Teringat satu kes di Kerteh, seorang anak lelaki yang tersangat aktif di tadika. Cikgu angkat tangan surrender tak tau apa nak buat. Of coursela, pada masa tu, anak ini masih tak boleh membaca sebab tiada fokus. Kebetulan di tadika tu ada seorang pegawai lelaki yang incharge tadika. Pegawai ni telah berjaya tolong anak lebih tenaga tadi. Dia cerita setiap pagi dia akan berlari 2x keliling padang(padang bola tau) dengan anak lelaki tadi. So bila masuk kelas, anak tadi dapat tumpu lebih perhatian.
Pendekatan yang sama dibuat oleh seorang guru pendidikan khas di Putrajaya. Anak-anak hyper diajar membaca dalam bilik kosong, supaya tiada distractions. Sesi bacaan diselang dengan aktiviti melompat atas trampolin.
So penting untuk kita ingat, lifestyle 'kurung' anak di rumah, tengok TV, main psp menyebabkan anak-anak tak berpeluang untuk cergas fizikal. Begitu juga rutin tadika yang 'mengurung' pelajar. Kita kena bagi peluang untuk anak-anak kita bersenam. Jadikan senamrobik sebagai sebahagian daripada program tadika.
Saya juga mencadangkan guru & ibubapa melakukan BRAIN GYM dengan anak-anak yang mencabar(bukan bermasalah ye..), terutama sebelum kelas membaca.
BRAIN GYM
Merupakan senaman mudah (simple movements) untuk merangsang fungsi otak (stimulate brain function) yang diasas oleh Dr Paul Dennison. Dalam tahun 1960an Dr Dennison merupakan seorang guru sekolah kerajaan & seorang 'reading specialist' yang banyak berurusan dengan kanak-kanak dan juga orang dewasa yang kurang upaya. Menurut beliau 'BRAIN GYM' dapat membantu kanak-kanak juga orang dewasa meningkatkan fokus, daya ingatan, keseimbangan dan mengurangkan stress. BRAIN GYM bukan saja membantu meningkatkan prestasi akademik tetapi juga sukan.
Saya telah memuatkan pautan BRAIN GYM di blog ini untuk bacaan lanjutan.Senaman di bawah, yang dikenali sebagai PACE, di asas oleh Dr Paul Dennison & isterinya Gail.
1. MINUM SEGELAS AIR
Menurut Dr Carla Hannaford(seorang Neurophysiologist & penulis buku 'Smart Moves'), minum air amat penting 'to grease the wheel', terutama dalam suasana stress - seperti sebelum exam. Bila kita stress, kita akan berpeluh & kekurangan air. Ini akan mengurangkan konsentrasi kita.Di setiap Learning Centre di tadika saya, kami letak sebotol air untuk pelajar minum sebelum kelas bermula (Ha ah.. ramai pulakla yang nk ke toilet!)
2. Merangsang 'BRAIN BUTTONS'
Senaman ini membantu melancar pengaliran darah ke otak yang akan 'switch on' fungsi seluruh otak. Pengaliran darah ke otak yang lancar akan meningkatkan konstrentasi yang merupakan faktor penting dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan pelbagai lagi.
- letakkan ibu jari & jari telunjuk(tangan kanan) yang dijarakkan, di lekuk(slight indentation) di bawah tulang selangka(spt dalam gambar). Tekan & rangsang bahagian lekukan tadi (adoi susahnya nak terjemah.. sorry ye kalau tak tepat.)
- pada masa yang sama letak tangan kiri di atas pusat(belly button). Tekan kedua-dua bahagian(di bawah tulang selangka & bahagian pusat) selama 2 minit.
3. Pergerakan 'CROSS CRAWLS'
Pergerakan bersilang ini akan membantu mengkoordinasi bahagian otak kanan & kiri. Ini akan membantu pelajar dalam menguasai kemahiran mendengar, membaca, mengeja, menulis & kefahaman.
- letak tangan kanan ke atas lutut kiri yang diangkatkan. Buat pergerakan yang sama dengan tangan kiri dan lutut kanan (seperti pergerakan 'marching').
- Buat pergerakan ini selama 2 minit sambil duduk atau berdiri.
4. Pergerakan 'HOOK UPS'
Pergerakan ini dapat membantu menenangkan perasaan gemuruh & meningkatkan konsentrasi biasanya sebelum exam, temuduga atau public speaking.
- Duduk atau berdiri.
- Silangkan kaki kanan ke kaki kiri di pergelangan kaki.
- Silangkan tangan kanan ke tangan kiri di pergelangan tangan , masukkan ke dalam. Letakkan tangan yang bersilang tadi di tengah dada.
- Bernafas dengan baik selama beberapa minit(sehingga hilang gemuruh) dengan tangan & kaki dalam posisi di atas.
SELAMAT MENCUBA!
No comments:
Post a Comment