Aerobik Jari - Piano Play, Spider Hand, Finger Tap
Membantu anak kecil membina kemahiran motor halus supaya mudah untuk mereka melakukan tugasan di sekolah.
Di antara tugasan sekolah yang memerlukan kemahiran motor halus:
1. Memegang pensel & menulis.
2. Memegang gunting & memotong kertas.
3. Memadam dengan pemadam pensel.
4. Mewarna dengan krayon & pensel warna.
5. Memicit botol gam.
6. Membuka & menutup tudung botol gam.
7. Membutang & membuka pelbagai butang.
8. Mengenakan & membuka zip.
9. Menggunakan sudu, garfu untuk menyenduk makanan.
10. Menggunakan jari untuk mengambil & hjmenyuap makanan.
11. Membuka & menutup bekas (tupperware).
12. Mengasah pensel dengan pengasah pensel.
13. Urusan bilik air (toileting).
14. Projek kraf - melukis; melipat, merenyok, mengoyak, menampal kertas; mengecat dengan pelbagai berus, dan lain-lain.
15. Memakai & membuka kasut (sandal, kasut velcro).
16. Mengikat tali kasut.
17. Memakai & membuka anak tudung & tudung untuk kanak-kanak perempuan.
18. Ketahanan menulis.
Cadangan saya:
1. Demo satu aerobik jari dahulu.
2. Latih kanak-kanak untuk ikut.
3. Apabila anak sudah mahir, intergrasikan dengan isi pdp.
Sebagai contoh sambil tap jari, sebut bunyi atau nyanyi lagu Abu Ada Ayam atau Cory Cat atau membilang; mengenal warna/bentuk.
Sila klik link ini https://youtu.be/1tL5-WFv2WE
Jadikan aerobik jari selingan pembelajaran yang menyeronokkan.
No comments:
Post a Comment