Membaca menggunakan Kaedah Bacalah Anakku adalah dengan menggabung bunyi atau 'blending' dalam Bahasa Inggeris. Dalam Buku 1, kanak-kanak mempelajari 3 bunyi vokal /a i u/ dan 2 konsosnan /n b/.
Pada peringkat permulaan(Buku 1-5), kanak-kanak akan diajar menggabung bunyi konsonan dengan vokal /a i u/, membentuk suku kata terbuka. Menggabung bunyi adalah kemahiran paling utama untuk dikuasai kanak-kanak untuk sukses membaca. Sekadar kenal bunyi sahaja tidak mencukupi. Saya dapati ada beberapa perkara yang menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran gabung bunyi:
1. Umur terlalu muda. Kanak-kanak di bawah 3 tahun sukar memahami konsep gabung bunyi. Sebab itulah saya cadangkan supaya kanak-kanak di bawah 3 tahun diajar menyebut & mengenal bunyi(melalui lagu), dibacakan buku cerita(BM & BI) dan bercakaplah banyak-banyak dengan mereka.
2. Pengajaran- Pembelajaran yang tidak sesuai.
Cara kanak-kanak belajar boleh dibahagikan 3:
a. melalui visual(penglihatan)
b. melalaui auditori(pendengaran)
3. melalui kinestetik(pergerakan)
Sebagai contoh, sekiranya ibu bapa/guru banyak menggunakan buku atau kad imbas sahaja(pengajaran visual), anak yang cenderung pembelajaran kinestetik, akan lambat atau gagal. Adalah penting bagi kita mengajar menggunakan pelbagai pendekatan(visual, auditori, kinestetik) untuk memastikan majoriti pelajar-pelajar kita akan berjaya.
Tambahan pula membaca adalah satu kemahiran kompleks. Untuk seseorang menguasai apa-apa kemahiran kompleks, dia perlu melalui 'proses sensori', iaitu proses langkah-demi-langkah secara praktikal, berulang kali sehingga menjadi mahir.
Apa yang boleh lakukan untuk membantu kanak-kanak yang tahu bunyi tapi belum dapat menguasai kemahiran gabung bunyi.
1. Keep on tunjuk gabung bunyi menggunakan kad dengan menggunakan konsep 'kawan'. Ulang semua gabung bunyi suku kata terbuka dalam Buku 1-5, jangan stop kat Buku 1. Supaya lebih menyeronokkan, ajarlah konsep ini melalui permainan. Anda boleh merujuk buku Permainan Kreatif Bacalah Anakku untuk mendapat idea permainan.
2. Memberi peluang kanak-kanak melakukan konsep gabung bunyi secara 'hands-on'. Lihat & Buat dan Dengar & Buat(Permainan Kreatif) adalah dua aktiviti yang cukup powerful. Saya sering mencadangkan aktiviti ini untuk ibu bapa lakukan di rumah bersama anak yang susah menguasai kemahiran gabung bunyi. Dengan sokongan ibu bapa di rumah, saya lihat perkembangan hebat pada kanak-kanak dalam 2-3 minggu.
3. Latih kanak-kanak gabung bunyi dengan lancar(smoothly). Untuk membaca dengan baik, kanak-kanak perlu menggabung bunyi dengan lancar. Anda sebagai guru perlu 'modelkan' cara gabung bunyi dengan betul. Anda perlu menyebut /n/(nn), /a/(aa) dengan 'laju'. Jangan pause di antara sebutan bunyi-bunyi.
Sekiranya anda menyebut gabungan bunyi secara 'slow', 5km/j, /n/........ berhenti 2 minit, baru sebut /a/, kemungkinan besar majoriti kanak-kanak tidak dapat tangkap gabungan bunyi. Mereka mungkin lupa bunyi yang awal dan seterusnya gagal menggabung bunyi.
Ibu bapa/guru mesti latih kanak-kanak dari awal untuk menggabung bunyi dengan laju. Kalau tidak it gets more difficult, terutama bila dah masuk Buku 6 & 7 (gabung 3 bunyi) dan Buku 8(gabung diagraf, ng, sy..).
Tips mengajar gabung bunyi di atas boleh juga digunakan untuk mengajar B.Inggeris menggunakan Readeasy Phonics.
No comments:
Post a Comment