Monday, July 6, 2015

Menghubungkait Apa Yang Dibaca Dengan Realiti

Apabila membaca buku kepada bayi, interaksi anda dengan bayi adalah penting.
Hari ini saya memilih untuk membaca buku That's Not My Baby kepada Rayyan, 8 bulan. 
Kali ini saya dudukkan Rayyan di kerusi boosternya. 

Rayyan suka buku 'touch and feel'.

Lihatlah jari Rayyan menyentuh stokin 'squishy' bayi di dalam buku. 

Bacalah lantang dengan pelbagai intonasi. 

Hubungkaitkan apa yang dibaca dengan realiti. Ini akan melatih bayi mengaitkan  bahasa dengan alam sekelilingnya. 

Saya berkata kepada Rayyan "Look, the baby has a car" - sambil menunjuk kepada kereta di dalam buku. 

Saya seterusnya bertanya " Where's your car Rayyan? "
Rayyan terus memandang kereta mainannya kemudian mencapai kereta tersebut. 


Saya memberitahunya beberapa kali "This is your car. That is baby's car."

Kemudian saya menyambung bacaan ke muka surat seterusnya. 

Tips membaca kepada bayi saya kongsi di dalam buku pinky Ajar Anak Kecil Membaca Awal. 



Jadikan membaca lantang rutin harian bayi anda!
Www.readnetwork.sto.my

4 comments:

chedacheyu said...

Baguslah mulakan di peringkat awal lagi.. Akak masih mencuba utk anak umur 5 tahun. Good job.

CEO Mak said...

Perkongsian yang bermanfaat. Salam perkenalan ��Amalan baca buku untuk bayi harus dilakukan sehingga umur berapa ye?

Jemput singgah ke blog saya ye..
KENAPA BERAT BADAN BAYI KURANG

cepatmembaca said...

Tq chedacheyu.
CEO Mak TQ. Saya masih lakukan read aloud dengan anak sehingga dia berumur 10 thn. Kami bergilir membaca lantang. A good way to correct pronunciation.

nini said...

Cane nak dapat kan buku ajar anak membaca awal tu ek