Thursday, February 12, 2015

Anak-anak Super Powers

Bagaimana mengajar anak-anak langsang membaca? Anak-anak yang membuak-buak dengan tenaga super powers?
Pastikan terdapat ADRENALINE PLAY sebelum sesi membaca (atau sesi pembelajaran yang lain).
Main sikit-sikit tak cukup untuk anak super powers ni.
Berlari sikit-sikit pun tak cukup.

Berlumba lari, melompat di atas trampolin, pillow fight, water fight dan gomol-menggomol ( rough and tumble play ) adalah di antara contoh adrenaline play. Pastikan ada elemen keseronokan dan sedikit takut sekali gus! Barulah terpancut adrenaline!



Sekira anda guru kelas membaca, dapatkan sokongan ibu bapa untuk melakukan Adrenaline Play di rumah sebelum datang kelas kerana faktor masa.
Saya tahu ada guru yang menjadikan aktiviti melompat di atas trampolin sebagai selingan aktiviti membaca.

Dicadangkan anak-anak super powers ini melakukan adrenaline play sekurang-kurangnya sekali sehari. Sesetengah yang terlajak lebih super power, memerlukan 2 kali adrenaline play dalam sehari.
Adrenaline play tidak digalakkan pada waktu hampir tidur.

Ibu bapa juga mesti menjaga diet anak-anak super power. No sugar please. No candies. No canned drinks.

Sekiranya anak-anak super power ini tidak daput menyalur keluar tenaga mereka yang membuak-buak , pasti mereka akan meragam, bad mood dan tiada fokus pembelajaran.  

Adrenaline play good for kids and and good for us!

No comments: