RANGSANGAN INGATAN PENGLIHATAN
Di antara faktor penting untuk cepat membaca adalah kekuatan daya ingatan. Yang bestnya, daya ingatan seseorang boleh ditingkatkan.
Saya tingkatkan daya ingatan penglihatan anak-anak saya dengan pelbagai 'memory game'.
MEMORI GAME GAMBAR HITAM:
Saya akan lukis lakaran objek yang biasa dilihat anak saya seperti ikan, kucing, gelas, botol susu dll, di atas kad putih & mewarnanya hitam dengan marker. Kemudian saya akan berkata "Cuba adik teka ini gambar apa?". Anda juga boleh memotong bentuk objek di atas kertas hitam & menampalnya di atas kad putih.
MEMORI GAME ZAM ALA KAZAM:
Apabila anak saya berumur 2 - 3 tahun saya akan meletak 2 objek(yang dikenali oleh anak) di atas dulang. Namakan objek-objek tersebut. Kemudian saya tutup kedua objek dengan kain, nyanyi 'zam zam ala kazam' dan menyembunyikan salah satu. Tanya anak "Eh, eh apa yang hilang, dik?"
Setelah anak dapat menamakan objek yang hilang dengan mudah, tambahkan satu lagi objek menjadi 3 dan seterusnya.
MEMORI GAME TEKA-TEKI GAMBAR:
Saya akan lukis gambar objek yang separa siap dan galakkan anak untuk meneka gambar tersebut.
Aktiviti - aktiviti di atas amat mudah tetapi cukup berkesan untuk meningkatkan daya ingatan anak-anak kita.
Pastikan anak tidak mengantuk semasa bermain dengan anda. Dan mak & abah mesti cool! Have fun!
3 comments:
Assalamualaikum :)
Ssya tertarik dengan artikel ini. Pensyarah saya juga pernah mengatakan hal yang sama ketika kuliah. Saya mohon izin untuk 'copy' artikel-artikel di blog ini untuk simpanan peribadi saya. Terima kasih :)
Wslm. Silakan. Saya gembira artikel ini menjadi rujukan AdH. Faktor daya ingatan memang penting dalam menjadi kayu pengukur kejayaan anak kecil membaca awal. All the best in your studies.
Post a Comment