dinding.
Do Not let baby sleep next to daddy.
6. Ibu tidur mengadap baby. Cuddle and snuggle to your baby. Sorry ye Encik Suami. Tell your husband it's not forever. He he paling singkat 3 tahun ya.
Inilah masa BABY COMES FIRST. Please SPOIL your baby.
7. Bacakan doa-doa dan ayat Al Quran sebelum/ setelah bayi tidur.
JANGAN tidur dengan bayi anda sekiranya anda
1. Over weight
2. Smoker
3. Tersangat letih
4. Makan ubat
Pilihan untuk ibu yang khuatir untuk tidur bersama bayi... Tapi saya lebih suka tidur bersentuhan kulit dengan bayi saya. The best bonding experience, EVER!
3 comments:
amalan orang Melayu memang begitu.
Betul Pn Monalita Mansor. Let's us keep it that way kan!
nice sharing.. Thanks..
Post a Comment